Tuesday, August 09, 2005

Alahai Raya...

MASYARAKAT TEMPATAN MEMASAK DI HARI RAYA


SEMBAHYANG RAYA DI RANTAU KONFLIK



Aku masih tak pasti sampai bila penugasan aku di rantau konflik ini akan berakhir. Dah hampir setahun di sini. Dah semakin boleh bercakap tagalog walaupun masih pelat. Rindu pada segalanya di tanahair. Rindu makanan. Rindu kawan-kawan. Dan paling utama rindu pada keluarga.


Keamanan masih tampak jauh walaupun tandanya seakan terserlah. It'll take time to heal all the scars and wounds.


Bulan Ramadanpun dah tak berapa lama akan menjelang. Bulan puasa. Jangan le aku kena 'gastrik' dengan sengaja macam tahun-tahun sebelum ni. Bukan apa. Kalau 'gastrik', nak puasa tak 'larat'. Perut penuh angin. Jalan penyelesaian? Makan.....


Paling sedih bila menjelang raya. Macam tahun lepas. Tak tahu jadi raya ke tidak. Bukan ada pengumuman raya di tv dan radio. Tengah malam baru tahu. Melalui group anak muda Muslim yang ke hulu ke hilir ketuk gendang. Diselang dengan bunyi tembakan pistol dan senapang dari beberapa rumah berhampiran rumah aku. Last last masak nasi hempet sama sambal. Itu je yang sempat buat. Pergi pasar sebelum tu daging lembu dah habis.


Aku cerita pasal raya ni kerana ternampak gambar aku beraya kat sini. Gambar dari album aku. Tu yang terkenang balik.


Aku amat berharap akan dapat beraya di negara sendiri tahun ini.....

Monday, August 08, 2005

Maka Sunyilah

Sampai dari Manila pukul 12.00 tengahari tadi. Hujan sepanjang hari kat sana. Payah nak keluar. Aku banyak menghabiskan masa dalam bilik hotel. Tidur. Keluar time ada tugas dan untuk pergi makan. Makan di sini ok kerana ada sebuah restoran yang kerap aku kunjungi. Restoran Kashmir. Terletak di Pasay Road, Makati City. Menjual segala jenis masakan halal India Utara dan Malaysia. My favourite ialah nasi beriani daging dan roti canai. Siap dengan teh tarik. Syoknya. Terubat rindu nak makan nasi beriani di Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Bagaimanapun, restoran mewah macam tu biasanya agak mahal. Sepinggan beriani cost me Peso 500 (RM 35), teh tarik Peso 100 (RM 7), roti canai Peso 200 (RM 14). Yang penting sedap, dapat makan makanan halal, terubat rindu nak makan beriani.

Manila berkeadaan amat tenang. Di Ayala, Makati City yang merupakan Philippines Business Centre dan syurga membeli belah, aktiviti berjalan lancar. Kawasan tersebut sebelum ini merupakan tumpuan para penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menentang kerajaan. Satu idea yang negatif serta boleh meruntuhkan ekonomi kerana kawasan tersebut adalah tumpuan para pelancung dan nadi ekonomi Filipina.

Beberapa pemandu teksi yang aku jumpa juga menyatakan sumber pendapatan mereka terjejas teruk setiap kali berlakunya demonstrasi. Jalan sesak teruk, terpaksa ditutup kerana orang ramai memenuhi jalanraya. Pergerakan kenderaan menjadi lambat dan tidak teratur. Betul-betul sesak. Apatah lagi pada hari biasapun Manila antara bandar di Asean yang paling sesak dengan kenderaan selain Bangkok. Bayangkan 7 juta orang dari 84 juta jumlah penduduk Filipina tinggal di Metro Manila. 1/4 dari penduduk Malaysia....

Itu sebab pemandangan di Metro Manila amat menyesakkan. Hanya Makati City dihiasi bangunan pencakar langit. Di Kawasan lain seperti Quezon City, Pasay City, Paranaque, Cubao banyak dihiasi oleh kawasan setinggan. Tempat tinggal hanya daripada kotak kosong. Pemandangan dari udara amat jelas memaparkan semua itu. Terlalu jauh indahnya pemandangan udara dan juga darat di negara kita. Di KL.

Sampai rumah aku tidur sekejap sebelum mengajak driver untuk ke kampung pendalaman. Aku pergi sekitar jam 3.00 petang. Tujuan aku ialah untuk menghantar anak kambing aku ke kampung tersebut. Terasa sedih pulak nak serahkan balik anak kambing tu. Masa nak bawa masuk dalam kenderaan, aku dah malas nak dukung dia. Itu hari kena mandi lama-lama nak hilangkan bau kambing. Melekat kat badan. Driver selamba je peluk. Botol susu sama susu Anlene tu aku bekalkan sekali. Nak beri pada tuanpunya kambing tu. Biarlah susu tu dia anak beranak bersama anak kambing tu minum. Biar awet muda nanti.

Sepanjang perjalanan anak kambing tu senyap je. Sekalipun tak mengembek. Tak tahulah sebab apa. Malas nak balik semula ke kampung halaman dia ke, dah syok tinggal dengan aku ke, dia tak sihat ke, atau dia mabuk naik kereta.

Sampai kat kampung cukup payah nak keluarkan anak kambing dari kereta. Start mengembek balik. Driver panggil anak tuan kambing suruh ambil balik. Cakap sikit lebihkurang. Akupun suruh driver balik cepat-cepat ke rumah. Perasaan aku berbaur. Timbul sayang dan kesian. Sedih. Masa aku nak balikpun anak kambing tu macam terus memandang kat aku. Seolah terjalin satu ikatan antara binatang dan manusia. Nak buat macam mana. Aku duduk di negeri orang. Kalau kat Malaysia senanglah juga nak bela. Ini jauh.

Maghrib tadi suasana rumah aku betul-betul sunyi. Tiada lagi bunyi anak kambing. Dan untuk masa mendatang, tiada lagi anak kambing yang akan berlari kat kaki aku. Menyondol betis aku. Dan mendongak memandang aku.

Maid aku masa hidang makan malampun aku lihat senyap semacam. Tak ceria. Mungkin dia juga merasa kehilangan anak kambing tersebut. Yalah. Dia yang beri anak kambing tu makan hari-hari. Dia yang belikan susu Anlene untuk orang tua bagi diberi anak kambing tu minum. Dia yang bancuhkan susu dan pegang botol masa anak kambing tu menyusu. Dari reaksi dia petang tadipun aku tahu dia tak setuju aku pulangkan balik anak kambing tu. Tapi nak buat macam mana. Pelbagai masalah timbul. Dan aku terpaksa mencari jalan terbaik.

Aku terasa sunyi yang amat sangat....

Friday, August 05, 2005

Manggis

Pagi ni maid aku balik dari pasar bawak manggis. Dia beli 3 kilo dengan harga Peso 30 (RM 2.10) sekilo. Agak mahal dibandingkan dengan taraf hidup masyarakat di sini. Akupun cubalah kupas 2 - 3 biji. Majoritinya dah keras sebelah. Dah matu. Mungkin buah manggis tu gugur dari pokok. Tidak digait masa masih 'darah ikan' sebagaimana yang biasa kita lakukan di tempat kita. Teragak punya pasal makan jelah.


Dua minggu sebelum ni kakak aku ada telefon beritahu manggis kat rumah arwah emak aku banyak betul. Kalau dapat dia minta aku balik cuti untuk merasa buah manggis tu. ????


All the way from here just to taste that manggis?. But, that a kasih saudara. Walaupun aku berada jauh, namun apa jua buah-buahan yang berbuah di tanah arwah emak bapak akan dimaklumkan. Mereka amat berharap agar aku dapat merasanya. Since I'm the youngest...


Hope our very knit relation will last forever. InsyaAllah.

Ke Manila

Aku akan ke Manila esok. Flight jam 10.55 pagi. Cebu Pacific Airlines. Balik pada hari Ahad menaiki Philippines Airlines. Tiga hari sahaja atas urusan rasmi.

Anak kambing tu aku ingat petang hari Ahad atau pagi Isnin baru aku hantarkan semula ke kampung halaman dia. Biarlah dia berjumpa dengan sedara mara dia kat sana. Dah bermacam masalah. Bising, tahi berterabur, asyik nak menyondol kaki aku. Aku beri minum susu guna puting botol habis berterabur susu. Dia tak reti lagi hisap susu pakai botol. Maklum ler. Dia berasal dari kampung pendalaman. Botolpun tak pernah tenguk. Inikan pulak nak hisap susu dari botol tu. Jiran aku pulak takde yang bela kambing. Kalau tidak boleh aku kasi anak kambing tu menetek kat ibu tumpang. Jadi saudara sesusuan dengan anak kambing jiran aku.

Petikkan daun betik (boleh ke kambing makan ?) suap ke mulut dia, jari aku pulak nak dikunyahnya. Takut juga. Walaupun budak tapi mungkin dah ada gigi susu. Karang tak pasal hilang pulak jari telunjuk aku. Satu masalah nak explain kat doktor hospital sini nanti.

Petang ni pulak dia asyik termenung. Tak berapa aktif. Tapi nampak sihat pulak. Masih mengembek. Kemungkinan dia risau pasal langitpun agak mendung. Gelap. Tanda nak hujan. Biasalah. Kambing kan takut hujan....

+ + + + + + + + + +

Pilihanraya untuk memilih Gabenor dan Naib Gabenor Autonomous Region of Muslim Mindanao (ARMM) akan diadakan pada 8 Ogos ini. Pilihanraya ini hanya melibatkan 5 kawasan Otonomi Muslim di Selatan Filipina iaitu Maguindanao, Lanao Del Sur, Pulau Basilan, Pulau Jolo dan Pulau Tawi-Tawi.

Pembentukan ARMM adalah berdasarkan pakej perjanjian damai yang ditandatangani antara Kerajaan Republik Filipina dengan Moro National Liberation Front (MNLF); kumpulan pejuang pemisah Islam pada 2 September 1996 di Istana Malacanang, Manila. Justeru, ARMM perlu dibentuk. Rakyat diberi kuasa samada bersetuju atau tidak pembentukan tersebut dengan diadakan pungutan suara rakyat (plebiscite) sejurus selepas perdamaian ditandatangani. Pada awalnya, hanya 4 wilayah yang membentuk ARMM. Kini ia bertambah kepada 5 wilayah. Sementara itu, Pilihanraya pemilihan Gabenor ini diadakan setiap 3 tahun sekali.

ARMM tidak mempunyai kuasa Kerajaan Pusat. Mereka hanya melaksanakan pembangunan, pendidikan, pembinaan jalanraya dan perkara berkait tanah. Keselamatan seperti Polis dan Tentera di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Dalam erti kata lain, ARMM hanyalah sebagai boneka Manila demi untuk memuaskan hati masyarakat Bangsamoro (Islam).

So, it will be so busy during that election day.

Thursday, August 04, 2005

Cari Masalah

Betul-betul aku ni cari masalah. Anak kambing aku malam tadi punyalah bising. Mengembek sepanjang malam. Tak boleh tidur aku dibuatnya. Mungkin sejuk pasal malam tadi hujan renyai sekitar tengah malam. Ataupun anak kambing tu beralih tempat tidur. Tak biasa. Sebelum ni menetap di kampung pendalaman. Sunyi. Sepi. Kat rumah aku kerap terdengar bunyi kenderaan. Ataupun dia risau. Fikir macam-macam. Dah jadi satu masalah pada aku pulak. Nak fikirkan soal dia. Iyalah. Nyawa. Walaupun binatang. Kesian.

Petang tadi aku suruh maid pergi beli puting getah sama susu. Nak beri anak kambing tu minum pakai botol. Tak payah pakai botol susu. Botol Coca-Cola dah kira ok.

Balik jer aku tenguk maid aku beli susu Anlene. Tin sedang. Harga Peso 250 (RM 17). Belek punya belek kat tepi tin susu tu aku tenguk 'For 55 years and above'. Aku pening. Anak kambing tu paling tua aku agak umur dia dalam 2 bulan. Nak beri minum susu Anlene. Untuk orang tua pulak tu. Orang tua yang berumur 55 tahun ke atas. Dah menopouse.

Silap aku juga bawa anak kambing tu balik. Bukan apa. Aku geram kena tipu (mungkin perasaan aku mengatakan begitu) dengan orang kampung pendalaman tu. Janji aku puas hati. Mungkin kalau aku dah cool sikit nanti, aku serahkan balik ke kampung tu. Biarlah anak kambing tu membesar dalam habitat yang aku rasa lebih sesuai dengan jiwa dia. Di sana dia tentu banyak kengkawan. Mungkin antara kambing sunti yang akan menjadi rebutan kambing-kambing jantan. Kalau kawin dan membiak kelak, biarlah generasinya menjadi rezeki golongan orang susah di kampung tersebut.

Cuma satu je aku bimbang pasal maid aku beri anak kambing tu minum susu Anlene untuk orang tua. Untuk 55 tahun ke atas. Mana tahu anak kambing tu awet muda je. Tak besar besar nanti. Kecik macam tu sampai tua. Cinoni je.

Lantaklah. Akupun malas nak beritahu maid aku pasal susu tu. Karang dia melatah. Lagi susah aku dibuatnya. Sampai tak boleh masak....

Wednesday, August 03, 2005

Terlanggar Kambing

Semalam aku memasuki sebuah kampung pendalaman di sini. Agak jauh dari jalan besar. Hampir 20 km. Melalui denai berlopak-lopak. Teruk. Macam 4X4 Adventure.

Berbual-bual sekejap dengan orang kampung. Lebihkurang orang dusun. Tak berapa faham cakap Tagalog. Nasib baik pemandu aku faham sikit bahasa diaorang. Akupun buat-buat faham jelah.

Masa nak balik, pemandu aku tak perasan ada kambing kat belakang kenderaan. Di sini, diaorang panggil kambing sama dengan bahasa kita. Kerbau pun sama juga (karabau). Apalagi, terlanggar kaki seekor ibu kambing. Taklah cedera parah aku tenguk. Tapi dekat 20 minit tak boleh bangun. Mungkin terperanjat tambahan pulak di kampung tersebut jarang dimasuki kereta. Yang aku pelik ngapalah kambing tu asyik berlegar je kat keliling kenderaan aku...

Bila dah boleh bangun kambing tu jalan terdengkot-dengkot. Ada anak kecik pulak tu. Tak lama lepas tu tuanpunya kambingpun sampai. Bercakap dengan pemandu aku. Aku buat-buat mengangguk. Satu habukpun tak faham.

Rupanya tuanpunya beritahu kambing tersebut akan mati malam karang. Mesti confirm punya. Tenguk cara kambing tu jalanpun dia dah tahu. ???. Allignment dah lari. Itu yang pemandu aku translatekan. Tapi aku tenguk kambing tu sihat jer. Anak dia siap boleh netek dengan dia lepas tu. Tuanpunya kambing juga beritahu lebih baik aku beli je kambing tu dengan anak dia sekali. Senang. Harga Peso 1,500 (RM 107). Aku malas nak pening kepala. Bayar Peso 1,500, beritahu tuanpunya kambing esok aku datang semula untuk jengah kambing tu.

Pagi tadi aku masuk semula ke kampung tersebut. Tenguk tinggal anak kambing tu je terkontang-kanting sekor. Tanya orang. Rupanya kambing yang kena langgar tuanpunya dia dah sembelih malam tadi. Dah nazak kata diaorang. Tak boleh tunggu lagi. TERPAKSA sembelih.....

Aku nak tergelakpun ada. Nak marahpun ada. Duit aku dah ler terbang RM 100. Bulu kambingpun tak nampak nih. Last-last aku peluk anak kambing yatim piatu tu (betina) bawak masuk kenderaan aku. Bawak balik rumah. Senang cerita. Biar maid aku bela. Mana tahu hilang latah dia nanti.

Petang tadi aku mandi cukup lama. Tak pernah lama macam ni. Ialah, bukan senang nak hilangkan bau kambing kat badan. Menyesal peluk anak kambing tu masa bawa masuk dalam kenderaan.

Sebelum makan malam, maid aku beritahu anak kambing tu nyonyot jari dia masa beri makan daun ubi kayu. So, aku joke dengan dia : give it a breast feeding. Maid aku jawab : I have no more milk sir. Old already. Lepas tu maid aku tanya perlu beri minum air ke anak kambing tu pasal dia tenguk kambing biasanya takut air. Soalan macam tu le yang aku lemah nak jawab. Tak tahulah panjang ke tidak umur anak kambing tu nanti.....Tak beri minum air.

Besok kenalah aku pergi beli botol susu sama susu Nespray. Selain tu nak fikir macamana nak bawa balik kambing tu ke Malaysia naik kapalterbang MAS nanti.......

