Wednesday, August 24, 2005

Gambaran Derita

Semasa membuat field visit, pelbagai gambaran wajah terukir di sepanjang pemandangan. Penuh duka. Di kalangan Internally Displaced Person (IDP) atau dalam erti kata lain orang pelarian akibat sengketa atau perang.

Mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ditempatkan di sebuah kawasan semak samun dengan hanya berbumbungkan khemah sementara. Tidak berdinding. Malam diselimuti kedinginan dan siang dibahangi sinar matahari.

Semuga kesusahan mereka akan menjadi keinsafan kepada kita semua. Perlu diingat bahawa dalam kita bergelak ketawa, ada insan yang sedang berduka. Dalam kita rakus menjamu selera, ada insan yang haus dahaga. Maka, bersyukurlah dengan apa yang kita ada........

Wajah ketawa ini akan bertukar 'duka' apabila mencapai dewasa


Kanak kanak yang tidak pernah mengenal sengsara. Namun keluarga mereka....

'Mengangin' padi huma (padi bukit) - penyambung nyawa mereka



Kepalan nasi di tangan kiri, tiada lauk untuk dijamah

Budak ini menangis kerana lapar. Hanya makan nasi putih tanpa lauk. Duduk di khemah pelarian. Tangisannya turut mengundang deraian air mata aku...

Antara wajah kanak kanak yang sudah tentu akan mewarisi kedhaifan keluarganya apabila dewasa

Khemah IDP/pelarian


Mindanao People Caucus (MPC) - badan NGO

Antara IDP/pelarian

3 comments:

Unknown said...

Icam, mak teruss insaf dan sujud syukur sebab kehidupan mak kat sini taklah seteruk diorang kat Mindanao - I can still get internet, TV, everyday food, fresh air (fresh ker kat city centre??), a caring & loving partner, great friends, clean water, nice apartment etc. Walaupun takde kerja!
Betul betul buatkan mak insaf, u ols!

icam said...

Lee, apa yang penting ialah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan semua manusia di dunia ini mahu meneruskan hidup dalam keadaan susah sengsara. Namun, itulah nasib yang dialami oleh warga rantau konflik ini. Memang sedih. Memang sebak melihat wajah kanak kanak yang kini kebanyakan mereka amat menyukai kehadiran I. Pasal masa itulah mereka hanya akan dapat merasa sweets, chocolate, biscuits yang I bawa bersama. Just want them to be happy like other children in this part of the world.

Take care Lee.

Unknown said...

God, Icam! No wonder they want you to do this job..u r a kind-hearted and caring person :)
Mak vangga mengenali seorang seperti u ols!
Selamat bertugas dan mengharumkan nama negara kita!