Sunday, July 10, 2005

Message

Semasa aku sedang menonton tv bagi mengetahui perkembangan politik rantau ini, hand phone aku berbunyi. Terima message. Dari kawan baik aku di kampung. Bujang lagi. Bujang terlajak atau tidak aku no comment. Dah lama dia nih tak hantar message kat aku. Selalunya message yang dia hantar memperihalkan perkembangan mutakhir kat kampung. Kadang-kadang berita kematian. Tidak berapa menggembirakan. Message tu lebihkurang begini :

"Bat, aku nak beritahu kau satu berita ni.
Mat Sangkut sekarang berada dalam dilema.
Kalau boleh kau balik kampung cepat ler Bat".

Aku tergamam. Berfikir sekejap. Berada 'dalam dilema' tu kemungkinan sama makna dengan 'dalam nazak'. Mungkin kawan aku tak sampai hati nak tulis perkataan sebenar. Mungkin terlampau sebak. Tak tergamak. Jari-jarinya tak mampu meneruskan kata-kata. Mungkin nama yang dia tulis tu tengah nazak. Tu sebab dia suruh aku balik cepat. Ingat dekat ke ?

Tanpa bertangguh akupun menelefon kawan aku tu. "Betul ke berita ni?". Aku bertanya kerana nama yang dia beritahu tu agak rapat dengan aku. Member kamcing. Dah tua bebetul. Tapi rugged. Berjiwa remaja. Ray Ban sangkut kat dahi lagi.

Kawan aku tu jawab, " dia dalam dilema kerana tak dapat masuk Akademi Fantasia". Aku pening. Dahlah keadaan di sini tak stabil. Kawan aku pulak buat lawak tak berapa stabil. Terbang juga bil telefon aku RM 5.00 buat call. Hawau.....

Ogy KLD tentu kenal kawan aku tu..

3 comments:

Kem Lambaian Danau said...

burn eh ?

asalkan boleh jer mamat sorang tuh ! mat sangkut okaylah .. kadang-kadang ada check jaring ikan kat tebat nih hah ..

icam, suruhlah burn tuh kawen, dah cukup syarat dah tu.

:)

icam said...

Dia sms I. Bila I call balik dia hentam ketawa. B/tahu Mat Sangkut kecewa pasal tak dapat masuk AF. Malam tadi pulak ada AF. Burn tu dah pening. Lama sgt bujang...

Ungku Nor said...

bang,kat sana orang tengah risaukan nyawa yang bila2 masa boleh melayang,kat sini satu Msia tengah kemaruk demam Mawi World..bila la orang kita ni nak sedar.pelik..pelik.