Tuesday, August 16, 2005

Internally Displaced Persons


Disebabkan konflik, ramai penduduk kampung (barangay) terpaksa meninggalkan rumah mereka. Kampung mereka. Tanaman dan binatang ternakan mereka. Mencari perlindungan di kampung berhampiran. Menumpang teduh samada di pondok pondok buruk atau mana sahaja yang dapat menghalang mereka dari ditimpa hujan dan panas.


Antara faktor utama ialah tindakan pihak tentera melancarkan operasi di perkampungan mereka. Atas alasan memburu elemen jenayah ataupun separatists movement yang kononnya berlindung di kampung tersebut. Justeru, bagi menjayakan operasi, kampung perlu dikosongkan. Kalau tidak mungkin penduduk kampung sendiri akan tertembak oleh pihak tentera.


Faktor lain ialah sengketa keluarga atau rido dalam bahasa sini. Dendam berdendam antara keluarga samada sekampung atau kampung berlainan. Dendam yang dipusakai turun temurun. Dalam kebanyakan kes, rido ini akan berakhir dengan tembak menembak. Kematian. Justeru, keluarga yang terlibat akan bertindak melarikan diri dari kampung mereka. Demi nyawa. Demi kesinambungan hidup.


Mereka yang bertindak meninggalkan kampung halaman ini dinamakan Internally Displaced Persons (IDPs). Satu masalah sosio ekonomi yang bukan sedikit.

Kerajaan langsung tidak berapa mengambil berat masalah IDPs ini. Hanya segelintir NGO yang mengambil inisiatif. Menghulur bantuan sekadar mampu. Inipun agak terhad kerana kekurangan dana. Tiada sokongan jitu pelbagai pihak. Setakat menghulur beras sekilo dua dan sardin untuk bekalan 2 atau 3 hari. Yang lain pandai merekalah untuk berusaha meneruskan hidup. Nak bantupun semuanya berkeadaan susah. Dhaif.


Dalam pada itu, satu masalah turut timbul dalam mentarafkan seseorang itu sebagai IDPs agar bantuan yang sedikit itu dapat disalurkan. Oleh itu, tindakan pendaftaran (validation) akan dibuat hanya untuk membuktikan mereka itu benar benar IDPs. Jika ini tidak dilakukan, semua akan mengaku IDPs. Janji dapat bantuan free. Inilah budaya yang amat tidak seharusnya terjadi. Tidak seharusnya diamalkan. Suka meminta. Suka mendapat barang percuma. Tidak hirau maruah diri.


Dalam kebanyakan kes, aku terlibat langsung dalam proses validation ini. Kesian ada. Gerampun ada. Aku sering dikerumuni oleh IDPs ini apabila mengetahui aku dari Malaysia. Mereka tahu Malaysia negara kaya. Mampu membantu mereka. Mereka juga tahu aku akan cuba membantu mereka sedaya upaya kerana itu adalah tugas aku.


Sakit kepalapun minta panadol dari aku. Batuk minta ubat dari aku. Bil rawatan hospital hanya sebanyak Peso 100 (RM 7) pun hulur kat aku. Minta aku bayarkan.


Akupun tak faham. Semasa aku belum menjejak kaki ke rantau ini, siapakah agaknya yang membelikan mereka panadol ? Siapakah yang belikan ubat batuk ? Siapakah yang bayar bil hospital mereka ? Sebelum ini langsung tiada bantuan. Diaorang boleh hidup juga.....


Aku tidak nafikan dalam segelintir umat tersebut, memang ada yang betul betul susah. Betul betul dhaif. Namun mereka tidak pernah meminta. Menerima ala kadar apa yang dihulurkan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah takdirkan ke atas mereka. Aku amat berpengalaman dalam mengenal mereka ini.


Namun, aku akan terus membantu selagi aku mampu. Selebihnya, biar Yang Maha Kuasa menentukan. Mudah mudahan bangsa ini akan dapat kembali maruah diri mereka.....







IDPs. Hidup di dalam khemah sementara.





+ + + + + + + + + + +

Aku ke pasar hari ini. Beli sotong sekilo. Harga Peso 140 (RM 10). Sotong dalam bahasa tagalog - pusit. Sampai rumah aku suruh maid siang kerana niat nak buat sambal sotong.


Siap siang akupun tanya maid aku ; "Have you finished cleaning the pusak ? Then you can cook a sambal." Maid aku terus gelak. Ketawa besar betul. "Do you know what is the meaning of pusak in tagalog sir ? Pusak is CAT. You want me to cook cat sambal ?".


Aku diam. Latah latah maid akupun kali ni aku terkena. Betul betul silap cakap tagalog.



Takkan aku nak makan sambal kucing......


1 comment:

Unknown said...

Aiyyooo Icam, ols makin femesss...I tompnag vangga! :)

Ermmm Pusit?? Mujur bukan Bushit, kan?? Kalau tak, naya!

Diorang Barangay..I am just G.... hehehehe