Thursday, June 30, 2005

Aku Dah Agak Dah

Musim-musim hujan ni nyamuk agak banyak. Melambak mati bila aku sembur dengan racun serangga. Ini yang membuat aku bimbang. Terpaksalah menelan pil Pansidar dan Chloroquine, dua jenis pil khusus untuk mengelak demam malaria. Sekurang-kurangnya antibodi nanti kuat sikit nak lawan penyakit tu.


Masa kat dapur selepas makan malam tadipun aku tenguk banyak betul nyamuk hinggap kat dinding. Kat kitchen cabinet. Nak sembur racun bahaya pulak pasal banyak makanan kat situ. Lalu perlahan-lahan aku bangun dan terus menamparnya. "Pang"..kuat bunyi tamparan aku tu. Maklumlah cabinet kayu. Serentak itu juga sebiji cawan turut ter"pang" dalam sink. Maid aku yang sedang membasuhnya terlepas dari pegangan kerana terperanjat. Terperanjat dengar bunyi aku tampar nyamuk. Hampir-hampir nak disusuli dengan latah. Baru nak start tapi terbantut oleh bersin. Maid aku terbersin kerana musim hujan ni mungkin mudah kena selsema. Terus tak jadi nak melatah. Postpone esok agaknya.


22 Jun tempuhari sebiji piring pecah. Terlepas dari tangan dia. Langsung tak terperanjat. Relax jer. Tak ada tanda nak melatah. Pasal hari tu dia dapat gaji. Ni pulak lebihkurang seminggu dapat gaji dah mula meragam balik. Asyik nak terperanjat dan melatah. Tampar nyamuk pun terperanjat. Pecah pulak sebiji cawan.


Entahlah. Akupun jadi bengong dibuatnya. Nak tukar maid lain bukan senang kerana dia ni dah pandai juga masak masakan melayu. Sedap dah dia masak. Hasil didikan aku. Tunjuk ajar aku.


Dan apa yang penting maid aku ni tak boleh dengar gurauan aku untuk cari maid lain. Dah nampak macam ada tanda tanda buat tektik nak pengsan. Bimbang juga kalau dia pengsan. Mana tahu pengsan terus tak bangun-bangun sampai ler ke tanah wakaf. Maklumlah dah tua. Siapa yang susah? Aku juga yang susah pasal takde orang nak masak nanti.


Orang di sini mampu buat apa saja demi kesinambungan hidup. Demi sesuap nasi. Cukup pandai berlakun dan mencetus mimik muka seribu rupa. Itu sebab industri filem dan hiburan di sini lebih maju dari negara kita. Pasal kalau babak pengsan diaorang akan pengsan betul betul. Babak mati akan mati betul betul. Apa nak heran. Di sini nyawa lebih murah dari sekilo ayam.


Yalah, kena buat betul betul. Bukan senang nak cari kerja di rantau konflik ni....

Wednesday, June 29, 2005

Musim Hujan

Dah makin kerap hujan di sini. Hampir saban hari. Agak lebat walaupun tidak mengambil masa yang lama. Paras air sungai Tamontaka di Cotabato semakin naik. Pagi tadi semasa aku melintasi jambatan di sungai tersebut, air sudah hampir menjejak lantai rumah-rumah setinggan yang banyak dibina di tebingnya. Rumah yang diduduki oleh orang dhaif- miskin yang teramat miskin. Seakan turut bergoyang dialun arus sungai. Entah bila akan hanyut bersama penghuninya. Hanyut ditelan arus yang semakin deras dan ganas.


Dan setakat ini tiada usaha untuk mengambil tindakan kecemasan sekiranya bencana menimpa. Pemimpin di sini seolah bertanggapan biarlah rumah tersebut ditelan arus. Biarlah penghuni terkapai lemas. Kerana mereka ini dhaif. Mereka ini sampah masyarakat. Mereka ini pengganggu pandangan. Biar mereka tidak wujud.


Hanya orang kaya yang layak hidup di rantau konflik ini....


Image hosted by TinyPic.com
Antara 'Taiko' di bandar rantau konflik

Image hosted by TinyPic.com
Bank Penanam Penanam Kelapa Bersatu ?

Image hosted by TinyPic.com
Pawnshop (pajak gadai) adalah perniagaan paling menguntungkan
di sini. Kesenangan dari kesusahan orang.


Image hosted by TinyPic.com
Street Boys - budak jalanan yang terlalu ramai di rantau konflik ini.

