Thursday, April 13, 2006
Birthday
Tuesday, April 11, 2006
Berjiran Dengan Serbs
Land Lady (Serbs) aku pernah menceritakan tentang keluarga Muslim tersebut. Mereka amat rapat dan tiada masalah dalam kehidupan berjiran. Sehari sebelum melarikan diri, Land Lady aku telah diberikan senaskah Al-Quran oleh keluarga Muslim tersebut. Al-Quran tersebut terus disimpan rapi oleh Land Lady aku sehinggalah aku menyewa di rumahnya.
Pada suatu petang, Land Lady tersebut telah memanggil aku ke rumah. Sesampainya, aku ditunjukkan ke arah naskah Al-Quran tersebut yang terletak rapi di atas sebuah almari di tengah ruang rumahnya. "My ex-neighbour told me to put this Quran on higher place". Lantas Land Lady meminta aku membaca sedikit surah dari Al-Quran tersebut kerana sebelum ini beliau pernah mendengar jirannya membaca.
Setelah keperdengarkan bacaan Al Fatihah, Land Lady aku terus menangis. Agak sayu suasana ketika itu. "the way you recited the Quran verses was really same of what my neighbour did. I miss them a lot...."
Dalam keadaan aku dikelilingi bangsa Serbs yang kesemuanya anti Muslim, masih ada sekelumit jiwa yang begitu kehilangan nilai persahabatan seorang Muslim. Dan aku yakin dunia Islam yang sering diperkecilkan di rantau konflik tersebut akan kembali bertapak semula suatu hari kelak. Mudah-mudahan.
Friday, March 31, 2006
Balkan - I
Di Prnjavor, aku menyewa sebuah rumah (fully furnished) dengan kadar Deutche Mark (DM) 500 (RM 1100) sebulan. Masak sendiri. Bagaimanapun, sewa tersebut termasuk dobi dan membasuh pinggan mangkuk yang dilakukan oleh Land Lady aku (seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Prnjavor), berambut blonde, berumur sekitar 40 an, heavy smoker. Sebenarnya, rumah land lady tersebut adalah 3 tingkat. Jadi, ground floor disewakan kepada aku. Beliau serta suami dan seorang anak lelaki berumur sekitar 16 tahun tinggal di tingkat 2 dan 3. Pintu untuk masuk ke rumah aku dibuat berasingan. So, kalau land lady nak masuk ke rumah aku, dia perlu keluar dari tingkat 2 dan turun ke ground floor.
Sebagai guru, land lady tersebut hanya berpendapatan sebanyak DM 90 (RM 200) sebulan. Dengan menyewakan rumahnya, beliau dianggap antara yang mewah di lorong kawasan perumahan tersebut.
Ethnic Cleansing....
Jeneral Radko Mladic - Ketua Tentera SerbWednesday, March 29, 2006
Berita Duka



Kita saban hari disuap dengan pelbagai berita keganasan. Samada dunia semakin kejam ataupun kita yang semakin kejam di dunia ini. Itu perlukan satu jawapan yang begitu subjektif. Dalam setiap langkahan kakiku di beberapa rantau konflik, apa yang menjadi santapan mataku ialah darah dan air mata. Terlalu sedikit wajah-wajah suka ceria yang diukir senyuman. Samada di Bosnia, Mindanao, Acheh mahupun di Selatan Thailand, semuanya menyimpan seribu cerita duka. Lantaran, di celah-celah mereka muncul watak-watak pembela yang turut berjuang atas landasan keganasan. Kekejaman. Tanpa mengira mangsa selagi berpegang kepada prinsip perjuangan yang pada tanggapan mereka tetap betul tidak kira apa implikasinya. Ini yang menyedihkan. Keadaan inilah yang terus menerus mencetus konflik. Keadaan inilah yang mencorakkan halatuju dunia masa kini. Dan aku hanya segelintir manusia yang semakin lali dengan permasalahan ini. Manusia kerdil yang tersepit di rantau konflik.....
Monday, March 27, 2006
Mereka Cintakan Keamanan

Inikah Yang Kita Inginkan ?
