Jam kat sini dah pukul 11.57 pagi. Azan untuk sembahyang Jumaat mula bersahut dari beberapa masjid berhampiran kediaman aku. Sayu. Terasa macam berada kat negara aku. Macam kat Malaysia.
Aku nak pergi mandi dulu. Pakai t-shirt round neck, seluar jean. Pergi sembahyang kejap. Kat sini tak main kain pelikat, baju melayu. Aku akan jadi tumpuan umum kalau berpakaian begitu. Semua makmum akan toleh kat aku. Silap-silap Khatib boleh tersalah baca khutbah pasal asyik pandang kat aku. Imam akan terlupa bacaan surah lazim kerana asyik memikirkan fesyen pakaian aku. Pasal orang sini tak boleh tenguk benda pelik. Mula nak tiru atau kalau payah sangat akan minta terus dari aku. Risau diaorang minta baju melayu aku nanti. Siap dengan kain samping sekali... Balik berlenggeng pulak.
Jalan terbaik ialah pakai macam pakaian orang sini. Ringkas. Yang penting bersih dan menutup aurat. Dan aku tidak akan dikenali. Kerana aku seolah telah diterima dalam kepompong masyarakat rantau konflik ini.
+ + + + + + +
Maid aku pulak hari ni senyum memanjang kat dapur. Steady je. Pinggan dah cuci kat sink pun dia basuh sekali lagi. Cawan dah bertangkup kat kitchen cabinet dia susun balik cantik-cantik. Siap belek dari jauh sama ke tidak. Aku tahu pasal apa. Pasal hari ni dia dapat gaji. Apa yang aku perhatikan sejak 2 minggu ni dia belum melatah lagi. Nampak tenang. Kesimpulannya; dah tentu duit gaji yang lepas masih ada pasal aku bagi tips Peso 1,000 (RM 70) kat dia dulu. Satu perlima dari gaji bulanan dia ( Peso 5,000). Tu yang tenang sentiasa. Payah nak melatah. Tang senyum jerrrrr. Maybe she is suffering of smiling syndrome lately ? Penyakit baru selain melatah....
Akupun tenang sikit dengan perkembangan mutakhir maid aku nih.
Kan nampak tenang jer maid aku nih.....
Public Park

Mercu tanda.
2 comments:
hmm..anoi pun baru belajar dgn bebudak geju ni. 'lantit' tu diaorg kata, means, happy hour.lebihkurang la.
musim duyan tak abis lagi?alahai abang ni, kat msia ni mana ada buah2an yg bermusim lagi bang, manjang berbuah sepanjang masa.
baca post abg ttg Ayah Pin, heheh, memang dasat bahse org melake.mcm2 words yg keluor.tapi 'hawau-lahabau' tu patut kena hukum tembak 100 das dgn M-16,kan bang?
abg jangan selalu marah2 sangat ye,takut nanti balik Msia detect hypertension pulak. kirim salam kat maid abang..kelakar la dia. U take care.
salam rindu,
anoi & hubby.
abang tak baca lapuran Persidangan UMNO?tentang Dato Rafidah & APnya? dia dah tak boleh nak angkat muka bila perwakilan belasah dia cukup2.
ye la, yang dah kaya makin kaya.bila kuasa yg tergenggam di tangan disalahguna,tunggu masa je nak kena jawab. tu baru kena jawab atas dunia,belum jawab kat depan Mizan kita sok.naudzubillah.
Post a Comment