Saturday, August 20, 2005

Terima Berita Sedih

Aku baru lepas makan malam apabila handphone aku berbunyi. Sms. Dari kawan baik aku di kampung. Lebihkurang begini bunyi sms tersebut :-


"Bat, BONGKENG sakit kuat. Tak ada harapan. Anak anak semua dah balik. Member kat kampung semua dah menangis. Kau pun kalau boleh balik ler Bat".

( nota: Bat ialah nama panggilan kami sekawan. Panggilan mesra. Bukan nama aku)

BONGKENG yang kawan aku maksudkan ialah seorang lelaki Cina di kampung aku. Aku dah berkawan dengan dia sejak kecil. Berumur sekitar 60 an. Cukup baik dengan aku. Suruh buat apa dia akan buat. Kerana dia rapat dengan aku. ( nota: aku bukan ler umur 60 an macam kawan Cina aku tuhh. Aku mudaaaaaaaa lagi )

Aku tahu kawan aku kat kampung ni agak kerap juga sms aku untuk memaklumkan keadaan kampung kelahiran aku. Jadi bagi mengesahkan sms tadi, aku jawab balik :-

"Agak ya Bat ?. Kalau macam tu kena booking awal awal Tok Imam Cina kerana hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Buatnyer Imam cuti makan angin, siapa nak uruskan nanti".

Aku jawab dalam nada joke. Kerana kawan aku ni kuat berjoke dengan aku. Aku tak berapa percaya sms yang dia hantar tu.

Semasa aku tengah minum kopi selepas makan, handphone berbunyi lagi. Sms dari kawan yang sama :-

"Untuk makluman, BONGKENG telah menghembuskan nafas tepat pukul 6.45 petang tadi. Semua kawan kawan kat kampung berada dalam suasana pilu, sebak". Harap balik ler melawat dia. Balik ler kampung."

Pulak dah. Betul ke ni ? Akupun telefon kawan aku tu. Just curious to know. Kalau betulpun (kematian) bukan ada kena mengena dengan akupun. Aku Melayu, dia Cina. Bukan sedara mara pun.

"Dia menghembuskan nafas pasal penat baikkan motor petang tadi. Tengah minum kopi kat kedai sekarang. Kawan kawan kat kampung sedih pasal motor dia belum dibaiki lagi." Kawan aku menjawab pertanyaan aku.

Entahlah. Aku kadang kadang terhibur juga dengan kerenah kawan kawan aku. Nasib baiklah dia buat joke macam tu ke atas orang yang bukan darah daging aku. Kalau tidak terperanjat juga dibuatnya.

Aku tahu kawan kawan agak rindu kat aku. Kawan kawan yang sama membesar dengan aku. Bermain dengan aku. Dah lama aku tak balik kampung. Itu sebab kawan aku buat lawak agar aku teringatkan dia. Teringatkan kampung. Teringatkan asal usul aku...

Tiba tiba jer aku digamit rindu. Rindu pada kawan kawan, kampung halaman dan pusara arwah orang tua aku.

Dan aku rasa rindu yang amat sangat......

No comments: