Thursday, November 03, 2005

Salam Aidil Fitri

Aku sampai dari Manila jam 8.00 malam tadi. Hujan sepanjang penerbangan. Terasa bimbang apabila pesawat kerap kena 'air-pocket'. Buat aral tak dapat balik raya di Malaysia...


Persiapan hari raya buat aku masih belum dibeli. Kejap lagi terpaksalah pergi ke Sogo (dekat dengan ofis). Belilah apa yang termampu. At least songkok perlu juga diganti buat sembahyang sunat nanti. Bila usia semakin meningkat ni perasaan menjelang Hari Raya semakin berbaur.Sedih ada, gembira ada. Tetapi sedih lebih menghiasi jiwa. Terkenang kedua arwah orang tua. Kalau keduanya masih ada pasti lebih meriah. Ada tangan yang dapat kita cium dengan penuh kasih....


Kepada rakan blog, aku mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ampunkan jika ada tersalah turut kata, terkasar bahasa. Semuga Hari Raya kalian dihiasi suasana penuh gembira, penuh ketawa.

Wednesday, October 26, 2005

Confirm Aku Ke Mindanao....

Aku menelefon bekas 'maid' aku di Cotabato City pagi tadi. Memaklumkan aku akan ke Mindanao pada 29 Okt ini. Bermalam di sana. Punya ler happy bila dia mendengar berita tersebut. Menjerit dalam telefon. 'Miss you very much sir !'. Dah lain macam pulak bunyi. Hilang dia punya latah. Lancar percakapan. Mesti kat sana dah gaji. Tu sebab dia tenang semasa aku telefon.

Tapi ada satu ayat yang buat aku lemah tambahan pulak bulan puasa begini. 'Bring me some souvenirs from Kuala Lumpur'. Ye lah.....

Entah berapa kali dia dapat souvenirs dari aku. Banyak kali. However, akupun terasa juga happy nak menjengah rakan-rakan Bangsamoro di Mindanao. Sementelahan Hari Raya yang semakin hampir. Boleh tenguk persiapan terakhir diaorang sebelum berhariraya. Dan yang paling utama aku boleh tenguk anak kambing yang diberi kepada salah seorang staf aku. Mungkin dah besar........

Thursday, October 13, 2005

Ke MINDANAO

Aku akan ke Mindanao semula pada 29 OKT ini. Bermalam di sana untuk semalam sebelum ke Manila. Bermalam di Manila ( 2 malam) dan balik semula ke KL pada 1 Nov. Dua hari sebelum raya. Aku terpaksa ke sana. Ada tugasan yang perlu disudahkan - PERJUANGAN BELUM SELESAI....

Gembira rasanya nak pergi semula ke sana. Dapat jumpa member lama. Masyarakat yang sentiasa dhaif. Sentiasa diharung konflik. Dapat meniti semula jalan Sinsuat Avenue yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Dapat menjengah semula anak kambing yang kutinggalkan agar dibela oleh bekas 'maid' aku. Mungkin dah besar agaknya anak kambing tersebut..

Wednesday, October 05, 2005

SMS Dari Bekas Maid

Aku terima sms dari bekas maid aku di Mindanao. "Wishing you Happy Fasting Month. Hope you can fast this year !". Lain macam jer bunyi sms dia tu. Macam ler aku tak puasa masa kat sana.....


However, it's nice when received such sms. Even it cost her RM 1.00 (Peso 14). At least my maid tu masih teringatkan aku. Dah macam kakak sendiri. Breakfast, lunch, dinner dia yang masakkan. For the past 1 year. Dah tahu dah selera dan kegemaran aku. Dan aku juga boleh bayangkan tarikh sebegini latah dia dah mula nak menonjolkan diri. Dah start rehearsel melatah. Driver aku yang sentiasa ada problem dengan van/pajero. Asyik nak hantar workshop - dapat sebat duit repair nanti..


Miss them a lot.......

Thursday, September 29, 2005

Menjelang Puasa

Bulan Puasa akan menjelang tidak lama lagi. Tahun lepas aku berpuasa di rantau konflik. Di Mindanao. Terasa sukar berpuasa di tempat orang. Tidak macam di tempat kita. Di Malaysia. Terlalu rindu kepada juadah berbuka puasa yang banyak dijual di sepanjang jalan. Kali ini aku berpuasa di KL. Bandaraya yang menyediakan segalanya....


Satu jer kebimbangan aku. GASTRIK. Inipun dah macam nak kena balik. Kalau GASTRIK nanti TERPAKSA ler tak boleh puasa. Kalau pintu bilik pejabat dibuka selama ini terpaksalah sentiasa bertutup.....Maklum ler. Sibuk buat kerja.

Friday, September 23, 2005

Di Rantau Kesesakan Lalu Lintas

Balik dari rantau konflik kini dihimpit oleh kesesakan lalu lintas. Semalam hujan di KL. Aku keluar dari ofis pukul 7.00 petang. Kesesakan kenderaan masa tu cukup mengazabkan. Letih. Bosan. Sentiasa berbaur.


Kadang-kadang penderitaan di tempat orang adalah kebahagiaan bagi orang lain. Aku mungkin dah termasuk dalam golongan ini. Selama setahun aku di Mindanao. Tak pening kepala hendak ke ofis, rumah dekat dengan pejabat dan yang paling mustahak dibekalkan dengan pembantu oleh Kerajaan Filipina. Ini termasuk pemandu dan pembantu rumah. Dan aku gembira sebenarnya berada di rantau konflik tersebut walaupun hakikatnya aku amat benci dengan situasi yang tercetus di sana.

However, perpatah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' maybe sesuai dengan keadaan aku sekarang. Sehinggalah bumi lain akan kupijak. Begitu juga langit lain akan kujunjung.

Tuesday, September 20, 2005

Tamat Cuti

Aku dahpun habis bercuti panjang. Akan mula bertugas seperti biasa. Lama juga tak menjengah blog rakan-rakan. Routine harian - heavy traffic, bangun awal, looking for lunch and breakfast at office betul-betul sickening. Nak buat macamana.


Aku mungkin akan membuat tugas di office untuk tempoh beberapa waktu sebelum aku ditugaskan di kawasan konflik lain. For time being, kena honeymoon panjangggggg...

Friday, September 09, 2005

Sampai Di Malaysia

Aku telah selamat sampai di tanahair pada 5 Sep 05 pukul 7.00 petang. Alhamdulillah, tiada aral semasa penerbangan. Sebelum aku berlepas dari Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila, terpapar berita kapalterbang terhempas di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Bimbang juga kerana tak lama lepas tu aku turut akan menaiki pesawat....

Sekarang agak sibuk dengan urusan pentadbiran di pejabat. Lepas ni bercuti sekejap. InsyaAllah akan update blog ini selepas segalanya selesai.

Saturday, September 03, 2005

Misi Seterusnya...

Sibuk mengemas peralatan dan segala pakaian hari ini. Sembahyang Jumaat terakhirku di rantau konflik ini dilalui dalam suasana amat panas. Matahari begitu bersinar memancarkan cahayanya. Seolah jiwaku yang begitu bersinar-sinar untuk berangkat pulang ke tanahair. Tuhan sahaja yang tahu betapa selama ini hatiku begitu menggamit untuk pulang. Namun, demi tugas terpaksa kutempuhi kesengsaraan hidup di sini. Dan sajian warna masyarakat serta kedhaifan hidup mereka menambah sebak dan deritaku.


Aku puas kerana selama setahun dapat menabur bakti kepada masyarakat di sini. Tidak pernah semua itu kuminta balas. Hanya aku puas apabila wujud satu anjakan paradigma di kalangan mereka. Keamanan semakin jelas daratannya. Sosio ekonomi semakin bertambah baik. Bangunan-bangunan baru banyak didirikan di Cotabato City. Begitu gamat bunyi kebisingan para pekerja membina bangunan-bangunan itu. Serancak suara azan yang semakin banyak dikumandangkan di beberapa buah masjid yang juga turut bertambah. Rantau ini akan kutinggalkan dengan sedikit pahatan namaku. Masyarakat terutama yang berada di perkampungan pendalaman juga sudah begitu sinonim denganku. Dan aku bangga walaupun sudah 2 hari tanganku letih menyambut salaman mesra mereka.


Terkini, aku terdengar desas desus dari Kuala Lumpur bahawa terdapat kemungkinan aku akan ditugaskan di Indonesia. Di Sumatera. Lebih afdal di Acheh. Jika ini satu kebenaran, aku akan akur. Walaupun dengan langkahan yang amat berat kerana aku terlalu kerap kebelakangan ini di assignkan ke luar negeri. Maka satu lagi rantau konflik akan kujelajahi. Wilayah Islam yang digelar Serambi Mekah.


Itu aku malas nak fikir lagi. Biarlah. Kalau kena pergi aku terpaksalah pergi. Yang penting aku tak sabar untuk menunggu hari Ahad. Hari aku akan meninggalkan bumi Mindanao. Bermalam di Manila sebelum balik ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Ya Allah, rahmatilah perjalananku ini dan berkatilah apa yang telah kulakukan di bumi Mindanao ini. Semuga namaMu tidak akan hilang dari rantau konflik ini.... Amin.

Friday, September 02, 2005

Tamat Assignment

Aku menerima arahan dari Kuala Lumpur hari ini. Arahan yang amat menggembirakan aku. Aku dibolehkan kembali semula ke tanahair. Assignment aku di Cotabato City, Mindanao, Selatan Filipina ditamatkan sementara. Setahun aku di sini. Bermula pada 10 Sep 2004.

Aku perlu ke Manila pada 4 Sep 2005. Terpaksa bermalam di sana sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada 5 Sep 2005. Jam 3.20 petang menaiki pesawat MAS MH 705. Segala tempahan tiket telah kubuat menerusi ticketing agent.

Aku mungkin tidak akan membuat apa-apa entry lagi dalam blog ini. Tiada apa yang perlu diceritakan setelah aku menyambung semula tugas di Kuala Lumpur nanti. Selain amat sibuk, pelbagai paper perlu kusiapkan nanti. Maka, sudah tentu aku akan kesuntukan masa. Bagaimanapun, aku akan tetap menjenguk blog ini setiap hari. Kalau ada apa jua pengalaman terbaru yang boleh kukongsi bersama, InsyaAllah akan kucatatkan di sini.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon seribu kemaafan dari rakan-rakan yang begitu supportive dan sering melawat blog ini. Sesungguhnya, kehadiran kalian amat bermakna dalam aku mengharungi hidup penuh sukar di bumi Mindanao ini. Kata-kata nasihat, perangsang, gurauan dan tunjuk ajar yang kalian hulurkan amat menyentuh sudut hatiku. Percayalah, semua itu menjadi azimat dalam setiap langkahanku di rantau ini. Walaupun dalam langkah-langkah yang amat pendek dan perlahan.

Terlalu ramai rakan-rakan blog yang sering kukunjungi. Aku tidak pernah mengenali kalian dan kalian juga sudah tentu tidak pernah mengenali aku. Hanya kuharap, jika panjang umur, akan dapat berjumpa kalian di masa-masa mendatang.

Kepada OGY KLD yang banyak membantu aku dalam membentuk blog ini - "bat, kirim salam kat member di kampung".

UNGKU NOR - always with unibers? word. Den raso nak domam.

LEE NOVOTNY in UK - take a good care of yourself, ihikss.

LUKE in Nigeria - remember that word: Maganda,

BONDA SHAFIYA (Dr Rosalina) di Indonesia - hope you'll achieve your ambition.

MAK ANDEH - be strong and you're really a good writer.

BUDAK SEKOLAH in Australia - you must study hard.

KAK N di Penang - like to read your entry.

Serta ramai lagi yang kemaafan kupinta jika aku tak menyebutnya.

Terima kasih aku ucapkan dan semuga semuanya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Tuesday, August 30, 2005

Jiwa Yang Belum Merdeka

Esok negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 48. Satu usia yang boleh dikatakan sudah matang. Kalau perempuan dah ada yang 'menopause' di usia sebegitu.

Namun, di rantau konflik ini, masyarakat masih jauh tertinggal di belakang. Kehidupan mereka masih terbelenggu. Tidak ada satu matlamat masa depan yang khusus. Yang penting bagi mereka ialah ada kehidupan hari esok. Tidak kira samada kehidupan itu sama seperti yang dilalui oleh generasi mereka yang terdahulu. Penuh azab. Penuh kisah duka dan sengsara.

Rantau ini sudah lama merdeka. Namun, yang pasti kemerdekaan tersebut hanya bermakna bagi mereka yang ada kepentingan. Ada agenda. Ada satu lakaran skrip yang mana lakonannya hanya akan mensengsarakan kehidupan masyarakat rantau konflik ini. Masyarakat rehearsal' Hari Kemerdekaan di negara kita. Namun, letih mereka berbuah kepuasan. Letih aku kerana terlalu memendam perasaan melihat kezaliman dan ketidakadilan strata masyarakat di sini.




KANAK-KANAK PEREMPUAN INI AMAT MENYENTUH JIWA AKU. HIDUP DI KHEMAH PELARIAN.



