Thursday, September 29, 2005

Menjelang Puasa

Bulan Puasa akan menjelang tidak lama lagi. Tahun lepas aku berpuasa di rantau konflik. Di Mindanao. Terasa sukar berpuasa di tempat orang. Tidak macam di tempat kita. Di Malaysia. Terlalu rindu kepada juadah berbuka puasa yang banyak dijual di sepanjang jalan. Kali ini aku berpuasa di KL. Bandaraya yang menyediakan segalanya....


Satu jer kebimbangan aku. GASTRIK. Inipun dah macam nak kena balik. Kalau GASTRIK nanti TERPAKSA ler tak boleh puasa. Kalau pintu bilik pejabat dibuka selama ini terpaksalah sentiasa bertutup.....Maklum ler. Sibuk buat kerja.

Friday, September 23, 2005

Di Rantau Kesesakan Lalu Lintas

Balik dari rantau konflik kini dihimpit oleh kesesakan lalu lintas. Semalam hujan di KL. Aku keluar dari ofis pukul 7.00 petang. Kesesakan kenderaan masa tu cukup mengazabkan. Letih. Bosan. Sentiasa berbaur.


Kadang-kadang penderitaan di tempat orang adalah kebahagiaan bagi orang lain. Aku mungkin dah termasuk dalam golongan ini. Selama setahun aku di Mindanao. Tak pening kepala hendak ke ofis, rumah dekat dengan pejabat dan yang paling mustahak dibekalkan dengan pembantu oleh Kerajaan Filipina. Ini termasuk pemandu dan pembantu rumah. Dan aku gembira sebenarnya berada di rantau konflik tersebut walaupun hakikatnya aku amat benci dengan situasi yang tercetus di sana.

However, perpatah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' maybe sesuai dengan keadaan aku sekarang. Sehinggalah bumi lain akan kupijak. Begitu juga langit lain akan kujunjung.

Tuesday, September 20, 2005

Tamat Cuti

Aku dahpun habis bercuti panjang. Akan mula bertugas seperti biasa. Lama juga tak menjengah blog rakan-rakan. Routine harian - heavy traffic, bangun awal, looking for lunch and breakfast at office betul-betul sickening. Nak buat macamana.


Aku mungkin akan membuat tugas di office untuk tempoh beberapa waktu sebelum aku ditugaskan di kawasan konflik lain. For time being, kena honeymoon panjangggggg...

Friday, September 09, 2005

Sampai Di Malaysia

Aku telah selamat sampai di tanahair pada 5 Sep 05 pukul 7.00 petang. Alhamdulillah, tiada aral semasa penerbangan. Sebelum aku berlepas dari Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila, terpapar berita kapalterbang terhempas di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Bimbang juga kerana tak lama lepas tu aku turut akan menaiki pesawat....

Sekarang agak sibuk dengan urusan pentadbiran di pejabat. Lepas ni bercuti sekejap. InsyaAllah akan update blog ini selepas segalanya selesai.

Saturday, September 03, 2005

Misi Seterusnya...

Sibuk mengemas peralatan dan segala pakaian hari ini. Sembahyang Jumaat terakhirku di rantau konflik ini dilalui dalam suasana amat panas. Matahari begitu bersinar memancarkan cahayanya. Seolah jiwaku yang begitu bersinar-sinar untuk berangkat pulang ke tanahair. Tuhan sahaja yang tahu betapa selama ini hatiku begitu menggamit untuk pulang. Namun, demi tugas terpaksa kutempuhi kesengsaraan hidup di sini. Dan sajian warna masyarakat serta kedhaifan hidup mereka menambah sebak dan deritaku.


Aku puas kerana selama setahun dapat menabur bakti kepada masyarakat di sini. Tidak pernah semua itu kuminta balas. Hanya aku puas apabila wujud satu anjakan paradigma di kalangan mereka. Keamanan semakin jelas daratannya. Sosio ekonomi semakin bertambah baik. Bangunan-bangunan baru banyak didirikan di Cotabato City. Begitu gamat bunyi kebisingan para pekerja membina bangunan-bangunan itu. Serancak suara azan yang semakin banyak dikumandangkan di beberapa buah masjid yang juga turut bertambah. Rantau ini akan kutinggalkan dengan sedikit pahatan namaku. Masyarakat terutama yang berada di perkampungan pendalaman juga sudah begitu sinonim denganku. Dan aku bangga walaupun sudah 2 hari tanganku letih menyambut salaman mesra mereka.


