Friday, August 05, 2005

Ke Manila

Aku akan ke Manila esok. Flight jam 10.55 pagi. Cebu Pacific Airlines. Balik pada hari Ahad menaiki Philippines Airlines. Tiga hari sahaja atas urusan rasmi.

Anak kambing tu aku ingat petang hari Ahad atau pagi Isnin baru aku hantarkan semula ke kampung halaman dia. Biarlah dia berjumpa dengan sedara mara dia kat sana. Dah bermacam masalah. Bising, tahi berterabur, asyik nak menyondol kaki aku. Aku beri minum susu guna puting botol habis berterabur susu. Dia tak reti lagi hisap susu pakai botol. Maklum ler. Dia berasal dari kampung pendalaman. Botolpun tak pernah tenguk. Inikan pulak nak hisap susu dari botol tu. Jiran aku pulak takde yang bela kambing. Kalau tidak boleh aku kasi anak kambing tu menetek kat ibu tumpang. Jadi saudara sesusuan dengan anak kambing jiran aku.

Petikkan daun betik (boleh ke kambing makan ?) suap ke mulut dia, jari aku pulak nak dikunyahnya. Takut juga. Walaupun budak tapi mungkin dah ada gigi susu. Karang tak pasal hilang pulak jari telunjuk aku. Satu masalah nak explain kat doktor hospital sini nanti.

Petang ni pulak dia asyik termenung. Tak berapa aktif. Tapi nampak sihat pulak. Masih mengembek. Kemungkinan dia risau pasal langitpun agak mendung. Gelap. Tanda nak hujan. Biasalah. Kambing kan takut hujan....

+ + + + + + + + + +

Pilihanraya untuk memilih Gabenor dan Naib Gabenor Autonomous Region of Muslim Mindanao (ARMM) akan diadakan pada 8 Ogos ini. Pilihanraya ini hanya melibatkan 5 kawasan Otonomi Muslim di Selatan Filipina iaitu Maguindanao, Lanao Del Sur, Pulau Basilan, Pulau Jolo dan Pulau Tawi-Tawi.

Pembentukan ARMM adalah berdasarkan pakej perjanjian damai yang ditandatangani antara Kerajaan Republik Filipina dengan Moro National Liberation Front (MNLF); kumpulan pejuang pemisah Islam pada 2 September 1996 di Istana Malacanang, Manila. Justeru, ARMM perlu dibentuk. Rakyat diberi kuasa samada bersetuju atau tidak pembentukan tersebut dengan diadakan pungutan suara rakyat (plebiscite) sejurus selepas perdamaian ditandatangani. Pada awalnya, hanya 4 wilayah yang membentuk ARMM. Kini ia bertambah kepada 5 wilayah. Sementara itu, Pilihanraya pemilihan Gabenor ini diadakan setiap 3 tahun sekali.

ARMM tidak mempunyai kuasa Kerajaan Pusat. Mereka hanya melaksanakan pembangunan, pendidikan, pembinaan jalanraya dan perkara berkait tanah. Keselamatan seperti Polis dan Tentera di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. Dalam erti kata lain, ARMM hanyalah sebagai boneka Manila demi untuk memuaskan hati masyarakat Bangsamoro (Islam).

So, it will be so busy during that election day.

2 comments:

Unknown said...

It's nice to know that org org Islam Moro dah mula dpt hak mereka tapi like u said "kerajaan boneka" tu yg tak seronok tuh. Just nak puaskan hati dan make sure no more rebellion, kan? Tapi masih lagi ada pemberontakan, right?
I hope anak kambing tuh tak kelaparan susu... semoga sihat selalu ia dipangkuan kerabatnya di situ :)
Have a safe journey! Good luck!

icam said...

You're right Lee. The autonomous government is only a puppet show.Not even have executive power to make any decision.