Jumlah Internally Displaced Person (IDP) yang lari meninggalkan kampung pendalaman yang kukunjungi baru baru ini semakin bertambah. Seramai 250 keluarga (kesemuanya Islam) kini mendiami khemah khemah yang dibina di kawasan kawasan belukar jauh dari kampung mereka. Semua ini ekoran operasi ketenteraan yang dilancarkan di kawasan kampung pendalaman tersebut atas alasan memburu elemen Kumpulan Abu Sayyaf. Justeru, penduduk kampung diarah berpindah bagi memudahkan operasi.
Setelah hampir 2 bulan, tiada seorangpun elemen Kumpulan Abu Sayyaf yang dapat dikesan mahupun berjaya ditembak di kampung tersebut. Yang nyata, penduduk kampung tidak dapat meneruskan kehidupan biasa sebagai peladang. Tidak dapat balik ke rumah masing masing. Tidak dapat menuai hasil ladang mereka seperti jagung dan pisang. Terus menjadi IDP. Menyedihkan lagi, tiada sebarang bantuan makanan disalurkan.
Tak tahulah apa motif di sebalik operasi ketenteraan tersebut. Aku tak boleh nak komen kerana ia isu sensitif. Tetapi, jauh di sudut hati aku meragui alasan pelancaran operasi tersebut. Seperti ada satu agenda yang tersirat. Satu perkara dirancang yang mana kesannya sudah pasti akan menyempitkan lagi kehidupan masyarakat kampung pendalaman tersebut.
Dan operasi tersebut dikatakan akan diperhebatkan lagi. Mungkin akan membabitkan berpuluh puluh lagi perkampungan pendalaman yang lain. Hanya satu kejayaan yang dicapai - pertambahan IDP di mana kesemuanya beragama Islam untuk tempuh terdekat ini......
Antara anggota tentera yang mengawal khemah khemah IDP
No comments:
Post a Comment