Aku puas kerana selama setahun dapat menabur bakti kepada masyarakat di sini. Tidak pernah semua itu kuminta balas. Hanya aku puas apabila wujud satu anjakan paradigma di kalangan mereka. Keamanan semakin jelas daratannya. Sosio ekonomi semakin bertambah baik. Bangunan-bangunan baru banyak didirikan di Cotabato City. Begitu gamat bunyi kebisingan para pekerja membina bangunan-bangunan itu. Serancak suara azan yang semakin banyak dikumandangkan di beberapa buah masjid yang juga turut bertambah. Rantau ini akan kutinggalkan dengan sedikit pahatan namaku. Masyarakat terutama yang berada di perkampungan pendalaman juga sudah begitu sinonim denganku. Dan aku bangga walaupun sudah 2 hari tanganku letih menyambut salaman mesra mereka.
Terkini, aku terdengar desas desus dari Kuala Lumpur bahawa terdapat kemungkinan aku akan ditugaskan di Indonesia. Di Sumatera. Lebih afdal di Acheh. Jika ini satu kebenaran, aku akan akur. Walaupun dengan langkahan yang amat berat kerana aku terlalu kerap kebelakangan ini di assignkan ke luar negeri. Maka satu lagi rantau konflik akan kujelajahi. Wilayah Islam yang digelar Serambi Mekah.
Itu aku malas nak fikir lagi. Biarlah. Kalau kena pergi aku terpaksalah pergi. Yang penting aku tak sabar untuk menunggu hari Ahad. Hari aku akan meninggalkan bumi Mindanao. Bermalam di Manila sebelum balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Ya Allah, rahmatilah perjalananku ini dan berkatilah apa yang telah kulakukan di bumi Mindanao ini. Semuga namaMu tidak akan hilang dari rantau konflik ini.... Amin.
3 comments:
Amiin....hari ni hari jumaat semoga termabul doa u ols itu! Semoga it's not a permanent goodbye, just a temp. one!!! Jumpa di blog Indonesia maybe? Take care
Magandang Umaga! :)
Semoga diberkahi keselamatan selama bertugas dan dapat kembalik pulang mudik ke kampong tidak kurang sesuatu apapun. salam hangat dari Afrika Barat!
Alhamdulillah, semoga selamat dalam perjalanan balik ke tanahair. Ya, insyaAllah kalau terjumpa kita akan saling menegur. Semoga pengorbanan dan perjuangan Icam sentiasai dirahmati Allah.
Post a Comment