Friday, August 24, 2007

Teringat Ubi Kayu

Musim salji sangat dibenci oleh masyarakat di sini. Di Balkan. Di Bosnia Herzegovina. Sama seperti kebencian orang Serbs terhadap Muslim Bosniaks.


Kebencian mereka ada logiknya. Berbanding masyarakat di Eropah Barat yang bertugas di pejabat lengkap dengan 'air heater' nya, warga Balkan kebanyakannya menyambung hidup dengan bertani dan segala kerja yang berlandaskan 'open air'. Justeru, musim salji adalah penyekat rezeki mereka. Tiada usaha pertanian dapat dijalankan. Tasik membeku memupuskan benih benih ikan. Aktiviti perniagaan secara terbuka (Sunday Market) agak lembab. Siapa yang nak terdedah dalam suhu kesejukan -5 darjah Celcius ?

Dan aku tidak pasti samada winter adalah saat yang dinanti. Hanya paling indah ialah tatkala 'snow flakes' berguguran dari langit di petang yang bening. Ketika itulah aku akan memainkan lagu kegemaran menerusi hifi di ruang tamu. Lagu "Epilog Cinta Dari Bromley" nyanyian Suhaimi Mior Hasan. Ketika itu juga imbasan ubi kayu rebus bersama kopi 'O' panas melintas di fikiran. "Alangkah indah kalau sedang berada di kampung halaman. Jauh dari salji yang sedang merogol bumi Balkan. Dan jauh dari rantau konflik ini "..........

2 comments:

Webmaster, Sukarelawan Ronda said...

...ubi rebus kena pulak dengan sambal belacan atau ikan kering gelama masam... perghhh terangkat! disulami pulak dengan kopi cap Hang Tuah dan diakhiri dengan candu.

icam said...

Masalahnya kat Bosnia tak ada ubi kayu. Kentang rebus ada ler. Tapi tak kick.Kopi packet ada tapi bukan cap Hang Tuah. Cap Jeneral TITO.