Siapa akan mendengar derita dan tangisan mereka ?
Di Cotabato City, Mindanao hanya terdapat sebuah sahaja kilang iaitu Mindanao Textile Cooperation. Terletak berhampiran Lapangan Terbang Cotabato City. Itupun macam hidup segan mati tak segan. Muram je. Pekerjapun kalau habis shift jalan tunduk. Tak berapa garang. Tak berapa nak menoleh kiri kanan. Kendur. Melintas jalan pun pakai redah je. Diaorang peduli apa. Kena langgar kereta boleh masuk hospital. Makan free.
Selain kilang, pekerjaan utama masyarakat sini ialah berniaga kecil-kecilan. Ada 2 pasar utama di Cotabato City ini. Satu dipanggil Supermarket dan satu lagi City Arcade. Di sinilah seribu satu macam barang dagangan diperniagakan. Dari ikan tuna ke coral fish dan eel (belut laut) - aku lemah kalau gi pasar ternampak eel tu. Geli geleman. Macam ulau sawa berendam. Dari daging lembu ke ayam pencen cukup umur (55 tahun). Dari telur ayam ke balut (telur itik yang sudah ada janin. Diperam menjadi telur asin. Isinya terdapat anak itik. Orang sini makan gitu je. Berharga Peso 20 = RM 1.40 sebiji. Kononnya boleh menguatkan tenaga seks. Biarlah tenaga seks lemah macamanapun, aku tak akan makan. Kira makan bangkai. Pengsan). Dan segala jenis buah-buahan yang telah atau semakin pupus di tempat kita seperti sentol, kundang, terap, kelubi. Penuh di kakilima pasar.
Aku pernah bermain dengan terap semasa kecil dulu. Getahnya boleh buat jerat burung. Digaul dengan getah segerap cair. Sapu kat dahan pokok. Sure burung melekat. Tapi ni buah terap (semarang dalam bahasa sini). Tak pernah aku tenguk. Pokok terap kat kampung aku dulu tak pernah berbuah pun. Mungkin pokok jantan agaknya.
Di sini, buat pertama kali aku merasa makan buah terap. Buahnya seperti buah sukun. Warna hijau (dari jauh macam durian). Isi berulas sama seperti cempedak. Cuma ulas terap kecil. Sebesar biji getah. Manis kekelatan. Kulit sebelah dalam bersabut sama seperti nangka. Di sini, buah tersebut dikomersialkan. Berebut orang nak beli. Mungkin kat negara aku nanti akan ada kebun terap gantikan kebun durian. Boleh jadi Tokeh Terap ataupun Tokeh Buah Sentol...
Selebihnya, masyarakat di sini hanya hidup sebagai petani, pekebun. Menanam tanaman kontan. Pisang, jagung, nenas, kelapa dan bersawah padi. Itu bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri. Kalau tidak, akan berkuli sebagai petani. Generasi demi generasi. Makan gaji umpama hamba dengan golongan-golongan Datu (Dato' kat tempat kita). Gabenor, Mayor dan politicians terlalu kaya di sini. Memiliki tanah pertanian yang begitu luas. Di sinilah masyarakat dhaif mendambakan diri dan keluarga. (Aku akan cuba menulis tentang masalah sebenar di rantau konflik ini jika ada kesempatan akan datang). Takdir hari esok ditentukan oleh aristokrat-aristokrat tersebut. Yang kaya semakin kaya. Yang miskin akan hanya mampu menanam cita-cita untuk terus bertambah miskin....
Pasal mereka tiada harapan. Tiada siapa akan mendengar cita-cita mereka. Tiada siapa mahu mendengar rintihan mereka. Walau angin sekalipun....
3 comments:
Bila pemimpin asyik berebut untuk memimpin, rakyat yang hendak mereka pimpin selalunya menderita.
boleh beri cadangan, kita hantar orang2 yg suka buat kacau dlm Msia ni ke sana.drug addict yg 10kali keluar masuk serenti, semua kita pos jugak.
Salam buat icam
satu catatan yang amat menarik bagi kak zar. Satu pengalaman yang baru.
Pertama kali menyinggah hati dah suka.. akan datang lagi.. InsyaAllah
Post a Comment