Tuesday, July 12, 2005

Tidur Lagi Baik

Kemelut politik di sini reda sedikit setelah pihak Arcbishop Katholik mengeluarkan kenyataan agar Presiden diberi peluang untuk terus memerintah negara. Seolah satu restu yang ditunggu-tunggu. Lantas terpampang keceriaan wajah Presiden. Macam mati hidup semula.

Sebelum ini 2 orang Presiden tersingkir mahupun dipecat setelah Arcbishop mengeluarkan fatwa bahawa mereka tidak layak memimpin. Serentak itu Presiden baru mengambil alih tampuk kuasa.

Di negara yang mempunyai penganut Katholik teramai di dunia, pihak gereja begitu berkuasa dalam mencorak halatuju negara. Ini termasuk soal-soal politik. Putih kata mereka, putihlah kata rakyat. Kalau melanggar umpama melakukan suatu dosa. Baik tak payah langgar. Tak payah tambah dosa...

Aku terasa pelik dengan situasi politik di sini. Terlalu banyak kelemahan. Kemelut ini bermula dengan masalah wiretapping di mana Presiden menghubungi Commissioner of Election. Dalam perbualan, Presiden meminta agar undi yang diperolehi dalam Pilihanraya Presiden dipastikan jumlahnya. To secure majority votes. Takut berlaku penipuan. Kebetulan pihak inteligen membuat rakaman perbualan tersebut. Terus menjadi satu isu.

Isu ini boleh ditutup lebih awal jika Presiden menggunakan alasan national security. Namun, ia terus diseret menjadi isu politik. Semakin merebak. Sehingga kinipun kedudukan Presiden masih tidak stabil. Bila-bila masa boleh digulingkan walaupun pihak gereja merestui agar Presiden terus berkuasa. Mutakhir, seramai 1 juta rakyat (mungkin dibayar oleh pihak pembangkang) dilaporkan akan berkumpul di Makati City, Manila pada hujung minggu ini seterusnya berarak menuju Istana Malacanang, istana Presiden. Hanya satu hasrat mereka- menggulingkan Presiden melalui people power.

Rakyat tetap semakin susah. Susah sesusahnya. Menyebabkan mereka mudah dikotak katikkan. Mudah dibeli. Keadaan politik terus tidak menentu, ekonomi kucar kucir dan situasi keselamatan yang semakin rapuh. Serentak itu mata terasa amat mengantuk. Letih untuk menyaksikan semua ini. Baik tidur je kerana aku sudah muak.

Magandang gabi (good night).


Image hosted by TinyPic.com
Muak, letih, mengantuk....

Image hosted by TinyPic.com
Huarghhhhh......

2 comments:

Ungku Nor said...

Assalamualaikum abg ICAM,
tido tu tido jugak tapi jaga kena jaga jugak..

bye & take care.

Ungku Nor.

icam said...

Berkait pertanyaan BS, to be frank keadaan sekarang amat tidak sesuai untuk ke Manila.Keadaan politik yang kucar kacir memungkinkan berlaku rampasan kuasa. Pada masa kinipun tunjuk perasaan diadakan setiap hari meminta Arroyo meletak jawatan. Orang ramai semakin ramai di Manila untuk berkumpul dan memungkinkan tercetus keganasan. Thanks.