Friday, July 15, 2005

Bahang Impeachment

Cuaca amat panas. Minggu lepas winter sekejap. Winter bahasa orang sini untuk musim hujan. Perasan. Hujan lebat hingga air Sungai Tamontaka dan Sungai Matapae naik mendadak. Hampir menelan berpuluh rumah setinggan di tebingnya. Kini keadaan seperti sediakala.

Cuma keadaan politik yang tetap tiada ketentuan. Kerajaan dalam keadaan tidak stabil. Hakikatnya, masalah politik di sini bermula sejak zaman Presiden Marcos. Kejatuhan Presiden tersebut pada tahun 1986 menerusi people power telah menyebabkan rakyat rantau ini kemaruk untuk terus melakukan tindakan sama. Selepas Marcos, kepimpinan diterajui oleh Corazon Aquino, balu kepada Benigno Aquino yang ditembak mati pada tahun 1986 oleh Pengawal Marcos setibanya di Manila. Benigno Aquino adalah anggota pembangkang yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Semasa era Corazon Aquino, beberapa cubaan rampasan kuasa cuba dilakukan tetapi dapat dipatahkan. Pindaan Perlembagaan Filipina yang menghadkan tempuh Presiden untuk memerintah hanya selama 1 penggal (6 tahun) telah meletakkan Fidel Ramos sebagai Presiden baru bermula tahun 1992 hingga 1998. Era ini banyak merintis perdamaian dengan kumpulan pejuang pemisah Islam. Antaranya ialah Moro National Liberation Front (MNLF) di mana perjanjian damai kedua pihak telah dimeterai pada 2 Sep 1996. Selain itu, Ramos juga telah memperkenalkan Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippine - East Asia Growth Area (BIMP-EAGA); satu usahasama untuk membangunkan ekonomi negara terlibat. Namun, kesinambungan usaha ekonomi Ramos terbengkalai apabila Joseph Estrada menjadi Presiden pada tahun 1998. Estrada adalah merupakan bekas bintang filem sebelum bergiat dalam politik. Sebagai Presiden, Estrada lebih suka mengambil pendekatan secara kekerasan dalam menangani apa jua masalah pejuang pemisah. Perjanjian Damai antara Kerajaan Republik Filipina (KRF) - MNLF terus terbengkalai buat sementara waktu. Dalam pada itu juga Estrada telah menggunakan pendekatan ketenteraan semaksima mungkin dalam menuetralkan sebuah lagi kumpulan pejuang pemisah Islam iaitu Moro Islamic Liberation Front (MILF); kumpulan serpihan MNLF. Ketika itu (tahun 2000) beberapa kem MILF ditawan dan ramai rakyat tidak berdosa terpaksa menjadi pelarian. Ada antaranya lari ke Sabah dan menjadi Pendatang Tanpa Izin.

Kelemahan Estrada ialah rasuah, arak (beliau akan minum whisky setiap kali berucap) dan perempuan. Beliau dikatakan mempunyai 3 orang anak luar nikah semasa menjadi pelakon. Namun, rakyat di sini tetap menerima beliau sebagai pemimpin. Ekoran rasuah, usaha pemecatan (impeachment) dilaksanakan ke atas beliau pada sekitar penghujung tahun 2000. Estrada seterusnya dipecat pada 18 Jan 2001 dan kerusi Presiden diambil alih oleh Gloria Macapagal Arroyo, Naib Presiden ketika itu.

Dan kini Arroyo turut menghadapi masalah yang sama iaitu menunggu proses impeachment. Alasan impeachment ialah menggunakan pengaruh untuk menipu dalam Pilihanraya Presiden. Titik tolak proses tersebut mungkin akan diketahui selepas 25 Julai ini bilamana pada tarikh tersebut Presiden Arroyo akan membuat ucapan dasar dalam State Of Nation Address (SONA). Setakat ini seramai 73 Ahli Dewan Perwakilan dijangka akan mengundi untuk meneruskan usul impeachment. Sejumlah 79 undi Ahli Dewan Perwakilan diperlukan sekiranya proses ini hendak dilaksanakan dan dibawa untukperbahasan di Dewan Senat; dewan paling berkuasa.

Ini politik sini. Begitu rapuh. Sentiasa berhadapan dengan kemelut yang tidak berkesudahan. Entah bila akan selesai. Kesannya, rakyat yang menderita. Rakyat yang mati 'kebebang'. Rakyat yang kebulur.

Kat dapur dah 2 hari aku tenguk macam ada kemelut. Maid dah mula asyik buat termenung. Macam le dia yang nak kena pecat dari jawatan Presiden. Macam le kalau Presiden kena pecat diapun akan kena pecat sebagai maid. Dia punya lamunan seolah tengah memikirkan masalah negara. Jauh dan kosong....

Kemungkinan lepas 4 hari ni start balik le dia melatah (biasanya telahanku betul). Simptom nak hinggap penyakit tu dah semakin jelas. Dah terpapar. Antaranya ialah termenung dan mudah terperanjat. Terperanjat bermusim. Macam musim buah-buahan kat Malaysia. Cuma durian je tak ikut musim. Sekarang baru 14 haribulan. Mungkin 21 atau 22 haribulan dia dapat gaji. Lama lagi tu.

Akupun akan terasa bahang seolah-olah sedang menghadapi proses impeachment nanti.....

+ + + + + + + +

Lukisan kemiskinan masyarakat di rantau konflik ini.

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

1 comment:

icam said...

BS, gambar tersebut di kawasan pendalaman di Pulau Mindanao. Saya menetap di kawasan Pulau tersebut. Kawasan konflik di Filipina...Muslim majority.