KEADAAN KAMPUNG PENDALAMAN. MASYARAKAT YANG MASIH DIBELENGGU JIWA MEREKA.



KESAN KONFLIK. MENJADI INTERNALLY DISPLACED PERSONS (IDPs). LANGKAHAN YANG TIADA DESTINASI....



KHEMAH IDPs. BERAPA LAMA MEREKA MAMPU BERTAHAN DARI CENGKAMAN KESEJUKAN MALAM....



MALAH KERBAU PUN SEMAKIN LETIH DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN DHAIF INI...



KENDERAAN TENTERA YANG TERLIBAT DALAM OPERASI DI KAWASAN PERKAMPUNGAN BANGSAMORO. MEMBURU PENGGANAS ANTARABANGSA ....?


Letupan Bom Di Dalam Feri

Akhbar Philippines Daily Inquirer Bertarikh 29 Ogos 2005



Antara Kanak-Kanak Yang Cedera


Berita Letupan Bom Di Dalam Feri



Semalam, 28 Ogos 2005 berlaku satu letupan bom di dalam sebuah feri yang sedang berlabuh di Lamitan, Pulau Basilan, Selatan Filipina. Letupan tersebut berlaku sekitar pukul 7.00 pagi semasa feri tersebut yang berpenumpang seramai 200 orang sedang bersedia untuk belayar ke Zamboanga City. Jarak Pulau Basilan ke Zamboanga City jika menaiki feri tersebut mengambil masa selama 1 jam.

Seramai 26 orang cedera termasuk 7 kanak-kanak di dalam insiden ini. Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), kumpulan yang dilabel sebagai pengganas antarabangsa dikatakan bertanggungjawab ke atas insiden ini.

Pulau Basilan terletak agak jauh dari Cotabato City, Mindanao; tempat aku bertugas sekarang. Bagaimanapun, aku pernah ke Pulau Basilan dan pernah juga menaiki feri MV Dona Ramona (macam nama Ramona Rahman je) yang meletup tersebut.

Akupun tak faham. Dan tidak akan dapat faham masalah di sini. Sebagaimana dakwaan, letupan didalangi oleh ASG; sebuah kumpulan pengganas Islam. Manakala Pulau Basilan adalah bermajoriti penduduk Islam. Sudah tentu penumpang feri tersebut adalah ramai di kalangan orang Islam. Pengganas Islam membunuh orang Islam ? Adakah ini satu perjuangan jihad sebagaimana yang sering dilaungkan oleh ASG ?

Yang pasti, petaka ini akan terus menghimpit umat Islam di rantau tersebut. Selepas ini akan semakin banyak operasi ketenteraan dilancar di Pulau Basilan atas alasan memburu elemen ASG. Kesannya, umat Islam juga yang akan susah untuk meneruskan kehidupan seharian. Tidak dapat bekerja di ladang-ladang. Terpaksa meninggalkan rumah dan kampung halaman kerana kawasan kediaman sudah menjadi kawasan operasi tentera. Akan semakin ketinggalan dan dhaif kehidupan mereka.

Dan aku juga tidak pasti samada insiden ini memang angkara pengganas Islam ataupun satu agenda tersirat pihak yang berkepentingan. Aku sukar untuk komen.......

Sunday, August 28, 2005

Pungutan Derma

Aku sedang bersarapan pagi di rumah apabila didatangi oleh 3 orang terdiri seorang wanita dan 2 lelaki. Kesemuanya berumur sekitar 50 an. Yang lelaki lengkap bertali leher. Bertujuan memungut derma tabung 'Voice of the Hidrocephalus Victims Children' iaitu kanak-kanak yang diserang sindrom kepala besar. Dalam konteks derma ini, seseorang diminta untuk membeli tiket malam amal yang akan diadakan di Manila. Sekeping tiket berharga Peso 3,000 (RM 210).

Bagi menyakinkan aku, mereka turut menunjukkan satu surat bertaip komputer beserta tandatangan Ketua Polis Manila yang mana membenarkan mereka untuk menjalankan urusan pungutan derma tersebut. Dan sebagai rakyat Malaysia yang menurut mereka kaya, aku disarankan agar membeli sebanyak 5 keping tiket. Ini bermakna Peso 3,000 X 5 = Peso 15,000 (RM 1050).

Akupun berfikir sejenak. Ada banyak perkara yang mengundang syak wasangka tentang kesahihan ketiga mereka ini:

1) Ketiga mereka datang dari Manila. Tambang kapalterbang dari Manila Ke Cotabato City ialah lebihkurang Peso 7,000 (RM 490) seorang. Kalau 3 orang dah jadi Peso 21,000. Buat apa nak buang tambang sebanyak itu untuk hanya mencari derma. Ini tak masuk duit sewa hotel dan makan minum;

2) Kenapa mereka nak memungut derma di Cotabato City sedangkan di Manila lebih ramai orang yang kaya raya dan dermawan. Di Cotabato City ini terlalu ramai orang yang minta sedekah dari yang memberi. Silap-silap ketiga orang tersebutpun kena minta duit oleh orang sini;

3) Malam amal tersebut akan diadakan di Manila. Tak masuk akal kalau orang di Cotabato City ini akan membeli tiket tersebut dan terbang ke Manila untuk menontonnya. Dalam erti kata lain, orang tidak akan tertarik untuk membeli tiket tersebut;

4) Tandatangan Ketua Polis Manila tersebut boleh ditiru oleh sesiapa sahaja. Dan takkanlah aku nak telefon Balai Polis di Manila untuk mengesahkan tandatangan tersebut. Tentu aku akan terasa malu kerana perkara macam tu pun sampai nak telefon Manila. Akupun tak tahu nama tu betul ke tidak Ketua Polis Manila.

Di Malaysia, banyak sindiket penipuan seperti ini. Namun ia lebih berbentuk tiada tambang nak balik kampung. Mengharap simpati orang untuk menghulur duit agar dapat naik bas. Ini berlaku terutama di Kuala Lumpur. Kebanyakannya orang yang dah berumur dan bermodalkan kopiah putih agar orang lebih percaya. Last last dua tiga minggu masih ada kat Kuala Lumpur. Masih meminta duit tambang......

Fikir punya fikir aku beritahu tak ada duit cash. Cuma ada Peso 200 dalam wallet. Kosser nak layan. Selepas tu aku panggil maid aku suruh layan 3 orang tersebut. Aku minta diri ke tandas. Saja cari alasan sebegitu. Tangan kiri aku rapatkan ke perut. Siap dengan kerutan muka. Tak tahan sakit perut.

Biar maid aku tanya diaorang macam-macam. Dan buat pertama kalinya aku amat berharap agar maid aku akan melatah masa layan diaorang. Melatah yang sadis sadis sikit. Pegang parang ke. Nak gigit telinga ke. Biar diaorang lari.

Dan pada sebelah petang, semasa aku kat kedai menjual VCD, aku ternampak ketiga orang tadi. Berpakaian biasa macam orang kat sini. Tak nampak macam dari Manila. Sengaja aku tunjukkan muka agar diaorang perasan. Biar diaorang tahu tembelang dah pecah. Nanti diaorang tak lagi berani datang rumah aku.....

Friday, August 26, 2005

Bantuan Asing

Memang pernah negara-negara asing cuba menghulurkan bantuan demi menangani masalah sosio-ekonomi di Mindanao ini. Samada negara tersebut melabur dalam bidang perindustrian mahupun dalam sektor perladangan. Malaysia sebagai contoh pernah membuat pelaburan menerusi Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama syarikat tempatan iaitu Janob Corps. Pelaburan tanaman kelapa sawit. Kalau tak silap aku ia bermula pada pertengahan tahun 90 an dan banyak tertumpu di Lanao Del Sur; sebuah province di Mindanao. Dari apa yang aku dengar, pada peringkat awal usahasama ini boleh dikatakan berjaya. Namun, lama kelamaan ianya terbengkalai. Yang pasti terlalu banyak kerenah birokrasi. Pemimpin tempatan terlalu ramai yang inginkan share mereka. Terlalu ramai yang menadah tangan di bawah meja. Itu yang aku dengar. Mana boleh tahan.

Selain itu, masyarakat juga tidak dapat bertahan untuk bekerja di ladang kelapa sawit. Hasil yang bakal diperolehi amat lambat. Mengambil masa bertahun tahun. Semasa menunggu hasil, apa yang hendak mereka makan ? Projek tanaman kelapa sawit di sini bukan sebagaimana skim Felda yang dilaksanakan di tempat kita. Gaji pekerja/peneroka dibayar dahulu oleh Felda sementara menunggu pengeluaran buah. Hanya selepas itu barulah hasil jualan buah kelapa sawit ditolak dengan gaji advance yang telah dibayar. Itu di tempat kita.

Yang jelas, bumi Mindanao yang luas, berbukit bukau serta tanah yang subur amat sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Tidak dapat dinafikan jika ianya diusahakan secara komersial dan oleh pihak yang benar-benar jujur dan komited, sudah tentu hasilnya akan dapat mengatasi negara kita. Ini ditambah oleh tenaga buruh yang ramai dan murah.

Namun, secara ikhlas aku katakan bahawa impian tersebut amat mustahil untuk dilaksanakan. Selagi rantau ini dikuasai oleh ahli politik yang tamak dan tidak jujur, selagi itulah ia tidak akan dapat bergerak maju. Yang jelas, ahli politik akan seboleh mungkin cuba mengekalkan keadaan tidak stabil dan paras kemiskinan yang tinggi bagi membolehkan mereka mengawal rakyat. Rakyat miskin akan menyebabkan mereka takut untuk menentang ahli politik. Kalau kaya dan mempunyai mata pencarian yang stabil, sudah tentu mereka berani bangun menentang.

Itulah hakikat di sini......

Thursday, August 25, 2005

Pelarian Yang Semakin Bertambah

Jumlah Internally Displaced Person (IDP) yang lari meninggalkan kampung pendalaman yang kukunjungi baru baru ini semakin bertambah. Seramai 250 keluarga (kesemuanya Islam) kini mendiami khemah khemah yang dibina di kawasan kawasan belukar jauh dari kampung mereka. Semua ini ekoran operasi ketenteraan yang dilancarkan di kawasan kampung pendalaman tersebut atas alasan memburu elemen Kumpulan Abu Sayyaf. Justeru, penduduk kampung diarah berpindah bagi memudahkan operasi.

Setelah hampir 2 bulan, tiada seorangpun elemen Kumpulan Abu Sayyaf yang dapat dikesan mahupun berjaya ditembak di kampung tersebut. Yang nyata, penduduk kampung tidak dapat meneruskan kehidupan biasa sebagai peladang. Tidak dapat balik ke rumah masing masing. Tidak dapat menuai hasil ladang mereka seperti jagung dan pisang. Terus menjadi IDP. Menyedihkan lagi, tiada sebarang bantuan makanan disalurkan.

Tak tahulah apa motif di sebalik operasi ketenteraan tersebut. Aku tak boleh nak komen kerana ia isu sensitif. Tetapi, jauh di sudut hati aku meragui alasan pelancaran operasi tersebut. Seperti ada satu agenda yang tersirat. Satu perkara dirancang yang mana kesannya sudah pasti akan menyempitkan lagi kehidupan masyarakat kampung pendalaman tersebut.

Dan operasi tersebut dikatakan akan diperhebatkan lagi. Mungkin akan membabitkan berpuluh puluh lagi perkampungan pendalaman yang lain. Hanya satu kejayaan yang dicapai - pertambahan IDP di mana kesemuanya beragama Islam untuk tempuh terdekat ini......



Anggota tentera yang mengawal perkhemahan IDP



Antara anggota tentera yang mengawal khemah khemah IDP



Antara penghuni khemah IDP/pelarian



Penghuni khemah IDP/pelarian

Wednesday, August 24, 2005

Gambaran Derita

Semasa membuat field visit, pelbagai gambaran wajah terukir di sepanjang pemandangan. Penuh duka. Di kalangan Internally Displaced Person (IDP) atau dalam erti kata lain orang pelarian akibat sengketa atau perang.

Mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ditempatkan di sebuah kawasan semak samun dengan hanya berbumbungkan khemah sementara. Tidak berdinding. Malam diselimuti kedinginan dan siang dibahangi sinar matahari.

Semuga kesusahan mereka akan menjadi keinsafan kepada kita semua. Perlu diingat bahawa dalam kita bergelak ketawa, ada insan yang sedang berduka. Dalam kita rakus menjamu selera, ada insan yang haus dahaga. Maka, bersyukurlah dengan apa yang kita ada........

Wajah ketawa ini akan bertukar 'duka' apabila mencapai dewasa


Kanak kanak yang tidak pernah mengenal sengsara. Namun keluarga mereka....

'Mengangin' padi huma (padi bukit) - penyambung nyawa mereka



Kepalan nasi di tangan kiri, tiada lauk untuk dijamah

Budak ini menangis kerana lapar. Hanya makan nasi putih tanpa lauk. Duduk di khemah pelarian. Tangisannya turut mengundang deraian air mata aku...

Antara wajah kanak kanak yang sudah tentu akan mewarisi kedhaifan keluarganya apabila dewasa

Khemah IDP/pelarian


Mindanao People Caucus (MPC) - badan NGO

Antara IDP/pelarian

Tuesday, August 23, 2005

Laga Kuda

Antara kuda yang akan terlibat dalam acara perlagaan


Ahli Jawatankuasa Penganjur Perlagaan

Seekor kuda jantan dibiarkan mengawan kuda betina. Manakala seekor lagi kuda jantan hanya melihat (rasa tercabar kejantanan)


Kuda jantan yang tak mengawan dilepaskan



Adegan kejar mengejar (potong stim)



Perlagaan yang ganas. Kuda jantan yang sedang mengawan agak agresif. Maklum ler...



Masih belum mengaku kalah


Kuda betina (putih) masih berkelibut kat situ. Buat perangsang



Kuda jantan yang sedang mengawan menang. Hadiah- melancung ke ladang jagung kat kampung tu. Balik balik berguni-guni jagung kat tengah belakang.

Semasa membuat field visit, aku terjumpa sekumpulan penduduk kampung yang sedang menjalankan acara laga kuda. Begitu ramai penduduk kampung yang menontonnya. Aku yang ketika itu di dalam kenderaan telah menyuruh pemandu berhenti bagi mengambil gambar acara tersebut. Pertama kali aku menonton laga kuda. Antara kuda jantan dengan jantan. Yalah, kalau kuda jantan dengan kuda betina dah jadi laga lain pulak....

Pelbagai perlagaan diadakan di rantau ini. Dari laga ayam, laga ikan dan terkini laga kuda. Dan sudah semestinya dalam perlagaan tersebut akan melibatkan unsur perjudian. Selain itu, manusia di sinipun dari spesis yang suka berlaga. Berlaga sesama sendiri. Itu sebab sentiasa dalam konflik. Tak pernah aman. Kegemaran mereka berlaga/berperang diperturunkan sepenuhnya kepada binatang binatang yang ada di sekeliling mereka. Biar darah pendekar sentiasa ada dalam ruang lingkup kehidupan mereka. Tapi itulah hakikatnya. Penduduk di rantau konflik ini memang suka terlibat dalam apa jua unsur yang berhubung kait dengan perlagaan.

Sunday, August 21, 2005

Field Visit Ke Kampung Pendalaman

Hari Sabtu. Maid aku pulak off hari ni. Terpaksa masak sendiri. Masak simple jer. Goreng ikan selar sama goreng sayur pucuk paku. Selera jugak. Namun cuaca masih lagi panas. Entah bilalah hendak hujan. Sekurang kurangnya sejuk sikit.


Esok aku akan ke kampung pendalaman lagi. Ada special assignment. Bermalam di sana. Just tidur pakai folding bed selain standby sleeping bag. Bagaimanapun, pihak berkuasa di sini akan turut mengiringi aku atas alasan keselamatan. Banyak kawasan yang akan aku lawati masih dihuni oleh ramai gorila. Eh, silap eja. Guerilla. Separatist movement guerillas.


Aku kena tidur awal. Then esok bangun awal. Tomorrow will be a long journey.




Tugu Lapu-Lapu, pahlawan Moro yang menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Terletak di Lapu-Lapu City, Cebu Islands.

Perahu tradisional di Cebu Islands

Saturday, August 20, 2005

Terima Berita Sedih

Aku baru lepas makan malam apabila handphone aku berbunyi. Sms. Dari kawan baik aku di kampung. Lebihkurang begini bunyi sms tersebut :-


"Bat, BONGKENG sakit kuat. Tak ada harapan. Anak anak semua dah balik. Member kat kampung semua dah menangis. Kau pun kalau boleh balik ler Bat".

( nota: Bat ialah nama panggilan kami sekawan. Panggilan mesra. Bukan nama aku)

BONGKENG yang kawan aku maksudkan ialah seorang lelaki Cina di kampung aku. Aku dah berkawan dengan dia sejak kecil. Berumur sekitar 60 an. Cukup baik dengan aku. Suruh buat apa dia akan buat. Kerana dia rapat dengan aku. ( nota: aku bukan ler umur 60 an macam kawan Cina aku tuhh. Aku mudaaaaaaaa lagi )

Aku tahu kawan aku kat kampung ni agak kerap juga sms aku untuk memaklumkan keadaan kampung kelahiran aku. Jadi bagi mengesahkan sms tadi, aku jawab balik :-

"Agak ya Bat ?. Kalau macam tu kena booking awal awal Tok Imam Cina kerana hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Buatnyer Imam cuti makan angin, siapa nak uruskan nanti".

Aku jawab dalam nada joke. Kerana kawan aku ni kuat berjoke dengan aku. Aku tak berapa percaya sms yang dia hantar tu.

Semasa aku tengah minum kopi selepas makan, handphone berbunyi lagi. Sms dari kawan yang sama :-

"Untuk makluman, BONGKENG telah menghembuskan nafas tepat pukul 6.45 petang tadi. Semua kawan kawan kat kampung berada dalam suasana pilu, sebak". Harap balik ler melawat dia. Balik ler kampung."

Pulak dah. Betul ke ni ? Akupun telefon kawan aku tu. Just curious to know. Kalau betulpun (kematian) bukan ada kena mengena dengan akupun. Aku Melayu, dia Cina. Bukan sedara mara pun.

"Dia menghembuskan nafas pasal penat baikkan motor petang tadi. Tengah minum kopi kat kedai sekarang. Kawan kawan kat kampung sedih pasal motor dia belum dibaiki lagi." Kawan aku menjawab pertanyaan aku.

Entahlah. Aku kadang kadang terhibur juga dengan kerenah kawan kawan aku. Nasib baiklah dia buat joke macam tu ke atas orang yang bukan darah daging aku. Kalau tidak terperanjat juga dibuatnya.

Aku tahu kawan kawan agak rindu kat aku. Kawan kawan yang sama membesar dengan aku. Bermain dengan aku. Dah lama aku tak balik kampung. Itu sebab kawan aku buat lawak agar aku teringatkan dia. Teringatkan kampung. Teringatkan asal usul aku...

Tiba tiba jer aku digamit rindu. Rindu pada kawan kawan, kampung halaman dan pusara arwah orang tua aku.

Dan aku rasa rindu yang amat sangat......

Friday, August 19, 2005

Air Kelapa

Kalau kat kampung bila badan rasa tak sedap, ubat paling mujarab ialah air kelapa muda. Mampu menyejuk badan. Membuang bisa dan toksik. So, akupun ke pasar petang tadi. Pergi cari buah kelapa muda. Peso 20 (RM 1.40) sebiji. Suruh penjual tu kopek di situ. Minum. Terasa nyaman minum air kelapa. Ditambah dengan isinya yang masih lembut.

Belum sampai ke rumah ketika masih di dalam kenderaan, badan sudah mula terasa berpeluh. Walaupun masa tu sudah pukul 6.00 petang (waktu maghrib di sini jam 6.05 petang). Lepas tu badan terasa segar. Tak panas seperti sebelumnya. Pening kepala makin kurang. Demam seperti sembuh.

Akupun mandi dan terus sembahyang maghrib. Mujarab sekali sekala minum air kelapa. Dan setelah 3 hari, aku berasa agak sihat dari sebelum. Terasa ada mood. Makan malam berlauk sambal ikan bilis dengan ikan selar goreng yang dimasak oleh maid amat menyelerakan.

Maid aku pulak dah start asyik nak buat termenung. Biasalah. Masalah bermusim. 4 hari lagi dia akan dapat gaji. Gaji yang dibayar oleh kerajaan Filipina. Lepas tu segarlah dia. Macam aku selepas minum air kelapa. Selepas sembuh dari demam. Kadang kadang aku terasa cukup kasihan kat maid aku. Wanita separuh abad yang begitu gigih mengharungi ranjau rantau konflik ini....

PENJUAL BUAH KELAPA MUDA

Thursday, August 18, 2005

Cuaca Panas

Dah dua tiga hari cuaca amat panas. Bila malam macam nak hujan. Mendung. Tapi last last tak jadi. Hari ni badan pulak rasa tak sedap. Tekak sakit. Macam nak selsema. Kepala pening, badan panas.

Seharian tak de mood. Duduk dalam rumah je. Lemah dan kendur. Jadi, tengahari tadi pergi ke Mercury Drug. Beli Paracetamol 650 mg. Cukup ramai pulak orang sini yang tengah beratur nak beli ubat. Kebanyakan ubat pening kepala. Memang dah patut pun diaorang pening kepala. Dah 18 haribulan. Tengah bulan.... Faham faham je lah. Tambah pulak kat sini. Hari ni gaji esok dah start pening kepala. 'Walang pera'.

Sampai rumah telan paracetamol tu 2 biji. Terus tidur. Bangun sampai petang. Kurang ler sikit.

Nak tulis panjang panjang dalam entry kali inipun tak de semangat. Badan tak selesa. So, lepas ni nak terus tidur. At least dapat mengurangkan panas badan jika banyak berehat nanti.

Wednesday, August 17, 2005

Walang Pera





















Dalam ramai ramai orang yang aku jumpa, semua akan bercakap perkara yang sama. Kesusahan hidup di rantau konflik ini. Di Filipina. Di Mindanao. Tiada kerja yang dapat menjamin masa depan. Ia bukan tempat untuk orang yang lemah. Yang baru bertatih untuk berjalan. Yang baru hendak menceburi lapangan perniagaan.


Di pusat membeli belah, gadis penjual / promoters hanya akan mengikat kontrak kerja selama 6 bulan sahaja. Lepas tu pekerja lain akan mengambil alih. Hanya selepas 6 bulan selepas itu barulah mereka layak untuk bekerja semula. Aku tak tahu samada itu arahan kerajaan atau sebaliknya. Yang pasti, tindakan ini bagi membolehkan semua orang mempunyai peluang untuk bekerja. Walaupun sementara.


So, bila jumpa aku dan tahu aku orang Malaysia, ayat pertama yang dikeluarkan oleh orang sini ialah walang trabajo, walang pera.....(tiada kerja, tiada duit).


Tak tahulah samada itu luahan sebenar atau hanya untuk menagih simpati. Dan yang penting aku bukan bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat negara ini.............

Tuesday, August 16, 2005

Internally Displaced Persons


Disebabkan konflik, ramai penduduk kampung (barangay) terpaksa meninggalkan rumah mereka. Kampung mereka. Tanaman dan binatang ternakan mereka. Mencari perlindungan di kampung berhampiran. Menumpang teduh samada di pondok pondok buruk atau mana sahaja yang dapat menghalang mereka dari ditimpa hujan dan panas.


Antara faktor utama ialah tindakan pihak tentera melancarkan operasi di perkampungan mereka. Atas alasan memburu elemen jenayah ataupun separatists movement yang kononnya berlindung di kampung tersebut. Justeru, bagi menjayakan operasi, kampung perlu dikosongkan. Kalau tidak mungkin penduduk kampung sendiri akan tertembak oleh pihak tentera.


Faktor lain ialah sengketa keluarga atau rido dalam bahasa sini. Dendam berdendam antara keluarga samada sekampung atau kampung berlainan. Dendam yang dipusakai turun temurun. Dalam kebanyakan kes, rido ini akan berakhir dengan tembak menembak. Kematian. Justeru, keluarga yang terlibat akan bertindak melarikan diri dari kampung mereka. Demi nyawa. Demi kesinambungan hidup.


Mereka yang bertindak meninggalkan kampung halaman ini dinamakan Internally Displaced Persons (IDPs). Satu masalah sosio ekonomi yang bukan sedikit.

Kerajaan langsung tidak berapa mengambil berat masalah IDPs ini. Hanya segelintir NGO yang mengambil inisiatif. Menghulur bantuan sekadar mampu. Inipun agak terhad kerana kekurangan dana. Tiada sokongan jitu pelbagai pihak. Setakat menghulur beras sekilo dua dan sardin untuk bekalan 2 atau 3 hari. Yang lain pandai merekalah untuk berusaha meneruskan hidup. Nak bantupun semuanya berkeadaan susah. Dhaif.


Dalam pada itu, satu masalah turut timbul dalam mentarafkan seseorang itu sebagai IDPs agar bantuan yang sedikit itu dapat disalurkan. Oleh itu, tindakan pendaftaran (validation) akan dibuat hanya untuk membuktikan mereka itu benar benar IDPs. Jika ini tidak dilakukan, semua akan mengaku IDPs. Janji dapat bantuan free. Inilah budaya yang amat tidak seharusnya terjadi. Tidak seharusnya diamalkan. Suka meminta. Suka mendapat barang percuma. Tidak hirau maruah diri.


Dalam kebanyakan kes, aku terlibat langsung dalam proses validation ini. Kesian ada. Gerampun ada. Aku sering dikerumuni oleh IDPs ini apabila mengetahui aku dari Malaysia. Mereka tahu Malaysia negara kaya. Mampu membantu mereka. Mereka juga tahu aku akan cuba membantu mereka sedaya upaya kerana itu adalah tugas aku.


Sakit kepalapun minta panadol dari aku. Batuk minta ubat dari aku. Bil rawatan hospital hanya sebanyak Peso 100 (RM 7) pun hulur kat aku. Minta aku bayarkan.


Akupun tak faham. Semasa aku belum menjejak kaki ke rantau ini, siapakah agaknya yang membelikan mereka panadol ? Siapakah yang belikan ubat batuk ? Siapakah yang bayar bil hospital mereka ? Sebelum ini langsung tiada bantuan. Diaorang boleh hidup juga.....


Aku tidak nafikan dalam segelintir umat tersebut, memang ada yang betul betul susah. Betul betul dhaif. Namun mereka tidak pernah meminta. Menerima ala kadar apa yang dihulurkan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah takdirkan ke atas mereka. Aku amat berpengalaman dalam mengenal mereka ini.


Namun, aku akan terus membantu selagi aku mampu. Selebihnya, biar Yang Maha Kuasa menentukan. Mudah mudahan bangsa ini akan dapat kembali maruah diri mereka.....







IDPs. Hidup di dalam khemah sementara.





+ + + + + + + + + + +

Aku ke pasar hari ini. Beli sotong sekilo. Harga Peso 140 (RM 10). Sotong dalam bahasa tagalog - pusit. Sampai rumah aku suruh maid siang kerana niat nak buat sambal sotong.


Siap siang akupun tanya maid aku ; "Have you finished cleaning the pusak ? Then you can cook a sambal." Maid aku terus gelak. Ketawa besar betul. "Do you know what is the meaning of pusak in tagalog sir ? Pusak is CAT. You want me to cook cat sambal ?".


Aku diam. Latah latah maid akupun kali ni aku terkena. Betul betul silap cakap tagalog.



Takkan aku nak makan sambal kucing......


Monday, August 15, 2005

Lalulintas Tidak Teratur


GAMBAR HIASAN. PEMANDANGAN JALANRAYA DI MANILA

GAMBAR HIASAN. JEEPNEY YANG DIHIAS INDAH. WARNA WARNI

Kebanyakan lalulintas di rantau konflik ini tidak teratur. Berserabut. Kenderaan memasuki mana-mana lorong sesuka hati. Bagi public transports, pemandunya akan memberhentikan kenderaan betul-betul di tengah jalan setiap kali menurun dan mengambil penumpang. Langsung tak peduli kenderaan di belakang. Yang penting mereka dapat penumpang. Berebut dengan pemandu lain. Adakalanya berkesudahan dengan pergaduhan.


Inilah hakikat apabila terlalu menghambakan diri kepada duit. Bertuhankan duit. Nyawa tidak penting. Keselamatan faktor kedua. Yang utama macamana nak mencari duit demi kesinambungan hidup esok hari. Maruah diri tolak ke tepi. Poket mesti diisi. Mulut yang begitu banyak menganga di rumah perlu dipenuhi...

Yang jelas, lebih separuh kenderaan yang memenuhi jalanraya Cotabato City adalah public transport. Terlalu banyak. Kenderaan persendirian begitu terpencil. Samada jeepneys, komute, trisikal dan sebagainya, semua begitu ganas menyusur setiap lorong. Menyedihkan, kebanyakan public transport tersebut disewa. Bukan milik persendirian. Seorang dua pemiliknya yang memonopoli. Menyewakan kenderaan secara harian. Kaya akan terus kaya. Penyewa akan berhempas pulas sepanjang hari. Kadangkala pulangan tambang hanya sekadar cukup membeli sekilo beras. Selebihnya, untuk bayaran sewaan.

PATAY (mati). Begitulah keluhan yang sering kudengar dari pemandu public transport.

Saturday, August 13, 2005

Manganda Babae ( Gadis Cantik )

Walaupun aku dah sedikit sebanyak memahami perkataan-perkataan mudah bahasa Tagalog, tapi adakalanya aku buat-buat bodoh. Buat tak faham nak sebut sesuatu perkataan. Itu yang membuat aku sering mengusik pemandu aku. Sometimes, this kind of joke make our relation
becomes so close. Very knit.

Semasa aku dalam kereta, melintas seorang gadis yang boleh dikategorikan sebagai cantik. Maklumlah, mix blood with Spanish. So, just to tease him, akupun terus bercakap dengan dia :
"I like to stay and work here, maraming manganda baboi".

Punyalah kuat dia ketawa. Terbahak-bahak. Siap pegang perut. Terlepas dua-dua belah tangan dari stereng kereta. Hampir kereta nak terbabas. Cukup lama hilaian ketawa dia.

Aku buat-buat bodoh. Mata tetap memandang ke depan. Mana tahu melintas pula gadis lain. Boleh aku gunakan ayat yang sama.

Setelah reda ketawanya, diapun memandang aku. Masih dalam keadaan senyum. "You know what is the meaning of maraming manganda baboi ?". Dia menyoal aku. Aku mengangkat bahu sambil menggeleng kepala. Buat-buat heran.

"Maraming manganda baboi mean so many beautiful pigs. You like to stay in Mindanao because there are so many beautiful pigs". Sekali lagi derai ketawa pemandu aku memecah cuping telinga. Sampai terkeluar airmata dia ketawa.

Memang aku tahu makna baboi tu. Dan memang aku tahu ayat tu akan menyebabkan aku ditertawakan. Maklumlah, suka duduk sini kerana banyak babi cantik. Pemandu aku ( beragama Iglesia Cristo; satu cabang dalam agama Kristian) juga tahu bahawa sebagai orang Islam, aku diharamkan memegang apatah lagi memakan babi.

Kan tak jauh bunyi babae (perempuan) dengan baboi. Tu yang buat dia yakin aku tersalah. Tak tahu makna baboi. Tak faham bahasa Tagalog. Sebab itu dia ketawa terbahak-bahak. Yang penting, pemandu aku amat gembira dengan 'kedunguan' aku.

Sekurang-kurangnya aku dapat membantu beliau melupakan buat sementara kesusahan dan keperitan hidup di rantau konflik ini....

GAMBAR HIASAN.
GADIS LUMAD (MASYARAKAT ASLI) SEMASA FESTIVAL T'NALAK

Sikap Terlalu Meminta

Apa yang aku perhatikan orang-orang di sini terlalu suka meminta. Ke setiap bandar akan terdapat tangan-tangan yang menghulur. Meminta duit. Buat muka kesian. Tangan siap suakan ke mulut. Memohon sedekah untuk makan.

Keluar pintu Supermarket akan ada yang mengekori kita. Meminta seboleh-bolehnya. Berhenti tepi jalan akan berduyun orang datang ketuk cermin kereta. Menghulurkan tin kosong untuk mendapatkan duit. Tengah berjalan akan ada budak-budak yang menyentak hujung baju. Juga meminta duit.

Aku rimas. Terlalu sesak. Kadang-kadang aku rasa dah tak sepatutnya aku melayan kerenah sebegini. Entah betul entah tidak semua yang meminta sedekah tersebut adalah orang susah. Kerana terlalu ramai. Mungkin mereka hanya berlakun. Kerana di Filipina terlalu ramai orang yang pandai berlakun. Hatta, beberapa pemimpin politik dan bekas Presiden juga adalah merupakan pelakun. Bekas bintang filem.

Apabila dikerumuni peminta sedekah, apa yang kubimbangi ialah dompet. Bimbang mereka akan turut melarikan dompet aku. Nak kejar macamana. Beratus lorong belakang yang pencopet boleh memboloskan diri. Sehingga kini Alhamdulillah. Belum lagi aku mengalami kejadian sedemikian.

Kini, aku tidak mahu lagi melayan kerenah peminta sedekah tersebut. Aku lebih suka masuk ke kampung pendalaman, cari keluarga susah dan beri mereka barang makan dan sedikit sebanyak duit. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa mereka ini memang susah. Tahu asal usul mereka. Tahu makanan yang aku beri masuk ke dalam mulut anak-anak mereka.

Kerana aku pernah hidup susah. Kesusahan hidup masyarakat kampung. Membesar dalam ulitan kedukaan mereka. Kedhaifan mereka. Walaupun aku belum pernah lagi merasa susahnya tiada makanan untuk disuap....

Image hosted by TinyPic.com
ANTARA PANTAI DI RANTAU KONFLIK INI. TENANG. NAMUN BERBEZA DENGAN
JIWA MASYARAKATNYA YANG SERING DITINDAS....

Friday, August 12, 2005

Davao City

Aku ke Davao City pagi tadi kerana ada urusan rasmi. 8 jam perjalanan pergi dan balik dari Cotabato City. Menerusi jalan darat. Melalui Midsayap, Pikit, Kabacan, Kidapawan City, Digos City sebelum sampai ke Davao City. Hujan sepanjang perjalanan.

Bandar-bandar yang aku nyatakan di atas adalah merupakan antara kawasan yang teruk dilanda konflik terutama pada tahun 80 an sehingga tahun 2000. Saban hari kerap berlaku serang hendap ke atas kenderaan yang melalui jalan tersebut. Kini agak aman. Aku tidak langsung bimbang semasa melaluinya. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah sekitar pukul 8.00 malam.

Kat sini pukul 6.00 dah Maghrib. Dah gelap. Tambahan pula sepanjang perjalanan tiada lampu jalan. Bukan macam jalanraya di tempat kita. Ini ditambah oleh orang kampung yang suka duduk di atas jalan pada waktu tersebut. Naik motorsikal tak pasang lampu. Baju pulak kebanyakan warna gelap. Tak nampak. Silap-silap boleh terlanggar. Rimas betul aku dibuatnya. So far jarang pulak orang kena langgar kat sini. Tak macam di tempat kita. Kadar kemalangan jalanraya yang agak tinggi. Mungkin orang di sini kebal agaknya. Itu sebab mereka suka duduk atas jalanraya. Melintas jalan tak toleh kiri kanan. Memandu malam tak payah pasang lampu. Kalau kena langgar tak cedera langsung. Tambah untung lagi, pemandu kereta yang kena bayar ganti rugi. Seminggu tak payah kerja kebun kerana duit ada dalam poket.

Berkait Davao City, aku pernah bertugas di sini selama 10 hari pada bulan Okt 2004. Bandar termaju di Mindanao. Dan Davao City juga adalah bandar terluas di dunia - largest city in the world. In terms of land capacity.

Apa yang nyata, Davao City yang majoritinya Kristian dibangunkan oleh kerajaan sebegitu pesat. Jalanraya yang amat cantik, bangunan sekolah yang besar, gedung membeli belah serba lengkap dan segala satu macam kemudahan lain. Ini berbeza dengan Cotabato City. City of Muslims. Tiada pembangunan. Terlalu kebelakang. Ketinggalan. Penduduk yang semakin hari semakin mundur.

Aku bukan mencetus sentimen keagamaan. Juga tiada prejudis dalam mendedah sesuatu senario. Tapi ianya hakikat. Inilah realiti. Dan inilah antara pencetus konflik di rantau ini. Sikap double standard yang diamalkan. Walhal, kekayaan hasil bumi Cotabato City yang menjadi nadi kekayaan Mindanao. Namun, ia diangkut sewenangnya. Dirampas. Bagi memajukan wilayah lain.

Salahkah peribuminya menuntut sedikit hak keadilan ?....

Thursday, August 11, 2005

Cita-Cita Yang Tidak Tinggi

Petang tadi aku memasuki sebuah lagi kampung yang begitu teruk dilanda konflik. Penghuninya adalah orang Islam. Dhaif. Amat susah. Kesinambungan hidup hanya mengusahakan tanaman jagung. Kadang-kadang makan. Kadang-kadang tidak. Nak buat macam mana. Itu takdir hidup mereka. Dan aku akan cuba memberi suntikan semangat agar mereka terus berusaha keras. Demi masa depan anak-anak mereka. Sedih jika anak mereka akan turut menjejaki langkah mereka. Jadi peladang jagung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kerap kais tak dapat makan pagi atau petang. Tanaman musnah. Disabotaj. Oleh konflik yang amat kerap tercetus. Lantas, anak-anak yang begitu kecil sudah bosan dengan apa yang mereka hadapi. Mereka lalui. Hanya satu cita-cita mereka. Masuk hutan, menentang kezaliman seterusnya mati sebagai 'Mujahidin'.

Itu pilihan mereka. Gerak hati mereka. Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk bercita-cita sedemikian. Kerana negara kita aman. Kita mewah. Dan yang penting kita tidak pernah ditindas......

Kalau kita di tempat mereka ?

DI LERENG GUNUNG INILAH PARA MUJAHIDIN BERCUCUK TANAM


BUDAK INI BERNAMA MUJAHID. INGIN MENJADI PEJUANG ISLAM. TANGAN KANAN MEMEGANG BISKUT YANG AKU BERI.....


ANAK BERANAK SEDANG MENGUPAS JAGUNG - NYAWA MEREKA

HATI AKU LULUH MELIHAT KANAK-KANAK INI TURUT MENGUPAS JAGUNG.MEREKA INGIN BERSEKOLAH TAPI TIADA SEKOLAH DISEDIAKAN. BISKUT KUBERI MASIH DI TANGAN KANAN...