Gambar Mendiang Ibu Kambing Dan Anaknya Yang Sempat
Aku Rakam Di Kamera Video Sebelum Dilanggar

Gambar Anak Kambing Yatim Piatu. Aku Bela Sekarang

Orang Kampung Pendalaman Tersebut

Orang Kampung Pendalaman Tersebut

Sunday, July 31, 2005

Kelapa Sawit

Di kawasan Central Mindanao terdapat beberapa ladang kelapa sawit seperti di Tacurong (1 jam perjalanan dari tempat aku) dan Lanao Del Sur. Bagaimanapun, keluasan ladang tersebut amat terhad dan tidak terjaga. Diusahakan oleh mereka yang sudah sememangnya kaya. Walaupun Mindanao mempunyai tanah yang amat luas dan masih tidak diusahakan, namun kebanyakannya (penduduk kampung) tidak mampu untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. Rasionalnya, faktur utama ialah ketiadaan modal. Yang penting ialah bentuk tanaman pertanian yang boleh mendatangkan hasil yang cepat. Dalam jangkamasa pendek. Justeru, jagung, padi dan pisang adalah alternatif terbaik. Kelapa sawit akan memerlukan masa paling cepat 3 tahun untuk mula mengeluarkan hasil. Dalam menunggu tempuh tersebut, masyarakat kampung nak makan apa? Itu tak termasuk belanja membeli baja, racun dan sebagainya.

Di sini, tiada subsidi dari kerajaan. Sorry. Bukan macam kat negara kita. Semuanya dibantu. Ditatih. Dipapah. Rantau ini, mereka bergelut dengan cara sendiri untuk mencorakkan kehidupan. Projek penanaman kelapa sawit secara tanah pinggir tidak pernah berjaya dilaksana. Kerana kerenah birokrasi. Terlalu banyak halangan. Gabenor-Gabenor, Datu-Datu tidak pernah mahu mengizinkan tanah mereka yang amat luas dipawahkan untuk tanaman kelapa sawit. Kerajaan pula lebih suka wang untuk pembangunan pertanian diguna ke arah lain. Itu yang aku nampak.

Aku tak tahulah samada selepas keadaan di rantau ini agak aman, pelabur-pelabur dari negara kita akan membuat pelaburan di sini. Sektor perkilangan amat berpotensi. Tenaga buruh yang amat ramai. Murah. Tapi seperti dinyatakan - kerenah birokrasi. Nak kena hulur sana. Hulur sini. Habis semua cucu cicit orang besar di sini nak kena hulur. Apa lagi yang tinggal? Tiada apa. Tinggal tambang nak balik Malaysia jer. Itupun kalau dapat balik...

Namun, satu kreativiti orang sini ialah mampu menjadikan apa saja sebagai hasil kehidupan. Biji kelapa sawit dijadikan bahan bakar untuk menerangi rumah di kawasan pendalaman (tiada bekalan elektrik). Pelepah kelapa sawit dibelah lalu dianyam untuk dijadikan dinding rumah. Jadi macam bilah-bilah buluh. Dijual sekeping Peso 140 (RM 10). Anyaman tersebut selebar 6' X 4'. Selebar papan lapis (plywood). Kat Malaysia belum ada pelepah kelapa sawit dianyam menjadi dinding. Kerana kita mampu membeli plywood. Kita mampu membeli papan. Kalau nak buatpun tentu tiada pasaran. Tak laku...

DINDING RUMAH DARI ANYAMAN PELEPAH KELAPA SAWIT

Pelarian

Aku agak sibuk minggu ini kerana terlibat dalam urusan membantu Internally Displaced Persons (IDPs). IDPs ini merupakan masyarakat kampung pendalaman yang menerima kesan langsung konflik. Samada ekoran operasi ketenteraan mahupun akibat persengkataan sesama mereka (rido). Terpaksa melarikan diri, meninggalkan kampung halaman, ladang dan tanaman.


Justeru, IDPs ini akan berkumpul di mana-mana kampung lain yang berhampiran. Takut hendak balik semula ke rumah mereka. Tanpa makanan, tanpa apa jua bekalan untuk kesinambungan hidup. Satu masalah yang amat besar. Tiada siapa yang ambil peduli.

Dalam kebanyakan kes, operasi ketenteraan yang dilancar di kawasan kampung adalah tanpa alasan yang kukuh. Memburu Kumpulan Abu Sayyaf, Kidnap for Ransom Group dan sebagainya. Operasi berlarutan selama berminggu-minggu. Terlalu kerap. Yang susahnya orang kampung. Tidak boleh menuai jagung dan padi bukit (padi huma) mereka.

Ada masa-masanya terlintas di fikiran aku bahawa operasi ini sengaja direka. Mungkin ada agenda tersirat. Maklumlah. Mindanao amat kaya dengan hasil semulajadi yang belum diteroka. Oleh itu dengan menjadikan masyarakat kampung pendalaman ini sebagai IDPs akan menyebabkan mereka tawar hati untuk kembali semula ke kampung tersebut. Meninggalkan kampung tersebut tidak berpenghuni. Menjadi nomads di kawasan-kawasan baru. Tanpa ada masa depan. Meninggalkan segala kekayaan asli tersebut di belakang. Lalu, mereka yang menunggu peluang ini akan merebutnya.


Itu yang aku sedih. Penderitaan di depan mata. Setiap wajah mereka sentiasa merenung aku penuh sayu. Melontarkan segala masalah dan penderitaan mereka jauh ke dalam sudut hati kecil aku. Dan aku terasa seolah sebahagian dari derita tersebut...


Entahlah. Aku tidak pasti sampai bila masalah ini akan berlarutan. Tanda penghujung tidak pernah menjelma. Malah semakin parah. Semakin membarah.


Namun, aku yakin tuhan tidak pernah lupa untuk menyayangi masyarakat ini.....

Saturday, July 30, 2005

Struktur Pentadbiran


PETA FILIPINA

COTABATO CITY - CENTRAL MINDANAO

PRESIDEN GLORIA MACAPAGAL ARROYO

Republik Filipina adalah sebuah negara yang unik dengan sistem pemerintahan Presiden. Ia merangkumi 79 provinces, 117 bandar, 1530 municipalities dan 41,945 barangays yang mana dibahagi kepada 17 administrative regions. Kerajaan mempunyai 3 badan iaitu Eksekutif diketuai oleh Presiden, Legislatif menerusi Kongres dan Kehakiman menerusi Mahkamah Agung.

Kongres adalah berbentuk 2 kamar iaitu Senat sebagai Upper House dan House of Representatives (Dewan Perwakilan) sebagai Lower House. Seramai 24 orang Senator dipilih menerusi pilihanraya yang mewakili daerah legislatif dan bandar-bandar besar. House of Representatives mempunyai 236 kerusi yang mana wakilnya dipilih dari seluruh Filipina.

Apa yang hendak diterangkan di sini ialah sistem pemerintahan peringkat province diketuai oleh Gabenor dan juga municipality yang diketuai oleh Mayor (Dato' Bandar). Setiap Gabenor dan Mayor akan bertanding dalam pilihanraya yang mana tempuh memegang jawatan-jawatan tersebut adalah selama 3 tahun. Sekitar 18 municipalities akan membentuk province serta 10 - 15 barangays akan membentuk municipality.

Berkait gaji, Gabenor hanya memperolehi gaji sebanyak Peso 15 ribu (RM 1070.00) sebulan. Manakala Mayor pula sebanyak Peso 13 ribu (RM 910.00). Begitu sedikit...

Namun, secara bulanan, setiap Gabenor diperuntukkan sejumlah Peso 3.5 juta (RM 250 ribu) dengan pecahan Peso 2 juta (RM 140 ribu) untuk pembangunan province manakala Peso 1.5 juta (RM 110 ribu) untuk perbelanjaan pejabat (gaji staf) dan juga keraian.

Bagi Mayor pula, sebanyak Peso 1.7 juta (RM 119 ribu) diperuntukkan di mana Peso 1 juta (RM 70 ribu) untuk pembangunan municipality dan Peso 700 ribu (RM 49 ribu) untuk perbelanjaan mengurus.

Jadi, satu jumlah bulanan yang amat besar. Semuanya di bawah bidang kuasa Gabenor dan Mayor. Itu sebab setiap Gabenor mempunyai berpuluh buah kereta, berpuluh orang pengawal peribadi, berdozen bini. Begitu juga Mayor.

Peluang ini mungkin sekali seumur hidup. Rebut sepuasnya. Kumpul kekayaan sesuka hati. Rampas hak orang lain. Rampas hak rakyat kebanyakan. Biarlah mereka mati kelaparan. Kerana mereka tiada kuasa. Kerana mereka bodoh.

Biarkan mereka...

SEMUA FAKTA DI ATAS AKU PEROLEHI DARI PEGAWAI KEWANGAN SALAH SEBUAH PEJABAT MAYOR DI RANTAU KONFLIK INI !

Thursday, July 28, 2005

Mentaliti Masyarakat


Selama dua hari aku berada di sebuah kawasan pendalaman di rantau konflik ini. Berhampiran sebuah kawasan pergunungan. Langsung tidak ada apa-apa kemudahan. Kehidupan mereka (semuanya masyarakat Islam) hanya berladang jagung. Hidup seminima mungkin. Mandi sungai, air minuman dari sungai dan malam hanya diterangi oleh cahaya bulan. Tidak ada cita-cita untuk memajukan diri. Bangun pagi terus ke ladang. Tuai jagung dan keluar dari kampung tersebut sejauh 20 km berjalan kaki atau menggunakan kerbau untuk menjual hasil tanaman.
Mereka bertanggapan hidup di dunia ini hanya sementara. Tak perlu kaya dan tak perlu rumah secantik mungkin. Yang penting kehidupan akhirat. Dan jihad adalah jalan mudah untuk ke akhirat dan bertemu tuhan dalam keadaan terhormat. Itu yang mereka pilih. Tidak langsung bimbang anak-anak mereka tidak mempunyai pelajaran dan ilmu kerana bagi mereka lahirnya sesuatu nyawa sudah ditetapkan rezeki oleh Allah. Tak payah berusaha seteruk mana. Tawakkal. Sudah tentu rezeki datang sekadar yang ada. Satu konsep pemahaman kehidupan Islam yang cetek. Kalau masyarakat ini tak keluar dari kepompong hidup begini, macamana hendak melaksanakan rukun Islam yang sebenar. Mengeluarkan zakat, menunaikan haji. Kalau miskin macamana kita nak lengkapkan rukun tersebut ? Aku tak faham. Dan mungkin akan mengambil masa dua ke tiga generasi untuk memahamkan masyarakat sini. Begitu sempit. Aku hanya mampu berdoa. Kerana mereka suka kehidupan sebegini. Seolah era di mana negara kita belum lagi ditakluk oleh Jepun. Terlalu jauh ketinggalan. Samada kezaliman kerajaan atau kezaliman masyarakat ke atas diri mereka sendiri, itu perkara lain. Yang penting mentaliti mereka tidak pernah berubah. Tiada langsung anjakan paradigma. Stagnen...

Itu yang aku tak sanggup nak bincangkan....


Berperang lagi elok. Mati nanti masuk syurga.... Yahooooo.

Anak ramai - sudah tentu ada rezeki dari Allah...





Kenderaan kampung pendalaman ini.


Budak ini confirm akan jadi peladang jagung.















Tuesday, July 26, 2005

Derita Mereka...


Siapa akan mendengar derita dan tangisan mereka ?





Di Cotabato City, Mindanao hanya terdapat sebuah sahaja kilang iaitu Mindanao Textile Cooperation. Terletak berhampiran Lapangan Terbang Cotabato City. Itupun macam hidup segan mati tak segan. Muram je. Pekerjapun kalau habis shift jalan tunduk. Tak berapa garang. Tak berapa nak menoleh kiri kanan. Kendur. Melintas jalan pun pakai redah je. Diaorang peduli apa. Kena langgar kereta boleh masuk hospital. Makan free.

