Tuesday, August 30, 2005

Letupan Bom Di Dalam Feri

Akhbar Philippines Daily Inquirer Bertarikh 29 Ogos 2005



Antara Kanak-Kanak Yang Cedera


Berita Letupan Bom Di Dalam Feri



Semalam, 28 Ogos 2005 berlaku satu letupan bom di dalam sebuah feri yang sedang berlabuh di Lamitan, Pulau Basilan, Selatan Filipina. Letupan tersebut berlaku sekitar pukul 7.00 pagi semasa feri tersebut yang berpenumpang seramai 200 orang sedang bersedia untuk belayar ke Zamboanga City. Jarak Pulau Basilan ke Zamboanga City jika menaiki feri tersebut mengambil masa selama 1 jam.

Seramai 26 orang cedera termasuk 7 kanak-kanak di dalam insiden ini. Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), kumpulan yang dilabel sebagai pengganas antarabangsa dikatakan bertanggungjawab ke atas insiden ini.

Pulau Basilan terletak agak jauh dari Cotabato City, Mindanao; tempat aku bertugas sekarang. Bagaimanapun, aku pernah ke Pulau Basilan dan pernah juga menaiki feri MV Dona Ramona (macam nama Ramona Rahman je) yang meletup tersebut.

Akupun tak faham. Dan tidak akan dapat faham masalah di sini. Sebagaimana dakwaan, letupan didalangi oleh ASG; sebuah kumpulan pengganas Islam. Manakala Pulau Basilan adalah bermajoriti penduduk Islam. Sudah tentu penumpang feri tersebut adalah ramai di kalangan orang Islam. Pengganas Islam membunuh orang Islam ? Adakah ini satu perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan oleh ASG ?

Yang pasti, petaka ini akan terus menghimpit umat Islam di rantau tersebut. Selepas ini akan semakin banyak operasi ketenteraan dilancar di Pulau Basilan atas alasan memburu elemen ASG. Kesannya, umat Islam juga yang akan susah untuk meneruskan kehidupan seharian. Tidak dapat bekerja di ladang-ladang. Terpaksa meninggalkan rumah dan kampung halaman kerana kawasan kediaman sudah menjadi kawasan operasi tentera. Akan semakin ketinggalan dan dhaif kehidupan mereka.

Dan aku juga tidak pasti samada insiden ini memang angkara pengganas Islam ataupun satu agenda tersirat pihak yang berkepentingan. Aku sukar untuk komen.......

No comments: