
Justeru, IDPs ini akan berkumpul di mana-mana kampung lain yang berhampiran. Takut hendak balik semula ke rumah mereka. Tanpa makanan, tanpa apa jua bekalan untuk kesinambungan hidup. Satu masalah yang amat besar. Tiada siapa yang ambil peduli.

Ada masa-masanya terlintas di fikiran aku bahawa operasi ini sengaja direka. Mungkin ada agenda tersirat. Maklumlah. Mindanao amat kaya dengan hasil semulajadi yang belum diteroka. Oleh itu dengan menjadikan masyarakat kampung pendalaman ini sebagai IDPs akan menyebabkan mereka tawar hati untuk kembali semula ke kampung tersebut. Meninggalkan kampung tersebut tidak berpenghuni. Menjadi nomads di kawasan-kawasan baru. Tanpa ada masa depan. Meninggalkan segala kekayaan asli tersebut di belakang. Lalu, mereka yang menunggu peluang ini akan merebutnya.
Itu yang aku sedih. Penderitaan di depan mata. Setiap wajah mereka sentiasa merenung aku penuh sayu. Melontarkan segala masalah dan penderitaan mereka jauh ke dalam sudut hati kecil aku. Dan aku terasa seolah sebahagian dari derita tersebut...
Entahlah. Aku tidak pasti sampai bila masalah ini akan berlarutan. Tanda penghujung tidak pernah menjelma. Malah semakin parah. Semakin membarah.
Namun, aku yakin tuhan tidak pernah lupa untuk menyayangi masyarakat ini.....
No comments:
Post a Comment