Selain kilang, pekerjaan utama masyarakat sini ialah berniaga kecil-kecilan. Ada 2 pasar utama di Cotabato City ini. Satu dipanggil Supermarket dan satu lagi City Arcade. Di sinilah seribu satu macam barang dagangan diperniagakan. Dari ikan tuna ke coral fish dan eel (belut laut) - aku lemah kalau gi pasar ternampak eel tu. Geli geleman. Macam ulau sawa berendam. Dari daging lembu ke ayam pencen cukup umur (55 tahun). Dari telur ayam ke balut (telur itik yang sudah ada janin. Diperam menjadi telur asin. Isinya terdapat anak itik. Orang sini makan gitu je. Berharga Peso 20 = RM 1.40 sebiji. Kononnya boleh menguatkan tenaga seks. Biarlah tenaga seks lemah macamanapun, aku tak akan makan. Kira makan bangkai. Pengsan). Dan segala jenis buah-buahan yang telah atau semakin pupus di tempat kita seperti sentol, kundang, terap, kelubi. Penuh di kakilima pasar.

Aku pernah bermain dengan terap semasa kecil dulu. Getahnya boleh buat jerat burung. Digaul dengan getah segerap cair. Sapu kat dahan pokok. Sure burung melekat. Tapi ni buah terap (semarang dalam bahasa sini). Tak pernah aku tenguk. Pokok terap kat kampung aku dulu tak pernah berbuah pun. Mungkin pokok jantan agaknya.

Di sini, buat pertama kali aku merasa makan buah terap. Buahnya seperti buah sukun. Warna hijau (dari jauh macam durian). Isi berulas sama seperti cempedak. Cuma ulas terap kecil. Sebesar biji getah. Manis kekelatan. Kulit sebelah dalam bersabut sama seperti nangka. Di sini, buah tersebut dikomersialkan. Berebut orang nak beli. Mungkin kat negara aku nanti akan ada kebun terap gantikan kebun durian. Boleh jadi Tokeh Terap ataupun Tokeh Buah Sentol...

Selebihnya, masyarakat di sini hanya hidup sebagai petani, pekebun. Menanam tanaman kontan. Pisang, jagung, nenas, kelapa dan bersawah padi. Itu bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri. Kalau tidak, akan berkuli sebagai petani. Generasi demi generasi. Makan gaji umpama hamba dengan golongan-golongan Datu (Dato' kat tempat kita). Gabenor, Mayor dan politicians terlalu kaya di sini. Memiliki tanah pertanian yang begitu luas. Di sinilah masyarakat dhaif mendambakan diri dan keluarga. (Aku akan cuba menulis tentang masalah sebenar di rantau konflik ini jika ada kesempatan akan datang). Takdir hari esok ditentukan oleh aristokrat-aristokrat tersebut. Yang kaya semakin kaya. Yang miskin akan hanya mampu menanam cita-cita untuk terus bertambah miskin....

Pasal mereka tiada harapan. Tiada siapa akan mendengar cita-cita mereka. Tiada siapa mahu mendengar rintihan mereka. Walau angin sekalipun....

Sunday, July 24, 2005

Bangsamoro







Gambar di atas ialah wajah-wajah masyarakat Islam di rantau konflik ini...


Sudah hampir keseluruhan wilayah Mindanao kujelajahi. Dari Pulau Jolo dan Basilan ke Zamboanga. Davao ke Cagayan De Oro. Illigan City, Marawi City, General Santos City. Dan aku kini di Cotabato City. Ia merupakan bandar yang mempunyai paling ramai masyarakat Islam di Mindanao. Masyarakat Islam yang dianggap peribumi di sini. Macam Melayu kat negara kita.

Namun, kehidupan ekonomi dimonopoli oleh masyarakat lain. Masyarakat imigran dari utara (Pulau Luzon). Beragama Kristian. Berbangsa Philippine/Tagalog (Pinoy). Selain segelintir bangsa Cina yang merupakan peniaga berjaya. Masyarakat Bangsamoro/Islam dan juga Lumad (masyarakat asli/penduduk asal Mindanao) terus hidup dalam kemiskinan. Bergenerasi tidak akan keluar dari kepompong kemiskinan. Dan mereka tidak akan berdaya untuk bersaing dengan masyarakat lain. Kerana mereka tidak ada kekuatan. Samada di segi politik mahupun ekonomi. Pemerintah tidak akan bersimpati terhadap mereka.

Ini berbeza dengan tanahair aku. Aku tidak pernah terlepas dari mengetahui perkembangan berita tanahair. Terkini, Pemuda UMNO mengunjurkan agar kerajaan memperkenalkan Agenda Nasional Baru (ANB) khusus bagi memperkukuh kepentingan bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Aku tidak tahu macamana nak melahirkan pendapat berkait isu ini. Cuma apa yang nak aku renungkan bersama ialah berdasar pengalaman aku. Pemerhatian aku dari rantau rantau konflik yang pernah kujejaki.

Yang jelas, kemunduran sesuatu bangsa ialah kerana ketidakmampuan untuk bersaing dengan bangsa lain. Bangsa lain yang merupakan bangsa pendatang. Ditambah oleh dasar kerajaan yang langsung tidak memperdulikan hak peribumi. Lalu tercetus perasaan tidak puas hati. Terasa dianaktirikan. Tercetuslah konflik. Negara kucar kacir. Keamanan sukar dikekalkan.