Masyarakat Bangsamoro amat dikenali sebagai bangsa yang sentiasa berperang dan tidak akan sekali-kali takut untuk berperang. Bermula sejak era penjajahan Sepanyol 500 tahun dahulu. Ferdinand Magellan, orang yang menjumpai Filipina telah dibunuh oleh Lapu-Lapu, pahlawan Moro bertempat di Pulau Cebu. Sejak itu bangsa ini terus dibelenggu peperangan yang antara matlamatnya ialah membebaskan tanahair mereka. Keadaan masih berterusan hingga kini. Cuma rentak dan halatuju perjuangan agak berbeza dari zaman Sepanyol. Namun, kesannya tetap sama. Meninggalkan bangsa ini ketinggalan dari kelompok bangsa-bangsa lain di dunia. Malahan, temponya semakin kejam, semakin ganas. Nyawa sendiri dijadikan taruhan. Dan inilah yang terus menerus dihadapi dunia. Dan inilah juga yang segelintir masyarakat kita inginkan.
Friday, March 24, 2006
Kem Salman Al Farisi Bhg. 2
Namun, berbekalkan keyakinan bahawa para pejuang ini amat menghormati aku, setiap kem tersebut dijelajahi. Setiap langkah aku diiringi oleh ucapan salam dari mereka. Lantas aku dipeluk. Senjatapi yang disandang mereka kerap tersepit di dada kami setiap kali berpelukan. Terlalu bahaya. Tiada langsung langkah keselamatan yang diambil mereka bagi mengelak senjata tersebut meletup secara tidak sengaja. Maklumlah mereka ini orang biasa. Civilians. Tidak pernah mendapat latihan asas pengendalian senjatapi. Mereka memikulnya pun atas dasar inginkan kemerdekaan dan penubuhan negara Islam di Selatan Filipina. Impian yang tidak mungkin tercapai. Malah, perjuangan ini semakin menghimpit mereka. Meninggalkan generasi mereka tertinggal jauh tanpa pelajaran dan sandaran ekonomi yang kukuh.
Ini pegangan mereka. Matlamat mereka. Sebagai tetamu, aku tidak akan menyentuh ideologi perjuangan mereka. Tujuan aku hanya untuk meninjau kehidupan mereka. Membantu mereka ke arah meningkatkan kefahaman untuk mengejar kehidupan berekonomi yang lebih terjamin.
Monday, March 20, 2006
Kem Salman Al Farisi
Sebanyak hampir 50 keluarga mendiami kawasan tersebut yang berlatarbelakangkan banjaran gunung. Dikelilingi hutan tebal. Kedatanganku disambut dengan linangan air mata terutama wanita-wanita tua pertengahan umur. Hampir kesemua mereka memelukku dengan erat. Meraikan ketibaan julung kali pelawat dari Malaysia. Pelukan saudara seIslam.
Di sini, di rantau konflik ini perkampungan masyarakat Islam kebanyakannya dijadikan kem untuk berjuang menentang pengaruh Manila. Kem-kem tersebut dilingkungi kawasan kampung. Justeru, setiap kali pihak tentera hendak melakukan serangan, mereka perlu melalui beberapa buah rumah kampung. Di kala inilah sering berlaku serang hendap. Ramai tentera terkorban. Namun, kesan paling teruk ialah orang kampung. Masyarakat tua dan kanak-kanak. Mereka turut dibunuh oleh tentera tanpa belas kasihan.
Maka, tidak hairanlah kenapa kedatanganku disambut dengan tangisan. Mereka bangga. Mereka terasa kewujudan di dunia ini semakin dihargai. Tambahan pulak aku dari Malaysia. Negara yang mereka anggap tidak akan membiarkan nasib Bangsamoro hanyut bersama ketentuan masing-masing.
Memang aku terasa amat sayu tatkala berada di kem ini. Kesusahan hidup tidak mengecualikan mereka untuk meraikan aku. Ikan haruan bakar, ayam kampung bakar (aku allergic nak makan terutama ikan haruan bakar), kuih bahulu, kuih cakar ayam (serupa dengan di Malaysia), air teh O dihidangkan. Terasa berat tekakku hendak menelan kerana mengenangkan susah payah mereka menyediakan santapan yang merupakan makanan mewah di kawasan tersebut. Demi mengambil hati, kukunyah perlahan-lahan kuih bahulu.
