Friday, August 12, 2005

Davao City

Aku ke Davao City pagi tadi kerana ada urusan rasmi. 8 jam perjalanan pergi dan balik dari Cotabato City. Menerusi jalan darat. Melalui Midsayap, Pikit, Kabacan, Kidapawan City, Digos City sebelum sampai ke Davao City. Hujan sepanjang perjalanan.

Bandar-bandar yang aku nyatakan di atas adalah merupakan antara kawasan yang teruk dilanda konflik terutama pada tahun 80 an sehingga tahun 2000. Saban hari kerap berlaku serang hendap ke atas kenderaan yang melalui jalan tersebut. Kini agak aman. Aku tidak langsung bimbang semasa melaluinya. Alhamdulillah, selamat tiba di rumah sekitar pukul 8.00 malam.

Kat sini pukul 6.00 dah Maghrib. Dah gelap. Tambahan pula sepanjang perjalanan tiada lampu jalan. Bukan macam jalanraya di tempat kita. Ini ditambah oleh orang kampung yang suka duduk di atas jalan pada waktu tersebut. Naik motorsikal tak pasang lampu. Baju pulak kebanyakan warna gelap. Tak nampak. Silap-silap boleh terlanggar. Rimas betul aku dibuatnya. So far jarang pulak orang kena langgar kat sini. Tak macam di tempat kita. Kadar kemalangan jalanraya yang agak tinggi. Mungkin orang di sini kebal agaknya. Itu sebab mereka suka duduk atas jalanraya. Melintas jalan tak toleh kiri kanan. Memandu malam tak payah pasang lampu. Kalau kena langgar tak cedera langsung. Tambah untung lagi, pemandu kereta yang kena bayar ganti rugi. Seminggu tak payah kerja kebun kerana duit ada dalam poket.

Berkait Davao City, aku pernah bertugas di sini selama 10 hari pada bulan Okt 2004. Bandar termaju di Mindanao. Dan Davao City juga adalah bandar terluas di dunia - largest city in the world. In terms of land capacity.

Apa yang nyata, Davao City yang majoritinya Kristian dibangunkan oleh kerajaan sebegitu pesat. Jalanraya yang amat cantik, bangunan sekolah yang besar, gedung membeli belah serba lengkap dan segala satu macam kemudahan lain. Ini berbeza dengan Cotabato City. City of Muslims. Tiada pembangunan. Terlalu kebelakang. Ketinggalan. Penduduk yang semakin hari semakin mundur.

Aku bukan mencetus sentimen keagamaan. Juga tiada prejudis dalam mendedah sesuatu senario. Tapi ianya hakikat. Inilah realiti. Dan inilah antara pencetus konflik di rantau ini. Sikap double standard yang diamalkan. Walhal, kekayaan hasil bumi Cotabato City yang menjadi nadi kekayaan Mindanao. Namun, ia diangkut sewenangnya. Dirampas. Bagi memajukan wilayah lain.

Salahkah peribuminya menuntut sedikit hak keadilan ?....

3 comments:

Unknown said...

Icam, fakta sedih lagi! Rantau itu mmg sedih,kan? Mana dia negara negara kaya Islam yang bantu??? Ada ke?? dulu dgr khabar Col. Gaddafi tolong MILF MNLF bagai tuh.betul,kan? tapi tolong memberontak..bukan memajukan kawasan tuh!
Itulah, kat UK pun camtu..kawasan EastEnd kat London tuh yang majoriti org Islam dan pendatang tuh, memang paling tak maju berbanding London city centre yg vass ittew.
Tak tahulah....

icam said...

Itulah realiti dan hakikatnya Lee. Jauh perjalanan luas pemandangan kan. Kita tidak akan dapat membuat perbandingan jika kita berada di negara kita. Di tempat kita. Kerana negara kita umat terbela. Rakyat yang manja. Minta apa semua dapat.

Sekurang-kurangnya you dapat sekelumit pengalaman apa yang you lihat tentang keperitan umat Islam berada di lingkungan agama lain..

Ungku Nor said...

hmm..abang,last weekend gambar bandar Makati yg abg pernah sebut tu keluar kat Mingguan Msia,bandar moden macam Los Angeles,bagai langit & bumi kalau nak bandingkan dengan perkampungan dhaif yg abang ceritakan aritu.

kat sini memang jerebu teruk, bang. Selangor & Port Klang kena isytihar darurat,indeks dah melebihi 500. Sban pun kena agak teruk jugak, smlm anoi ke Nilai, jarak penglihatan kat highway tak sampai 1km. semua kereta kena pasang lampu walaupun tengahari buta. Kawan2 Anis kat sekolah ada yang sampai pengsan2, sesak nafas. Ingatkan hari ni nak suruh diaorg tak payah gi sekolah tapi pagi tadi hujan turun, sikit je, tak mampu nak clearkan haze yang tebal ni.

Walau mcmana pun, negara kita masih aman lagi. Itu yg wajib kita syukuri,kan bang?
Kerja baik2 & take care.