Memang pernah negara-negara asing cuba menghulurkan bantuan demi menangani masalah sosio-ekonomi di Mindanao ini. Samada negara tersebut melabur dalam bidang perindustrian mahupun dalam sektor perladangan. Malaysia sebagai contoh pernah membuat pelaburan menerusi Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama syarikat tempatan iaitu Janob Corps. Pelaburan tanaman kelapa sawit. Kalau tak silap aku ia bermula pada pertengahan tahun 90 an dan banyak tertumpu di Lanao Del Sur; sebuah province di Mindanao. Dari apa yang aku dengar, pada peringkat awal usahasama ini boleh dikatakan berjaya. Namun, lama kelamaan ianya terbengkalai. Yang pasti terlalu banyak kerenah birokrasi. Pemimpin tempatan terlalu ramai yang inginkan share mereka. Terlalu ramai yang menadah tangan di bawah meja. Itu yang aku dengar. Mana boleh tahan.
Selain itu, masyarakat juga tidak dapat bertahan untuk bekerja di ladang kelapa sawit. Hasil yang bakal diperolehi amat lambat. Mengambil masa bertahun tahun. Semasa menunggu hasil, apa yang hendak mereka makan ? Projek tanaman kelapa sawit di sini bukan sebagaimana skim Felda yang dilaksanakan di tempat kita. Gaji pekerja/peneroka dibayar dahulu oleh Felda sementara menunggu pengeluaran buah. Hanya selepas itu barulah hasil jualan buah kelapa sawit ditolak dengan gaji advance yang telah dibayar. Itu di tempat kita.
Yang jelas, bumi Mindanao yang luas, berbukit bukau serta tanah yang subur amat sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Tidak dapat dinafikan jika ianya diusahakan secara komersial dan oleh pihak yang benar-benar jujur dan komited, sudah tentu hasilnya akan dapat mengatasi negara kita. Ini ditambah oleh tenaga buruh yang ramai dan murah.
Namun, secara ikhlas aku katakan bahawa impian tersebut amat mustahil untuk dilaksanakan. Selagi rantau ini dikuasai oleh ahli politik yang tamak dan tidak jujur, selagi itulah ia tidak akan dapat bergerak maju. Yang jelas, ahli politik akan seboleh mungkin cuba mengekalkan keadaan tidak stabil dan paras kemiskinan yang tinggi bagi membolehkan mereka mengawal rakyat. Rakyat miskin akan menyebabkan mereka takut untuk menentang ahli politik. Kalau kaya dan mempunyai mata pencarian yang stabil, sudah tentu mereka berani bangun menentang.
Itulah hakikat di sini......
1 comment:
Sayang..seribu kali sayang..I suppose other potential areas like pelancongan dan pendidikan pun harus terbengkalai, kan?
Apalaa nak jadi tapi vangga laa at least Malaysia tetap try nak tolong!
Maybe OIC (not just "Oh, I see!")should help more people within this area - persetankan apa US nak kata, kan? Negara Islam kan kaya raya..the power is with them..oil power!
Post a Comment