Dan ketika aku menghirup secawan teh O, kulihat sekumpulan kanak-kanak tidak berbaju menceduk air perigi. Minum bergilir-gilir dari timba yang diperbuat dari upeh pinang. Aku tergamam. Serentak itu cawan di tangan kuletak semula di meja yang diperbuat dari belahan pokok bakau. Aku tak mampu meneruskan hirupan. Biar aku turut haus bersama para pejuang di sini......
Friday, March 10, 2006
Konflik Diri
Aku letih. Tapi keletihan yang berbaloi. Sekurang-kurangnya rantau konflik tersebut tidak akan terlalu lama kutinggalkan. Harapanku, agar perdamaian akan tercapai penghujung tahun ini. Itulah acuannya. Dan kemungkinan hasil kerjatangan tidak mengikut acuan tetap ada. Itu yang kukhuatirkan. Itu yang kubimbangkan. Kelak akan mengalir deras darah-darah merah di Masjid Al Borhan yang amat kukuh dalam jiwaku....
Debu Cotabato
Aku tidak terasa asing untuk kembali semula di rantau konflik tersebut. Kebolehan sedikit untuk bertutur bahasa Tagalog aku gunakan sepenuhnya. Setakat satu dua ayat tu aku boleh memahaminya. Masalahnya, terlalu ramai orang di sini yang peramah. Sementelahan dia tahu aku orang Malaysia. Cakap cukup panjang. Langsung tak faham kerana berselang dengan dialek suku masing-masing seperti Maguindanao, Maranao dan Suluk. Aku hentam mengangguk aja. Kalau dia tohmah aku kacau anak dara diaorang pun aku akan mengangguk juga. Pasal tak faham. Dan aku harap tohmahan sedemikian tidak timbul. Dan sepatutnya tidak akan timbul...
Pengakhir perbualan terlontar kata-kata "walang pera", "maraming problema" - tak ada duit , terlalu banyak masalah. Dan aku terperangkap dalam simpati kepada mereka dan simpati kepada diri aku kerana kemungkinan akan ditipu....
Thursday, March 09, 2006
Aku Tua Dalam Perantauan
Dalam kunjungan aku sebelum ini, keadaan masih tidak berubah. Masjid di Cotabato City yang saban Jumaat kukunjungi tetap muram. Permaidani merahnya pusam. Semerah dan sekelam darah masyarakat sini yang pernah mengalir ekoran konflik yang tak kunjung padam.
Staff aku menangis tatkala aku mengunjunginya. Aku dipeluknya erat. Anak kambing yang kuberi nama Siti Tamar sudah semakin besar. Kalau gadis mungkin dah boleh duduk atas loteng bila anak teruna mengunjungi rumah......
Sebenarnya, terlalu banyak yang ingin kuloretkan di sini. Tetapi buat sementara ini aku mulakan dengan entry yang serba ringkas. Serba kurang.
Apa yang tak kurang ialah 'aku semakin tua di dalam perantauan'.
Thursday, November 03, 2005
Salam Aidil Fitri
Persiapan hari raya buat aku masih belum dibeli. Kejap lagi terpaksalah pergi ke Sogo (dekat dengan ofis). Belilah apa yang termampu. At least songkok perlu juga diganti buat sembahyang sunat nanti. Bila usia semakin meningkat ni perasaan menjelang Hari Raya semakin berbaur.Sedih ada, gembira ada. Tetapi sedih lebih menghiasi jiwa. Terkenang kedua arwah orang tua. Kalau keduanya masih ada pasti lebih meriah. Ada tangan yang dapat kita cium dengan penuh kasih....
Kepada rakan blog, aku mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ampunkan jika ada tersalah turut kata, terkasar bahasa. Semuga Hari Raya kalian dihiasi suasana penuh gembira, penuh ketawa.
Wednesday, October 26, 2005
Confirm Aku Ke Mindanao....