Terkini, aku terdengar desas desus dari Kuala Lumpur bahawa terdapat kemungkinan aku akan ditugaskan di Indonesia. Di Sumatera. Lebih afdal di Acheh. Jika ini satu kebenaran, aku akan akur. Walaupun dengan langkahan yang amat berat kerana aku terlalu kerap kebelakangan ini di assignkan ke luar negeri. Maka satu lagi rantau konflik akan kujelajahi. Wilayah Islam yang digelar Serambi Mekah.


Itu aku malas nak fikir lagi. Biarlah. Kalau kena pergi aku terpaksalah pergi. Yang penting aku tak sabar untuk menunggu hari Ahad. Hari aku akan meninggalkan bumi Mindanao. Bermalam di Manila sebelum balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Ya Allah, rahmatilah perjalananku ini dan berkatilah apa yang telah kulakukan di bumi Mindanao ini. Semuga namaMu tidak akan hilang dari rantau konflik ini.... Amin.

Friday, September 02, 2005

Tamat Assignment

Aku menerima arahan dari Kuala Lumpur hari ini. Arahan yang amat menggembirakan aku. Aku dibolehkan kembali semula ke tanahair. Assignment aku di Cotabato City, Mindanao, Selatan Filipina ditamatkan sementara. Setahun aku di sini. Bermula pada 10 Sep 2004.

Aku perlu ke Manila pada 4 Sep 2005. Terpaksa bermalam di sana sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada 5 Sep 2005. Jam 3.20 petang menaiki pesawat MAS MH 705. Segala tempahan tiket telah kubuat menerusi ticketing agent.

Aku mungkin tidak akan membuat apa-apa entry lagi dalam blog ini. Tiada apa yang perlu diceritakan setelah aku menyambung semula tugas di Kuala Lumpur nanti. Selain amat sibuk, pelbagai paper perlu kusiapkan nanti. Maka, sudah tentu aku akan kesuntukan masa. Bagaimanapun, aku akan tetap menjenguk blog ini setiap hari. Kalau ada apa jua pengalaman terbaru yang boleh kukongsi bersama, InsyaAllah akan kucatatkan di sini.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon seribu kemaafan dari rakan-rakan yang begitu supportive dan sering melawat blog ini. Sesungguhnya, kehadiran kalian amat bermakna dalam aku mengharungi hidup penuh sukar di bumi Mindanao ini. Kata-kata nasihat, perangsang, gurauan dan tunjuk ajar yang kalian hulurkan amat menyentuh sudut hatiku. Percayalah, semua itu menjadi azimat dalam setiap langkahanku di rantau ini. Walaupun dalam langkah-langkah yang amat pendek dan perlahan.

Terlalu ramai rakan-rakan blog yang sering kukunjungi. Aku tidak pernah mengenali kalian dan kalian juga sudah tentu tidak pernah mengenali aku. Hanya kuharap, jika panjang umur, akan dapat berjumpa kalian di masa-masa mendatang.

Kepada OGY KLD yang banyak membantu aku dalam membentuk blog ini - "bat, kirim salam kat member di kampung".

UNGKU NOR - always with unibers? word. Den raso nak domam.

LEE NOVOTNY in UK - take a good care of yourself, ihikss.

LUKE in Nigeria - remember that word: Maganda,

BONDA SHAFIYA (Dr Rosalina) di Indonesia - hope you'll achieve your ambition.

MAK ANDEH - be strong and you're really a good writer.

BUDAK SEKOLAH in Australia - you must study hard.

KAK N di Penang - like to read your entry.

Serta ramai lagi yang kemaafan kupinta jika aku tak menyebutnya.

Terima kasih aku ucapkan dan semuga semuanya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.