Thursday, July 28, 2005

Mentaliti Masyarakat


Selama dua hari aku berada di sebuah kawasan pendalaman di rantau konflik ini. Berhampiran sebuah kawasan pergunungan. Langsung tidak ada apa-apa kemudahan. Kehidupan mereka (semuanya masyarakat Islam) hanya berladang jagung. Hidup seminima mungkin. Mandi sungai, air minuman dari sungai dan malam hanya diterangi oleh cahaya bulan. Tidak ada cita-cita untuk memajukan diri. Bangun pagi terus ke ladang. Tuai jagung dan keluar dari kampung tersebut sejauh 20 km berjalan kaki atau menggunakan kerbau untuk menjual hasil tanaman.
Mereka bertanggapan hidup di dunia ini hanya sementara. Tak perlu kaya dan tak perlu rumah secantik mungkin. Yang penting kehidupan akhirat. Dan jihad adalah jalan mudah untuk ke akhirat dan bertemu tuhan dalam keadaan terhormat. Itu yang mereka pilih. Tidak langsung bimbang anak-anak mereka tidak mempunyai pelajaran dan ilmu kerana bagi mereka lahirnya sesuatu nyawa sudah ditetapkan rezeki oleh Allah. Tak payah berusaha seteruk mana. Tawakkal. Sudah tentu rezeki datang sekadar yang ada. Satu konsep pemahaman kehidupan Islam yang cetek. Kalau masyarakat ini tak keluar dari kepompong hidup begini, macamana hendak melaksanakan rukun Islam yang sebenar. Mengeluarkan zakat, menunaikan haji. Kalau miskin macamana kita nak lengkapkan rukun tersebut ? Aku tak faham. Dan mungkin akan mengambil masa dua ke tiga generasi untuk memahamkan masyarakat sini. Begitu sempit. Aku hanya mampu berdoa. Kerana mereka suka kehidupan sebegini. Seolah era di mana negara kita belum lagi ditakluk oleh Jepun. Terlalu jauh ketinggalan. Samada kezaliman kerajaan atau kezaliman masyarakat ke atas diri mereka sendiri, itu perkara lain. Yang penting mentaliti mereka tidak pernah berubah. Tiada langsung anjakan paradigma. Stagnen...

Itu yang aku tak sanggup nak bincangkan....


Berperang lagi elok. Mati nanti masuk syurga.... Yahooooo.

Anak ramai - sudah tentu ada rezeki dari Allah...





Kenderaan kampung pendalaman ini.


Budak ini confirm akan jadi peladang jagung.















1 comment:

icam said...

Inilah hakikatnya BS. Wajah juga tidak dapat mencerminkan keseluruhan kehidupan mereka. Realitinya lagi menyedihkan.