Sejarah membuktikan konflik Bosnia adalah ekoran bangsa Serb (peribumi) yang tidak puashati di atas kekayaan Muslim Bosnia yang pada awalnya merupakan perantau dari Turki dan negara-negara Arab. Pahlawan-pahlawan Red Indian berjuang bermati-matian mempertahankan tanah nenek moyang mereka. Dari dijajah pedagang England. Hingga akhirnya mereka dipinggir. Hilang identiti diri. Sentimen anti white man masih tidak hilang dari sanubari masyarakat Red Indian. Begitu juga di Mindanao. Masyarakat asal dihimpit oleh kaum pendatang. Diusir sesuka hati oleh pendatang. Tiada sesiapa yang bangkit membela. Lantas berdarahlah buminya oleh konflik yang berlarutan sejak 4 dekad yang lalu.

Justeru, perlukah kita hanyut oleh kelalaian kita sendiri ?.

Saturday, July 23, 2005

Sayunya Azan

Jam kat sini dah pukul 11.57 pagi. Azan untuk sembahyang Jumaat mula bersahut dari beberapa masjid berhampiran kediaman aku. Sayu. Terasa macam berada kat negara aku. Macam kat Malaysia.

Aku nak pergi mandi dulu. Pakai t-shirt round neck, seluar jean. Pergi sembahyang kejap. Kat sini tak main kain pelikat, baju melayu. Aku akan jadi tumpuan umum kalau berpakaian begitu. Semua makmum akan toleh kat aku. Silap-silap Khatib boleh tersalah baca khutbah pasal asyik pandang kat aku. Imam akan terlupa bacaan surah lazim kerana asyik memikirkan fesyen pakaian aku. Pasal orang sini tak boleh tenguk benda pelik. Mula nak tiru atau kalau payah sangat akan minta terus dari aku. Risau diaorang minta baju melayu aku nanti. Siap dengan kain samping sekali... Balik berlenggeng pulak.

Jalan terbaik ialah pakai macam pakaian orang sini. Ringkas. Yang penting bersih dan menutup aurat. Dan aku tidak akan dikenali. Kerana aku seolah telah diterima dalam kepompong masyarakat rantau konflik ini.


+ + + + + + +


Maid aku pulak hari ni senyum memanjang kat dapur. Steady je. Pinggan dah cuci kat sink pun dia basuh sekali lagi. Cawan dah bertangkup kat kitchen cabinet dia susun balik cantik-cantik. Siap belek dari jauh sama ke tidak. Aku tahu pasal apa. Pasal hari ni dia dapat gaji. Apa yang aku perhatikan sejak 2 minggu ni dia belum melatah lagi. Nampak tenang. Kesimpulannya; dah tentu duit gaji yang lepas masih ada pasal aku bagi tips Peso 1,000 (RM 70) kat dia dulu. Satu perlima dari gaji bulanan dia ( Peso 5,000). Tu yang tenang sentiasa. Payah nak melatah. Tang senyum jerrrrr. Maybe she is suffering of smiling syndrome lately ? Penyakit baru selain melatah....


Akupun tenang sikit dengan perkembangan mutakhir maid aku nih.


Image hosted by TinyPic.com
Kan nampak tenang jer maid aku nih.....

Image hosted by TinyPic.com
Public Park


Image hosted by TinyPic.com
Mercu tanda.

Friday, July 22, 2005

Bersederhana Dalam Hidup

Aku begitu asyik dua tiga hari ni membaca akhbar Malaysia menerusi internet. Berita mengenai Ayah Pin (malaun). Mula-mula sekumpulan pemuda berpakaian ala ninja menyerang perkampungan Ayah Pin seluas 35 hektar yang terletak di Bt 13, Hulu Besut. Diikuti penangkapan seramai 59 orang pengikutnya.

Apa yang aku pelik ialah masyarakat kita yang kini semakin hanyut. Mudah terpengaruh dan mempercayai seterusnya menjadi pengikut Ayah Pin (jibaok); seorang kaki judi. Mengaku pemerintah kerajaan langit. Mengaku telah keluar dari agama Islam. Mengaku tuhan. Nauzubillah.

Masalah ini sepatutnya telah lama dibendung. Tapi, perkembangan terkini ini sedikit sebanyak aku rasa akan dapat memberi kelegaan kepada masyarakat Islam. Khasnya masyarakat di Terengganu.

Yang penting di sini ialah kita jangan terlalu memperkecilkan kuasa Allah SWT. Jangan biarkan masalah Ayah Pin (hawau) ini menjadi penyebab kepada turunnya bala dari Yang Maha Kuasa. Jangan biarkan masyarakat tidak berdosa turut menerima sial dari kesialan Ayah Pin (rimau akau).

Memang nampak emosional entry aku kali ini. Tapi aku bercakap melalui pengalaman. Dari apa yang pernah aku tempuhi membabitkan masyarakat Islam. Betapa mudahnya balasan tuhan sekiranya kita alpa dari mengingatinya.

Di Bosnia umpamanya, masyarakat Islam hanya tahu mereka Islam kerana tok nenek moyang mereka Islam. Jadi, disebabkan leluhur mereka Islam, maka Islamlah mereka. Tak tahu sembahyang, tak tahu apa itu puasa. Apalagi zakat dan membaca Al Quran. Bersekedudukan, berzina. Semua makanan mereka makan. Tidak ada halal haram. Babi menjadi makanan kebesaran...

Aku tahu pasal aku berada dalam kelompok masyarakat Bosnia selama setahun. Justeru, bala diturunkan. Kini Islam hanya tinggal nama di bumi yang pernah menjadi kemegahan para syuhada Islam dahulu kala. Aku akan cuba memperincikan segala pengalaman aku dan apa yang aku lihat sepanjang langkah pengalamanku di Bosnia dalam entry yang akan datang. Itupun kalau aku rajin nak menaip nanti. Buat masa ini aku terlalu dibelenggu oleh tugasan di sini yang saban hari semakin membebankan. 'Masakit ng uluk' (sakit kepala).

