Thursday, August 11, 2005

Cita-Cita Yang Tidak Tinggi

Petang tadi aku memasuki sebuah lagi kampung yang begitu teruk dilanda konflik. Penghuninya adalah orang Islam. Dhaif. Amat susah. Kesinambungan hidup hanya mengusahakan tanaman jagung. Kadang-kadang makan. Kadang-kadang tidak. Nak buat macam mana. Itu takdir hidup mereka. Dan aku akan cuba memberi suntikan semangat agar mereka terus berusaha keras. Demi masa depan anak-anak mereka. Sedih jika anak mereka akan turut menjejaki langkah mereka. Jadi peladang jagung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kerap kais tak dapat makan pagi atau petang. Tanaman musnah. Disabotaj. Oleh konflik yang amat kerap tercetus. Lantas, anak-anak yang begitu kecil sudah bosan dengan apa yang mereka hadapi. Mereka lalui. Hanya satu cita-cita mereka. Masuk hutan, menentang kezaliman seterusnya mati sebagai 'Mujahidin'.

Itu pilihan mereka. Gerak hati mereka. Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk bercita-cita sedemikian. Kerana negara kita aman. Kita mewah. Dan yang penting kita tidak pernah ditindas......

Kalau kita di tempat mereka ?

DI LERENG GUNUNG INILAH PARA MUJAHIDIN BERCUCUK TANAM


BUDAK INI BERNAMA MUJAHID. INGIN MENJADI PEJUANG ISLAM. TANGAN KANAN MEMEGANG BISKUT YANG AKU BERI.....


ANAK BERANAK SEDANG MENGUPAS JAGUNG - NYAWA MEREKA

HATI AKU LULUH MELIHAT KANAK-KANAK INI TURUT MENGUPAS JAGUNG.MEREKA INGIN BERSEKOLAH TAPI TIADA SEKOLAH DISEDIAKAN. BISKUT KUBERI MASIH DI TANGAN KANAN...


4 comments:

Unknown said...

Seperti kanak kanak Palestin..Kashmir..hidup mereka tak berkesudahan dgn perang dan konflik. Akhirnya jiwa memberontak dan ingin menjadi syahid!
Sedih..sedih sungguh especially your last statemnet tuh....

icam said...

Lee, dalam kita ketawa ramai lagi yang sedang menangis. Dalam kita menjamu selera, terlalu ramai yang menahan lapar dan dahaga.
Apa daya kita ?
Namun, kita hanya mampu menahan sebak. Adakalanya khudrat kita tidak segagah semangat. Tangan terbelanggu, mulut terkunci. Hanya mata menjadi saksi semua tragedi.Muga niat kita yang tak kesampaian akan turut mendapat rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Ungku Nor said...

Assalamualikum abg ICAM,
tau yg abg pergi meninjau kawasan tapi tak tau yang abg balik membawa kisah sedih rakyat di sana.
Maaf dipinta,sebelum tu anoi masih bergurau dengan abang di tagboard. Tak sangka yang abang memang betul2 dalam kesedihan rupanya.
Banyak2kan bersabar ye bang. Kita cuma mampu memandang, hanya mereka yang menanggung beban tak berkesudahan.

icam said...

Anoi, at least segala pemandangan dan pengalaman yang terpampang di depan mata akan dapat dijadikan panduan agar kita menjadi insan yang baik kalau tidak yang terbaik...