Di sebelah rumah yang kusewa didiami oleh sepasang suami isteri bangsa Serbs dengan 2 orang anak masih kecil - lelaki dan perempuan. Keluarga ini tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan dari jabatan Kebajikan Masyarakat. Rumah tersebut sebelum perang Bosnia adalah milik keluarga Muslim. Bagaimanapun, disebabkan takut dibunuh, keluarga Muslim tersebut terpaksa lari ke Sarajevo. Dan kini rumah tersebut dirampas oleh pihak Serbs untuk diduduki oleh Indisplaced Persons (IDPs) bangsa Serb yang kebanyakannya melarikan diri dari kawasan Muslim dan Croats seperti Sarajevo, Mostar, Jajce, Livno.
Land Lady (Serbs) aku pernah menceritakan tentang keluarga Muslim tersebut. Mereka amat rapat dan tiada masalah dalam kehidupan berjiran. Sehari sebelum melarikan diri, Land Lady aku telah diberikan senaskah Al-Quran oleh keluarga Muslim tersebut. Al-Quran tersebut terus disimpan rapi oleh Land Lady aku sehinggalah aku menyewa di rumahnya.
Pada suatu petang, Land Lady tersebut telah memanggil aku ke rumah. Sesampainya, aku ditunjukkan ke arah naskah Al-Quran tersebut yang terletak rapi di atas sebuah almari di tengah ruang rumahnya. "My ex-neighbour told me to put this Quran on higher place". Lantas Land Lady meminta aku membaca sedikit surah dari Al-Quran tersebut kerana sebelum ini beliau pernah mendengar jirannya membaca.
Setelah keperdengarkan bacaan Al Fatihah, Land Lady aku terus menangis. Agak sayu suasana ketika itu. "the way you recited the Quran verses was really same of what my neighbour did. I miss them a lot...."
Dalam keadaan aku dikelilingi bangsa Serbs yang kesemuanya anti Muslim, masih ada sekelumit jiwa yang begitu kehilangan nilai persahabatan seorang Muslim. Dan aku yakin dunia Islam yang sering diperkecilkan di rantau konflik tersebut akan kembali bertapak semula suatu hari kelak. Mudah-mudahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment