Tuesday, August 09, 2005

Alahai Raya...

MASYARAKAT TEMPATAN MEMASAK DI HARI RAYA


SEMBAHYANG RAYA DI RANTAU KONFLIK



Aku masih tak pasti sampai bila penugasan aku di rantau konflik ini akan berakhir. Dah hampir setahun di sini. Dah semakin boleh bercakap tagalog walaupun masih pelat. Rindu pada segalanya di tanahair. Rindu makanan. Rindu kawan-kawan. Dan paling utama rindu pada keluarga.


Keamanan masih tampak jauh walaupun tandanya seakan terserlah. It'll take time to heal all the scars and wounds.


Bulan Ramadanpun dah tak berapa lama akan menjelang. Bulan puasa. Jangan le aku kena 'gastrik' dengan sengaja macam tahun-tahun sebelum ni. Bukan apa. Kalau 'gastrik', nak puasa tak 'larat'. Perut penuh angin. Jalan penyelesaian? Makan.....


Paling sedih bila menjelang raya. Macam tahun lepas. Tak tahu jadi raya ke tidak. Bukan ada pengumuman raya di tv dan radio. Tengah malam baru tahu. Melalui group anak muda Muslim yang ke hulu ke hilir ketuk gendang. Diselang dengan bunyi tembakan pistol dan senapang dari beberapa rumah berhampiran rumah aku. Last last masak nasi hempet sama sambal. Itu je yang sempat buat. Pergi pasar sebelum tu daging lembu dah habis.


Aku cerita pasal raya ni kerana ternampak gambar aku beraya kat sini. Gambar dari album aku. Tu yang terkenang balik.


Aku amat berharap akan dapat beraya di negara sendiri tahun ini.....

3 comments:

Unknown said...

Ciannya u ols! Samalah kita! I pun dah banyak kali tak beraya kat kampung ngan keluarga tersayang. dah nak buat camna, dah nasib badan!
At least muslims ramai kat situ kan? Kat sini pun sama lah jugak walaupun GODAAN tuh terlalulaaaa banyaknyer!

Ungku Nor said...

assalamualaikum bang,
ini sah2 dah rindu dendam tahap universe nak balik Msia ni.
saya pulak yang risau bila sebut2 pasal raya ni. Mcm2 benda nak kena buat.
abang,'cuti puasa' tahun lepas dah bayar fidyah ke belum?jangan lupa bayar tau, nanti kena bayar double pulak..tehehe.

salam sayang,
Ungku Nor

Unknown said...

Tapi mujur kat sini takler sampai pakai gendang bagai tuh kalau nak isytihar raya.. biasa call masjid aje..habih cerits!
Sonok gak tuh nampaknya semayang reramai atas dataran, kan? tak leh kot kat sini..sejuk!