Sunday, August 28, 2005

Pungutan Derma

Aku sedang bersarapan pagi di rumah apabila didatangi oleh 3 orang terdiri seorang wanita dan 2 lelaki. Kesemuanya berumur sekitar 50 an. Yang lelaki lengkap bertali leher. Bertujuan memungut derma tabung 'Voice of the Hidrocephalus Victims Children' iaitu kanak-kanak yang diserang sindrom kepala besar. Dalam konteks derma ini, seseorang diminta untuk membeli tiket malam amal yang akan diadakan di Manila. Sekeping tiket berharga Peso 3,000 (RM 210).

Bagi menyakinkan aku, mereka turut menunjukkan satu surat bertaip komputer beserta tandatangan Ketua Polis Manila yang mana membenarkan mereka untuk menjalankan urusan pungutan derma tersebut. Dan sebagai rakyat Malaysia yang menurut mereka kaya, aku disarankan agar membeli sebanyak 5 keping tiket. Ini bermakna Peso 3,000 X 5 = Peso 15,000 (RM 1050).

Akupun berfikir sejenak. Ada banyak perkara yang mengundang syak wasangka tentang kesahihan ketiga mereka ini:

1) Ketiga mereka datang dari Manila. Tambang kapalterbang dari Manila Ke Cotabato City ialah lebihkurang Peso 7,000 (RM 490) seorang. Kalau 3 orang dah jadi Peso 21,000. Buat apa nak buang tambang sebanyak itu untuk hanya mencari derma. Ini tak masuk duit sewa hotel dan makan minum;

2) Kenapa mereka nak memungut derma di Cotabato City sedangkan di Manila lebih ramai orang yang kaya raya dan dermawan. Di Cotabato City ini terlalu ramai orang yang minta sedekah dari yang memberi. Silap-silap ketiga orang tersebutpun kena minta duit oleh orang sini;

3) Malam amal tersebut akan diadakan di Manila. Tak masuk akal kalau orang di Cotabato City ini akan membeli tiket tersebut dan terbang ke Manila untuk menontonnya. Dalam erti kata lain, orang tidak akan tertarik untuk membeli tiket tersebut;

4) Tandatangan Ketua Polis Manila tersebut boleh ditiru oleh sesiapa sahaja. Dan takkanlah aku nak telefon Balai Polis di Manila untuk mengesahkan tandatangan tersebut. Tentu aku akan terasa malu kerana perkara macam tu pun sampai nak telefon Manila. Akupun tak tahu nama tu betul ke tidak Ketua Polis Manila.

Di Malaysia, banyak sindiket penipuan seperti ini. Namun ia lebih berbentuk tiada tambang nak balik kampung. Mengharap simpati orang untuk menghulur duit agar dapat naik bas. Ini berlaku terutama di Kuala Lumpur. Kebanyakannya orang yang dah berumur dan bermodalkan kopiah putih agar orang lebih percaya. Last last dua tiga minggu masih ada kat Kuala Lumpur. Masih meminta duit tambang......

Fikir punya fikir aku beritahu tak ada duit cash. Cuma ada Peso 200 dalam wallet. Kosser nak layan. Selepas tu aku panggil maid aku suruh layan 3 orang tersebut. Aku minta diri ke tandas. Saja cari alasan sebegitu. Tangan kiri aku rapatkan ke perut. Siap dengan kerutan muka. Tak tahan sakit perut.

Biar maid aku tanya diaorang macam-macam. Dan buat pertama kalinya aku amat berharap agar maid aku akan melatah masa layan diaorang. Melatah yang sadis sadis sikit. Pegang parang ke. Nak gigit telinga ke. Biar diaorang lari.

Dan pada sebelah petang, semasa aku kat kedai menjual VCD, aku ternampak ketiga orang tadi. Berpakaian biasa macam orang kat sini. Tak nampak macam dari Manila. Sengaja aku tunjukkan muka agar diaorang perasan. Biar diaorang tahu tembelang dah pecah. Nanti diaorang tak lagi berani datang rumah aku.....

No comments: