Friday, July 08, 2005

Memang Susah

Dalam beberapa penugasan aku di luar negara, rantau konflik inilah yang paling banyak mengajar aku agar lebih matang menilai tingkah laku manusia. Apa tidaknya. Sejak setahun di sini, semua muka yang aku jumpa tak pernah menunjukkan keceriaan. Memanjang ada masalah. Memanjang je susah. 'No money sir'...

Semua tu alasan agar aku cepat simpati. Entahlah. Aku ni pulak memang mudah kesiankan orang. Tambahan rantau ini didiami oleh mereka yang dikategorikan susah. Ini ku nilai dari keadaan struktur masyarakat dan taraf hidup mereka. Memang keadaan inilah menjadi panduan kita dalam membuat kajian sosial.

Namun, dalam beberapa orang yang aku kenal serta sering menceritakan kesusahannya didapati mereka ini memiliki perniagaan sendiri. Kedai runcit, mengusahakan kenderaan awam, bengkel kereta dan pelbagai jenis perniagaan lain. Pendapatan mereka kadang-kadang amat mewah diukur dengan harga barangan di sini. Itupun masih merungut dan sentiasa berasakan rezeki yang tidak mencukupi.

Entahlah. Mungkin depan aku diaorang sengaja melahirkan kesusahan. Luahkan segala masalah. Kerana berharap aku akan meringankan kesusahan mereka. Beri mereka duit. Diaorang ingat aku orang kaya kerana bagi mereka Malaysia adalah negara kaya. Negara yang menjadi destinasi mereka untuk kesinambungan hidup. Negara yang menjanjikan anjakan paradigma. Negara yang sering menjanjikan masa depan yang lebih terjamin.

Itu sebab negara kita menjadi tumpuan masyarakat rantau ini. Hanya yakin negara kita yang dapat memperbaiki kehidupan mereka. Itu sebab semua yang jumpa aku akan terkeluar perkataan pertama ' very difficult to live here, it's better for me to work in Malaysia'.

Semakin lama aku di sini semakin susah kurasakan. Tektik melatah, nak pengsan, buat-buat demam, tertinggal beg duit, duit hilang, mudah terperanjat, nenek meninggal dunia (banyak kali pulak tu) semuanya dah dipertontonkan depan aku. Dan diaorang tak pernah merasa malu walaupun beberapa kali penipuan ini terbongkar. Selamba je muka. Kalau marah nanti dia buat pengsan, buat terperanjat. Kalau betul-betul pengsan dan bukan lakunan, aku juga yang susah.

Memang susah.....

1 comment:

Ungku Nor said...

Assalamualaikum bang,
rasa2nya abang tengah rindu sangat kat tanahair kita yang tercinta ni,betul tak bang?
jgn sedih ye bang, memang la tugas abang sekarang ni sangat2 mencabar akal dan hati tapi atleast you're 'The Selected Ones'..remember that.
bye, take care.

p/s family abg kat M'sia pun tentu sgt2 rindukan abang jugak..