Sunday, July 24, 2005

Bangsamoro







Gambar di atas ialah wajah-wajah masyarakat Islam di rantau konflik ini...


Sudah hampir keseluruhan wilayah Mindanao kujelajahi. Dari Pulau Jolo dan Basilan ke Zamboanga. Davao ke Cagayan De Oro. Illigan City, Marawi City, General Santos City. Dan aku kini di Cotabato City. Ia merupakan bandar yang mempunyai paling ramai masyarakat Islam di Mindanao. Masyarakat Islam yang dianggap peribumi di sini. Macam Melayu kat negara kita.

Namun, kehidupan ekonomi dimonopoli oleh masyarakat lain. Masyarakat imigran dari utara (Pulau Luzon). Beragama Kristian. Berbangsa Philippine/Tagalog (Pinoy). Selain segelintir bangsa Cina yang merupakan peniaga berjaya. Masyarakat Bangsamoro/Islam dan juga Lumad (masyarakat asli/penduduk asal Mindanao) terus hidup dalam kemiskinan. Bergenerasi tidak akan keluar dari kepompong kemiskinan. Dan mereka tidak akan berdaya untuk bersaing dengan masyarakat lain. Kerana mereka tidak ada kekuatan. Samada di segi politik mahupun ekonomi. Pemerintah tidak akan bersimpati terhadap mereka.

Ini berbeza dengan tanahair aku. Aku tidak pernah terlepas dari mengetahui perkembangan berita tanahair. Terkini, Pemuda UMNO mengunjurkan agar kerajaan memperkenalkan Agenda Nasional Baru (ANB) khusus bagi memperkukuh kepentingan bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Aku tidak tahu macamana nak melahirkan pendapat berkait isu ini. Cuma apa yang nak aku renungkan bersama ialah berdasar pengalaman aku. Pemerhatian aku dari rantau rantau konflik yang pernah kujejaki.

Yang jelas, kemunduran sesuatu bangsa ialah kerana ketidakmampuan untuk bersaing dengan bangsa lain. Bangsa lain yang merupakan bangsa pendatang. Ditambah oleh dasar kerajaan yang langsung tidak memperdulikan hak peribumi. Lalu tercetus perasaan tidak puas hati. Terasa dianaktirikan. Tercetuslah konflik. Negara kucar kacir. Keamanan sukar dikekalkan.

Sejarah membuktikan konflik Bosnia adalah ekoran bangsa Serb (peribumi) yang tidak puashati di atas kekayaan Muslim Bosnia yang pada awalnya merupakan perantau dari Turki dan negara-negara Arab. Pahlawan-pahlawan Red Indian berjuang bermati-matian mempertahankan tanah nenek moyang mereka. Dari dijajah pedagang England. Hingga akhirnya mereka dipinggir. Hilang identiti diri. Sentimen anti white man masih tidak hilang dari sanubari masyarakat Red Indian. Begitu juga di Mindanao. Masyarakat asal dihimpit oleh kaum pendatang. Diusir sesuka hati oleh pendatang. Tiada sesiapa yang bangkit membela. Lantas berdarahlah buminya oleh konflik yang berlarutan sejak 4 dekad yang lalu.

Justeru, perlukah kita hanyut oleh kelalaian kita sendiri ?.

1 comment:

icam said...

BS, masyarakat Bangsamoro are struggling for political entity. Diaorang sentiasa dinafikan hak dalam masyarakat Filipina di mana Kristian adalah dominan. Crowd tersebut semasa salah satu peace rally yang diadakan di Mindanao. Bertujuan menanamkan semangat perdamaian dan menyeru agar bangsamoro komited dalam merealisasikan keamanan. There were around half million participants turned up during that occasion. Diaorang cukup minat untuk attend rally-rally macam ni. Mendengar ucapan, mesej terkini, halatuju bangsa mereka dari para pemimpinnya. Furthermore, diaorang tak ada kerja. So, can spend their time to attend any peace rallies. Take care.