Mesej aku dari rantau konflik ini : Pergunakanlah akal yang dianugerahkan tuhan dalam menilai buruk baik sesuatu ilmu yang kita pelajari. Perkuatkan iman, jadilah umat yang sesederhana mungkin dan jangan terlalu ekstrim dalam beragama. Kegembiraan dan keamanan negara kita boleh ditarik sekelip mata oleh tuhan. Angkara mereka yang takbur. Angkara mereka yang syirik. Mereka yang terlalu jauh dari landasan agama. Angkara mereka mereka yang seperti Ayah Pin (lahabau).

Kerana keamanan tidak akan mudah digapai sekiranya ia telah hilang. Keamanan tidak mudah dibentuk setelah dimusnahkan oleh bala. Lalu jadilah seperti rantau rantau konflik yang pernah kujelajahi.

Tuesday, July 19, 2005

Minggu Yang Melemaskan.

Pada hari Sabtu yang lepas seramai hampir 100 ribu penyokong Presiden Gloria Macapagal Arroyo berkumpul di hadapan Rizal Park, berhampiran Roxas Boulevard, Manila. Kawasan tersebut sama seperti Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Merupakan tempat perarakan Hari Kebangsaan Filipina.

Pada tahun 1995 aku pernah menginap di Manila Hotel berhampiran kawasan tersebut. Ketika itu Roxas Boulevard terkenal sebagai kawasan Red Lights Area. Kini ia telah ditukar menjadi kawasan pejalan kaki. Macam Bintang Walk di Kuala Lumpur.

Perkumpulan sebegitu ramai adalah bagi menunjukkan sokongan padu seterusnya bertujuan menghalang apa jua usaha pembangkang untuk memecat Presiden. Sabtu minggu sebelumnya, seramai 30 ribu penunjuk perasaan anti-Presiden telah berkumpul di Ayala, Makati City, Manila bertujuan mendesak Presiden meletak jawatan. Mereka seterusnya berarak di Epifanio de las Santos Avenue (EDSA), kawasan di mana rakyat mula berkumpul seterusnya menggulingkan bekas Presiden Ferdinand Marcos pada tahun 1986. Rampasan kuasa menerusi People's Power. Kini, mereka cuba melakukannya sekali lagi...

Minggu depan (25 Julai) aku mungkin ke Manila kerana ada urusan kerja. Tak tahulah kemelut yang berlaku saban hari di situ akan turut menjejaskan perjalananku..

Kerana 25 Julai ini, Presiden akan menyampaikan ucapan dasar 'State of the Nation Address' (SONA) di Kongres. Tarikh tersebut amat penting kerana diyakini pada masa itu pihak pembangkang di Dewan Perwakilan (Wakil Rakyat) akan mengundi untuk tindakan memecat Presiden. Sebanyak 79 undi ( satu pertiga dari keahlian di Dewan Perwakilan) diperlukan bagi melaksanakan proses pemecatan. Jika ini diperolehi, barulah proses tersebut boleh dilangsungkan di Dewan Senat (Ahli Senator). Dari bancian mutakhir, seramai 73 Wakil Rakyat diyakini akan mengundi untuk memecat Presiden. 6 undi lagi masih tidak dapat dipastikan. Jika tidak, nasib akan terus menyebelahi Presiden. Akan terus kekal berkuasa. Dan aku amat pasti tunjuk perasaan besar-besaran akan berlaku pada tarikh itu.

Secara peribadi, aku amat berharap proses pemecatan tidak akan berlaku. Presiden baru akan turut melaksanakan dasar terkininya. Dasar lama akan terbengkalai separuh jalan. Keadaan ini bakal merencatkan usaha Presiden Arroyo dalam membawa pembaharuan ekonomi dan juga merintis pembangunan di Mindanao; rantau konflik ini. Selain itu, dibimbangi perubahan pucuk pimpinan akan mengembalikan rantau konflik ini ke era hostilities (perjuangan bersenjata oleh pejuang pemisah Islam) semula. Kesannya, rakyat yang tidak berdosa akan turut terseret sama. Akan semakin susah dan menderita. Diusir sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Seperti sekawan kambing dihambat oleh gerombolan serigala.....

Image hosted by TinyPic.com
Lemas dan lesu. Seperti aliran Sungai Tamontaka dan setinggan
di tebingnya...

Saturday, July 16, 2005

Wajah Rantau Konflik

Image hosted by TinyPic.com
Pump Boat-antara pengangkutan air paling popular.

Image hosted by TinyPic.com
Ke mana sahaja mereka tetap bersama senjatapi. Pejuang
Pemisah Islam.

Image hosted by TinyPic.com
Keadaan salah satu pekan. Kereta putih tu bukan Wira
tetapi kereta Mitsubishi Lancer.

Image hosted by TinyPic.com
Kenderaan awam - motosikal yang diubah suai seperti beca.

Image hosted by TinyPic.com
Deretan beca motosikal.

Image hosted by TinyPic.com
Deretan sampah sarap.....

Image hosted by TinyPic.com
Topi mengkuang - popular di kawasan kampung.

Image hosted by TinyPic.com
Jalan kampung di rantau konflik. Dipenuhi pokok kelapa,
hasil utama masyarakat kampung.

Image hosted by TinyPic.com
Rumah (pondok) kediaman mereka. Tiada bekalan air dan api.

Image hosted by TinyPic.com
Jalan kampung.

Image hosted by TinyPic.com
Rumah (pondok). Inilah harta mereka.

Image hosted by TinyPic.com
Berwajah Melayu - orang Islam di sini (Bangsamoro).

Image hosted by TinyPic.com
Sawah padi. Padi (palay) ditanam 2 kali setahun.
'Akoy naririto ngunit sabik ako sa amin' (aku di sini rindukan kampung).