Saturday, July 09, 2005

Politik Semakin Goyah

Hari ini seramai 10 orang Menteri Kabinet Filipina meletak jawatan secara serentak. Mereka berbuat demikian setelah didesak oleh Presiden. Sebelum itu, Presiden turut diminta melepaskan jawatan kerana gagal membawa pembaharuan terhadap negara ini. Namun, beliau enggan. Kini beliau pula mendesak Menterinya meletak jawatan..

Pada jam 6.00 petang tadi siaran langsung di tv menyiarkan kenyataan Presiden bahawa beliau akan terus memegang kuasa. Hanya Kongres yang boleh membuat prosedur untuk memecatnya (impeachment). Bagaimanapun, proses ini memakan masa dan memerlukan bukti pemecatan yang kukuh. Serentak kenyataan itu, rakyat terus berkumpul di Manila. Jumlah mereka semakin bertambah dan berkemungkinan akan berarak ke Istana Presiden bagi menggulingkannya. Ini tidak mengairankan kerana tindakan ini bukan baru di sini. Politik seolah satu barang mainan. Satu barang yang murah. Jadi, tidak hairan rakyat di sini kebanyakannya susah. Kerana mereka tidak tahu menilai politik. Mereka tidak mampu menghargai kestabilan kerajaan. Mereka tidak menghargai keamanan. Yang kaya hanya mereka yang memegang watak dalam politik. Rakyat hanya tukang sorak. Tukang tepuk. Penyudahnya ? Suara mereka yang serak. Tangan mereka yang perit...

Aku pun selepas tu terpaksalah ke bandar untuk membeli stok makanan. Manalah tahu keadaan menjadi tidak menentu. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga aku beli barang makanan yang mampu bertahan untuk seminggu. Ikan, sayur dan pelbagai barangan basah. Kalau terus tak stabil aku balik je Malaysia. Lagi senang duduk di negara sendiri. Tak risau apa-apa...

Senang nak beli durian nanti.....

Image hosted by TinyPic.com
Kedai runcit ini yang memberiku semangat untuk ke bandar.
Sama dengan nama kakak aku.

Image hosted by TinyPic.com
Peniaga buta.

Image hosted by TinyPic.com
Gerai ayam dan daging halal.

Image hosted by TinyPic.com
Restoran fast food.

Image hosted by TinyPic.com
Penjual ubi kayu.

Image hosted by TinyPic.com
Kelapa muda - Peso 10 ( 70 sen ) sebiji.

Image hosted by TinyPic.com
Labu.

Image hosted by TinyPic.com
Beliau terlalu tua tapi demi kesinambungan hidup...

Image hosted by TinyPic.com
Barang jualan....

Image hosted by TinyPic.com
Beca.

2 comments:

Keluarga Zulkarnain said...

Wah...kami di Surabaya mendoakan semoga Icam dalam kondisi yang baik dan selalu dalam lindungan Allah SWT.

Have a nice weekend

Bunda Shafiya

Ungku Nor said...

Assalamualaikum abang,
risau bila tengok berita di tv, cuak bila baca berita di akhbar, gundah gulana rasa hati mengenangkan keadaan abang kat sana. Skrg ni nama abang dah 'masuk senarai' dalam doa saya setiap kali solat, semoga abang selamat selama masih di sana dan selamat berangkat pulang ke Malaysia.Amin.

ikhlas tapi jauh,
Ungku Nor.