Jeneral Radko Mladic - Ketua Tentera Serb
Semuanya bermula disebabkan wujudnya sikap double standard masyarakat Barat (Western Europe). Peristiwa Holocaust iaitu pembunuhan seramai 5 juta bangsa Yahudi semasa Perang Dunia Kedua antara faktor bangsa Serb terasa seakan dianaktirikan. Sejarah tidak pernah menterjemahkan kesengsaraan bangsa Serb di era perang tersebut. Temubual aku dengan beberapa warga tua di rantau tersebut mendedahkan hampir 10 juta bangsa Serb dibunuh semasa perang tersebut. Namun, ini tidak pernah didedahkan. Dunia terus mempersalahkan Nazi dengan pembunuhan Yahudi. Walhal, angka sebenar kematian Yahudi adalah tidakpun sampai 1 juta orang. Data ini aku perolehi dari beberapa kajian tidak rasmi aku di beberapa muzium di Eropah.
Sehari suntuk operasi tersebut. Namun, Radovan Karadzic gagal dikesan. Dan sepanjang operasi tersebut, nyawa aku sentiasa diancam masyarakat setempat. Bagi mengelak sebarang kejadian yang mungkin mengancam nyawa aku, aku sentiasa mengarahkan dua orang anggota tentera Perancis mengawal aku. Seperkara, anggota tantera Italy dan Perancis amat berdisiplin dan sentiasa memanggil aku "Sir". Bukan senang orang Melayu nak mengetuai orang putih. Ini sedikit sebanyak membanggakan aku. Dan mereka aku gunakan sepenuhnya. Pantang diarah. Mereka akan patuh tanpa banyak soal. Tak tahu pulak aku kalau setiap arahan aku tu mereka patuhi disebabkan mereka tak fasih berbahasa Inggeris. Ialah, kalau nak tanya aku balik mungkin memakan masa untuk memikirkan perkataan bahasa Inggeris. Jalan terbaik mengangguk sahaja dan terjah membuta tuli setiap bangunan. Mereka juga amat takut kepada arahan aku kerana selepas operasi tersebut aku dipertanggungjawabkan untuk menulis laporan penuh kepada Pemerintah Tentera United Nations di Bosnia. Justeru, sebarang tingkah laku dan rentak disiplin mereka turut kumuatkan ke dalam laporan tersebut.
No comments:
Post a Comment