Saturday, July 30, 2005

Struktur Pentadbiran


PETA FILIPINA

COTABATO CITY - CENTRAL MINDANAO

PRESIDEN GLORIA MACAPAGAL ARROYO

Republik Filipina adalah sebuah negara yang unik dengan sistem pemerintahan Presiden. Ia merangkumi 79 provinces, 117 bandar, 1530 municipalities dan 41,945 barangays yang mana dibahagi kepada 17 administrative regions. Kerajaan mempunyai 3 badan iaitu Eksekutif diketuai oleh Presiden, Legislatif menerusi Kongres dan Kehakiman menerusi Mahkamah Agung.

Kongres adalah berbentuk 2 kamar iaitu Senat sebagai Upper House dan House of Representatives (Dewan Perwakilan) sebagai Lower House. Seramai 24 orang Senator dipilih menerusi pilihanraya yang mewakili daerah legislatif dan bandar-bandar besar. House of Representatives mempunyai 236 kerusi yang mana wakilnya dipilih dari seluruh Filipina.

Apa yang hendak diterangkan di sini ialah sistem pemerintahan peringkat province diketuai oleh Gabenor dan juga municipality yang diketuai oleh Mayor (Dato' Bandar). Setiap Gabenor dan Mayor akan bertanding dalam pilihanraya yang mana tempuh memegang jawatan-jawatan tersebut adalah selama 3 tahun. Sekitar 18 municipalities akan membentuk province serta 10 - 15 barangays akan membentuk municipality.

Berkait gaji, Gabenor hanya memperolehi gaji sebanyak Peso 15 ribu (RM 1070.00) sebulan. Manakala Mayor pula sebanyak Peso 13 ribu (RM 910.00). Begitu sedikit...

Namun, secara bulanan, setiap Gabenor diperuntukkan sejumlah Peso 3.5 juta (RM 250 ribu) dengan pecahan Peso 2 juta (RM 140 ribu) untuk pembangunan province manakala Peso 1.5 juta (RM 110 ribu) untuk perbelanjaan pejabat (gaji staf) dan juga keraian.

Bagi Mayor pula, sebanyak Peso 1.7 juta (RM 119 ribu) diperuntukkan di mana Peso 1 juta (RM 70 ribu) untuk pembangunan municipality dan Peso 700 ribu (RM 49 ribu) untuk perbelanjaan mengurus.

Jadi, satu jumlah bulanan yang amat besar. Semuanya di bawah bidang kuasa Gabenor dan Mayor. Itu sebab setiap Gabenor mempunyai berpuluh buah kereta, berpuluh orang pengawal peribadi, berdozen bini. Begitu juga Mayor.

Peluang ini mungkin sekali seumur hidup. Rebut sepuasnya. Kumpul kekayaan sesuka hati. Rampas hak orang lain. Rampas hak rakyat kebanyakan. Biarlah mereka mati kelaparan. Kerana mereka tiada kuasa. Kerana mereka bodoh.

Biarkan mereka...

SEMUA FAKTA DI ATAS AKU PEROLEHI DARI PEGAWAI KEWANGAN SALAH SEBUAH PEJABAT MAYOR DI RANTAU KONFLIK INI !

1 comment:

Ungku Nor said...

abang, dah macam belajar geografi laa..
kalau org besar2 yang gila kuasa kat Msia ni kita tak sanggah awal2, jangan terkejut Msia akan transform menjadi seperti apa yang berlaku di sana, naudzubillah.