Thursday, October 13, 2005
Ke MINDANAO
Gembira rasanya nak pergi semula ke sana. Dapat jumpa member lama. Masyarakat yang sentiasa dhaif. Sentiasa diharung konflik. Dapat meniti semula jalan Sinsuat Avenue yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Dapat menjengah semula anak kambing yang kutinggalkan agar dibela oleh bekas 'maid' aku. Mungkin dah besar agaknya anak kambing tersebut..
Wednesday, October 05, 2005
SMS Dari Bekas Maid
However, it's nice when received such sms. Even it cost her RM 1.00 (Peso 14). At least my maid tu masih teringatkan aku. Dah macam kakak sendiri. Breakfast, lunch, dinner dia yang masakkan. For the past 1 year. Dah tahu dah selera dan kegemaran aku. Dan aku juga boleh bayangkan tarikh sebegini latah dia dah mula nak menonjolkan diri. Dah start rehearsel melatah. Driver aku yang sentiasa ada problem dengan van/pajero. Asyik nak hantar workshop - dapat sebat duit repair nanti..
Miss them a lot.......
Thursday, September 29, 2005
Menjelang Puasa
Satu jer kebimbangan aku. GASTRIK. Inipun dah macam nak kena balik. Kalau GASTRIK nanti TERPAKSA ler tak boleh puasa. Kalau pintu bilik pejabat dibuka selama ini terpaksalah sentiasa bertutup.....Maklum ler. Sibuk buat kerja.
Friday, September 23, 2005
Di Rantau Kesesakan Lalu Lintas
Kadang-kadang penderitaan di tempat orang adalah kebahagiaan bagi orang lain. Aku mungkin dah termasuk dalam golongan ini. Selama setahun aku di Mindanao. Tak pening kepala hendak ke ofis, rumah dekat dengan pejabat dan yang paling mustahak dibekalkan dengan pembantu oleh Kerajaan Filipina. Ini termasuk pemandu dan pembantu rumah. Dan aku gembira sebenarnya berada di rantau konflik tersebut walaupun hakikatnya aku amat benci dengan situasi yang tercetus di sana.
Tuesday, September 20, 2005
Tamat Cuti
Aku mungkin akan membuat tugas di office untuk tempoh beberapa waktu sebelum aku ditugaskan di kawasan konflik lain. For time being, kena honeymoon panjangggggg...
Friday, September 09, 2005
Sampai Di Malaysia
Saturday, September 03, 2005
Misi Seterusnya...
Aku puas kerana selama setahun dapat menabur bakti kepada masyarakat di sini. Tidak pernah semua itu kuminta balas. Hanya aku puas apabila wujud satu anjakan paradigma di kalangan mereka. Keamanan semakin jelas daratannya. Sosio ekonomi semakin bertambah baik. Bangunan-bangunan baru banyak didirikan di Cotabato City. Begitu gamat bunyi kebisingan para pekerja membina bangunan-bangunan itu. Serancak suara azan yang semakin banyak dikumandangkan di beberapa buah masjid yang juga turut bertambah. Rantau ini akan kutinggalkan dengan sedikit pahatan namaku. Masyarakat terutama yang berada di perkampungan pendalaman juga sudah begitu sinonim denganku. Dan aku bangga walaupun sudah 2 hari tanganku letih menyambut salaman mesra mereka.
Terkini, aku terdengar desas desus dari Kuala Lumpur bahawa terdapat kemungkinan aku akan ditugaskan di Indonesia. Di Sumatera. Lebih afdal di Acheh. Jika ini satu kebenaran, aku akan akur. Walaupun dengan langkahan yang amat berat kerana aku terlalu kerap kebelakangan ini di assignkan ke luar negeri. Maka satu lagi rantau konflik akan kujelajahi. Wilayah Islam yang digelar Serambi Mekah.
Itu aku malas nak fikir lagi. Biarlah. Kalau kena pergi aku terpaksalah pergi. Yang penting aku tak sabar untuk menunggu hari Ahad. Hari aku akan meninggalkan bumi Mindanao. Bermalam di Manila sebelum balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Ya Allah, rahmatilah perjalananku ini dan berkatilah apa yang telah kulakukan di bumi Mindanao ini. Semuga namaMu tidak akan hilang dari rantau konflik ini.... Amin.
