Sunday, July 31, 2005

Kelapa Sawit

Di kawasan Central Mindanao terdapat beberapa ladang kelapa sawit seperti di Tacurong (1 jam perjalanan dari tempat aku) dan Lanao Del Sur. Bagaimanapun, keluasan ladang tersebut amat terhad dan tidak terjaga. Diusahakan oleh mereka yang sudah sememangnya kaya. Walaupun Mindanao mempunyai tanah yang amat luas dan masih tidak diusahakan, namun kebanyakannya (penduduk kampung) tidak mampu untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. Rasionalnya, faktur utama ialah ketiadaan modal. Yang penting ialah bentuk tanaman pertanian yang boleh mendatangkan hasil yang cepat. Dalam jangkamasa pendek. Justeru, jagung, padi dan pisang adalah alternatif terbaik. Kelapa sawit akan memerlukan masa paling cepat 3 tahun untuk mula mengeluarkan hasil. Dalam menunggu tempuh tersebut, masyarakat kampung nak makan apa? Itu tak termasuk belanja membeli baja, racun dan sebagainya.

Di sini, tiada subsidi dari kerajaan. Sorry. Bukan macam kat negara kita. Semuanya dibantu. Ditatih. Dipapah. Rantau ini, mereka bergelut dengan cara sendiri untuk mencorakkan kehidupan. Projek penanaman kelapa sawit secara tanah pinggir tidak pernah berjaya dilaksana. Kerana kerenah birokrasi. Terlalu banyak halangan. Gabenor-Gabenor, Datu-Datu tidak pernah mahu mengizinkan tanah mereka yang amat luas dipawahkan untuk tanaman kelapa sawit. Kerajaan pula lebih suka wang untuk pembangunan pertanian diguna ke arah lain. Itu yang aku nampak.

Aku tak tahulah samada selepas keadaan di rantau ini agak aman, pelabur-pelabur dari negara kita akan membuat pelaburan di sini. Sektor perkilangan amat berpotensi. Tenaga buruh yang amat ramai. Murah. Tapi seperti dinyatakan - kerenah birokrasi. Nak kena hulur sana. Hulur sini. Habis semua cucu cicit orang besar di sini nak kena hulur. Apa lagi yang tinggal? Tiada apa. Tinggal tambang nak balik Malaysia jer. Itupun kalau dapat balik...

Namun, satu kreativiti orang sini ialah mampu menjadikan apa saja sebagai hasil kehidupan. Biji kelapa sawit dijadikan bahan bakar untuk menerangi rumah di kawasan pendalaman (tiada bekalan elektrik). Pelepah kelapa sawit dibelah lalu dianyam untuk dijadikan dinding rumah. Jadi macam bilah-bilah buluh. Dijual sekeping Peso 140 (RM 10). Anyaman tersebut selebar 6' X 4'. Selebar papan lapis (plywood). Kat Malaysia belum ada pelepah kelapa sawit dianyam menjadi dinding. Kerana kita mampu membeli plywood. Kita mampu membeli papan. Kalau nak buatpun tentu tiada pasaran. Tak laku...

DINDING RUMAH DARI ANYAMAN PELEPAH KELAPA SAWIT

3 comments:

Kem Lambaian Danau said...

i nak tinggalkan message pun susah.

tagboard merajuk la :)

aritu (sunday), dak L datang opis. i bagitau dia pasal blog u. tak tahu lah dia dah tengok ke belum.

take care ye icam !

Ungku Nor said...

assalamualaikum bang,
dah berapa hari tagboard kita mengong ni.
ingatkan anoi punya je, tengok geng2 yang lain pun sama gak.

just nak wish, Salam Ceria.

icam said...

BS, tak ada elektrik tak ada bekalan air paip. Mandi kat sungai. Minum air sungai. Tak ada tandas. Tak ada kenderaan. Cuma kereta kerbau dan naik kuda ( macam kuda padi kat sabah ).Tak tahulah kalau kita duduk macam tu. Mati looo.