Monday, August 08, 2005

Maka Sunyilah

Sampai dari Manila pukul 12.00 tengahari tadi. Hujan sepanjang hari kat sana. Payah nak keluar. Aku banyak menghabiskan masa dalam bilik hotel. Tidur. Keluar time ada tugas dan untuk pergi makan. Makan di sini ok kerana ada sebuah restoran yang kerap aku kunjungi. Restoran Kashmir. Terletak di Pasay Road, Makati City. Menjual segala jenis masakan halal India Utara dan Malaysia. My favourite ialah nasi beriani daging dan roti canai. Siap dengan teh tarik. Syoknya. Terubat rindu nak makan nasi beriani di Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Bagaimanapun, restoran mewah macam tu biasanya agak mahal. Sepinggan beriani cost me Peso 500 (RM 35), teh tarik Peso 100 (RM 7), roti canai Peso 200 (RM 14). Yang penting sedap, dapat makan makanan halal, terubat rindu nak makan beriani.

Manila berkeadaan amat tenang. Di Ayala, Makati City yang merupakan Philippines Business Centre dan syurga membeli belah, aktiviti berjalan lancar. Kawasan tersebut sebelum ini merupakan tumpuan para penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menentang kerajaan. Satu idea yang negatif serta boleh meruntuhkan ekonomi kerana kawasan tersebut adalah tumpuan para pelancung dan nadi ekonomi Filipina.

Beberapa pemandu teksi yang aku jumpa juga menyatakan sumber pendapatan mereka terjejas teruk setiap kali berlakunya demonstrasi. Jalan sesak teruk, terpaksa ditutup kerana orang ramai memenuhi jalanraya. Pergerakan kenderaan menjadi lambat dan tidak teratur. Betul-betul sesak. Apatah lagi pada hari biasapun Manila antara bandar di Asean yang paling sesak dengan kenderaan selain Bangkok. Bayangkan 7 juta orang dari 84 juta jumlah penduduk Filipina tinggal di Metro Manila. 1/4 dari penduduk Malaysia....

Itu sebab pemandangan di Metro Manila amat menyesakkan. Hanya Makati City dihiasi bangunan pencakar langit. Di Kawasan lain seperti Quezon City, Pasay City, Paranaque, Cubao banyak dihiasi oleh kawasan setinggan. Tempat tinggal hanya daripada kotak kosong. Pemandangan dari udara amat jelas memaparkan semua itu. Terlalu jauh indahnya pemandangan udara dan juga darat di negara kita. Di KL.

Sampai rumah aku tidur sekejap sebelum mengajak driver untuk ke kampung pendalaman. Aku pergi sekitar jam 3.00 petang. Tujuan aku ialah untuk menghantar anak kambing aku ke kampung tersebut. Terasa sedih pulak nak serahkan balik anak kambing tu. Masa nak bawa masuk dalam kenderaan, aku dah malas nak dukung dia. Itu hari kena mandi lama-lama nak hilangkan bau kambing. Melekat kat badan. Driver selamba je peluk. Botol susu sama susu Anlene tu aku bekalkan sekali. Nak beri pada tuanpunya kambing tu. Biarlah susu tu dia anak beranak bersama anak kambing tu minum. Biar awet muda nanti.

Sepanjang perjalanan anak kambing tu senyap je. Sekalipun tak mengembek. Tak tahulah sebab apa. Malas nak balik semula ke kampung halaman dia ke, dah syok tinggal dengan aku ke, dia tak sihat ke, atau dia mabuk naik kereta.

Sampai kat kampung cukup payah nak keluarkan anak kambing dari kereta. Start mengembek balik. Driver panggil anak tuan kambing suruh ambil balik. Cakap sikit lebihkurang. Akupun suruh driver balik cepat-cepat ke rumah. Perasaan aku berbaur. Timbul sayang dan kesian. Sedih. Masa aku nak balikpun anak kambing tu macam terus memandang kat aku. Seolah terjalin satu ikatan antara binatang dan manusia. Nak buat macam mana. Aku duduk di negeri orang. Kalau kat Malaysia senanglah juga nak bela. Ini jauh.

Maghrib tadi suasana rumah aku betul-betul sunyi. Tiada lagi bunyi anak kambing. Dan untuk masa mendatang, tiada lagi anak kambing yang akan berlari kat kaki aku. Menyondol betis aku. Dan mendongak memandang aku.

Maid aku masa hidang makan malampun aku lihat senyap semacam. Tak ceria. Mungkin dia juga merasa kehilangan anak kambing tersebut. Yalah. Dia yang beri anak kambing tu makan hari-hari. Dia yang belikan susu Anlene untuk orang tua bagi diberi anak kambing tu minum. Dia yang bancuhkan susu dan pegang botol masa anak kambing tu menyusu. Dari reaksi dia petang tadipun aku tahu dia tak setuju aku pulangkan balik anak kambing tu. Tapi nak buat macam mana. Pelbagai masalah timbul. Dan aku terpaksa mencari jalan terbaik.

Aku terasa sunyi yang amat sangat....

3 comments:

Unknown said...

Icam, it's definitely for the best. You and your maid bukannya expert nak jaga anak kambing tuh! Semoga diberkati oleh Nya (ni bukan NYA si LeeZ tuh!) sbb u ols dah cuba bantu anak kambing tuh.
I tumpang gembira...dlm sedeeyyy!

icam said...

You're really funny Lee. Take care.

Ungku Nor said...

Assalamualaikum abg ICAM, post kat blog tu takde la sedih, sedihnya sebab mata ni tak nak lelap. Kalau ada yag menyedihkan pun simpan dalam hati je bang.

pasal anak kambing, abang kata ari tu anoi suka sangat menyakat abang (tapi memang nyakat pun, nyakat sikit je) tapi memang macam tu la kalau kita dah kenal dengan binatang ni. Macam ada bonding walaupun sekejap. Betul tak anoi kata maid abang pun akan sedih jugak?
tapi takpe bang, it takes time to heal, 2-3 hari je dia punya 'berkabung' tu..hehe.

bye,
Ungku Nor