Saturday, August 13, 2005

Sikap Terlalu Meminta

Apa yang aku perhatikan orang-orang di sini terlalu suka meminta. Ke setiap bandar akan terdapat tangan-tangan yang menghulur. Meminta duit. Buat muka kesian. Tangan siap suakan ke mulut. Memohon sedekah untuk makan.

Keluar pintu Supermarket akan ada yang mengekori kita. Meminta seboleh-bolehnya. Berhenti tepi jalan akan berduyun orang datang ketuk cermin kereta. Menghulurkan tin kosong untuk mendapatkan duit. Tengah berjalan akan ada budak-budak yang menyentak hujung baju. Juga meminta duit.

Aku rimas. Terlalu sesak. Kadang-kadang aku rasa dah tak sepatutnya aku melayan kerenah sebegini. Entah betul entah tidak semua yang meminta sedekah tersebut adalah orang susah. Kerana terlalu ramai. Mungkin mereka hanya berlakun. Kerana di Filipina terlalu ramai orang yang pandai berlakun. Hatta, beberapa pemimpin politik dan bekas Presiden juga adalah merupakan pelakun. Bekas bintang filem.

Apabila dikerumuni peminta sedekah, apa yang kubimbangi ialah dompet. Bimbang mereka akan turut melarikan dompet aku. Nak kejar macamana. Beratus lorong belakang yang pencopet boleh memboloskan diri. Sehingga kini Alhamdulillah. Belum lagi aku mengalami kejadian sedemikian.

Kini, aku tidak mahu lagi melayan kerenah peminta sedekah tersebut. Aku lebih suka masuk ke kampung pendalaman, cari keluarga susah dan beri mereka barang makan dan sedikit sebanyak duit. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa mereka ini memang susah. Tahu asal usul mereka. Tahu makanan yang aku beri masuk ke dalam mulut anak-anak mereka.

Kerana aku pernah hidup susah. Kesusahan hidup masyarakat kampung. Membesar dalam ulitan kedukaan mereka. Kedhaifan mereka. Walaupun aku belum pernah lagi merasa susahnya tiada makanan untuk disuap....

Image hosted by TinyPic.com
ANTARA PANTAI DI RANTAU KONFLIK INI. TENANG. NAMUN BERBEZA DENGAN
JIWA MASYARAKATNYA YANG SERING DITINDAS....

1 comment:

Unknown said...

Icam, chanteque yaamatz pantai ittew! Tapi sayang takde inisiatif nak commersialised, kan?

Anyway, cerits fasal mintak sedekah ni, teringat masa me & Avang went to Acapulco, Mexico. Walaupun negara majoriti rakyat Kristian Katolik tapi miskin kuat betul..anak anak dijalanan dijadikan peminta sedekah. Kesian tgk diorang! Tu lah, I mean, not only muslims yg miskin, Katolik pun berlambak miskin dan melarat esp. kat benua Amerika ittew.