Friday, August 19, 2005

Air Kelapa

Kalau kat kampung bila badan rasa tak sedap, ubat paling mujarab ialah air kelapa muda. Mampu menyejuk badan. Membuang bisa dan toksik. So, akupun ke pasar petang tadi. Pergi cari buah kelapa muda. Peso 20 (RM 1.40) sebiji. Suruh penjual tu kopek di situ. Minum. Terasa nyaman minum air kelapa. Ditambah dengan isinya yang masih lembut.

Belum sampai ke rumah ketika masih di dalam kenderaan, badan sudah mula terasa berpeluh. Walaupun masa tu sudah pukul 6.00 petang (waktu maghrib di sini jam 6.05 petang). Lepas tu badan terasa segar. Tak panas seperti sebelumnya. Pening kepala makin kurang. Demam seperti sembuh.

Akupun mandi dan terus sembahyang maghrib. Mujarab sekali sekala minum air kelapa. Dan setelah 3 hari, aku berasa agak sihat dari sebelum. Terasa ada mood. Makan malam berlauk sambal ikan bilis dengan ikan selar goreng yang dimasak oleh maid amat menyelerakan.

Maid aku pulak dah start asyik nak buat termenung. Biasalah. Masalah bermusim. 4 hari lagi dia akan dapat gaji. Gaji yang dibayar oleh kerajaan Filipina. Lepas tu segarlah dia. Macam aku selepas minum air kelapa. Selepas sembuh dari demam. Kadang kadang aku terasa cukup kasihan kat maid aku. Wanita separuh abad yang begitu gigih mengharungi ranjau rantau konflik ini....

PENJUAL BUAH KELAPA MUDA

4 comments:

Ungku Nor said...

Assalamualaikum,
abang dah sihat? jaga la kesihatan tu baik2.

take care.

Keluarga Zulkarnain said...

Walaikumsalam..Alhamdulillah abg Icam dah sehat..:-)

Memang air kelapa mengandung antitoxin ...sangat berkhasiat terutama untuk penyakit allergy dan penyakit kulit...

Bunda Shafiya a.k.a Dr rosalina

Unknown said...

Betul tu, Faizaru...eheheh Faizaru pulak..asik selalu padahal panggil u ols Gemma bagai... emmm yeah, lama dah tak minum air kelapa muda nih! tapi ingat lagi my parents cakap; jangan minum benda nih banyak sangat, nanti sakit tulang! Haii...melayu nih banyak sangat pantang larangannnya!!! :P
Betul ke tak tu tak tahulaaa pulak!
But I wish u speedy recovery, Icam!

Unknown said...

Errmmm as for rega ayaq kelapa tuh kat sini tak tahulah..rasanya takde kot??? maybe ada pun kat hotel hotel exclusive gituh and haruss dah mahal nak mampos! :(