Tuesday, June 28, 2005

Presiden Minta Maaf

Pukul 7.00 malam tadi Presiden negara ni membuat pengumuman penting. Aku awal-awal lagi dah terpacak depan tv. Takut miss ucapan beliau. Ucapan amat penting yang dijangka akan dapat mengakhiri kemelut politik yang melanda negara ini sejak 3 minggu yang lepas. Kemelut yang mencetus beberapa tunjuk perasaan di bandaraya. Berkait rakaman percakapan telefon antara Presiden dengan Suruhanjaya Pilihanraya.


Muncul dengan wajah kosong. Mimik kesedihan penuh berharap. Presiden membuat pengakuan ada membuat panggilan telefon agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya memastikan kemenangannya dalam Pilihanraya Presiden. Namun, panggilan itu dibuat setelah beliau pasti telah memenangi pilihanraya berdasar pengiraan undi awal. Jadi bagi memastikan agar tidak berlaku penipuan, beliau membuat panggilan tersebut...


Presiden seterusnya menyatakan perbuatan tersebut adalah demi kebaikan negara. Bagi menghindarkan penipuan dalam pilihanraya. Seribu kemaafan beliau pinta dari rakyat kerana dia tidak sedar perbuatannya adalah satu kesalahan. Penuh sayu. Hampir menitiskan airmata.
Kelemahannya cuma tak pakai baju koyak rabak masa dalam tv. Macam orang miskin di sini. Lagi mudah menarik simpati rakyat.


Ini politik. Di rantau konflik ini. Aku tak mahu nak komen. Kat negara aku juga terdengar berita seorang pemimpin kanan digantung keahlian parti kerana politik wang. Inipun aku tak boleh dan tak mahu nak komen. Kerana aku tak minat dan tidak suka politik. Aku tidak akan terlibat dalam politik.


Cuma apa yang perlu direnungkan ialah keadaan sesebuah negara yang akan lemah jika ahli politiknya lemah. Ahli politiknya korup. Ahli politiknya tidak mahu memperjuangkan bangsa. Menyalah gunakan kuasa.


Kemungkinan masalah inilah yang dihadapi di rantau konflik ini. Menyebabkan rakyatnya hidup menderita.


Janganlah keadaan ini berlaku di negara aku.

Monday, June 27, 2005

Hari Ahad

Hari untuk relax. Maid akupun off hari ni. Sejak 22 Jun (dapat gaji) belum terkesan lagi dia melatah..


Tengahari tadi berjaya masak korma daging dengan nasi tomato. Sedap atau tidak soal lain. Yang penting kuah yang aku masak tu memang kuah korma.


Nasi tu pulak warna merah. Warna merah kan nasi tomato !.
Pertama kali try masak.


Lepas makan on komputer kejap. Mata mengantuk - tidur.
Petang jogging. Kat padang sekolah. Saja nak keluar peluh.
Nak kurangkan kalestrol. Takut GEMUK.......


Kejap lagi nak tidur. Senang betul hidup di rantau konflik nih...

Sunday, June 26, 2005

Untuk sahabatku

Image hosted by TinyPic.com


Apakah durian ?

Sejenis buah yang sangat sedap hingga digelar 'Raja Buah'. Durian diberi nama begitu rupa kerana keadaan fizikalnya yang berduri itu. Tetapi, walaupun berduri, isi di dalam lembut, wangi, berlemak dan sangat sedap. Tiada buah di dunia ini sesedap buah durian. Durian boleh didapati dengan banyaknya di Kampung Chinchin, Jasin, Melaka. Anda boleh membelinya secara borong dan murah dari Pok San (buka gerai depan rumah Burn), Kati (pekerja di bengkel Wahid Besi) ataupun Kelincai (apek rambut blond yang beralamat Kampung Lombong, Chinchin).

Resepi-resepi yang boleh dimasukkan durian :

Kuih koci inti durian
Lempuk durian
Ikan air tawar (beli dari Mat Sangkut yang menjaring di Tebat, depan opis KLD) masak cili api tempoyak


dan berbagai lagilah .. malas lak nak tulis ..

TETAPI paling sedap .. dimakan begitu sahaja.

i tahu i kejam .. hahahahahaha. Jangan marah ye Bat !

-penghack blog orang-

Tak Berselera Nak Makan

Malam tadi tak berapa berselera nak makan. Betul-betul tak berselera. Tak mampu untuk meneruskan suapan. Entah kenapa. Hati seakan hambar untuk menghabiskan lauk yang terhidang.

Pasal apa? Aku terbayang wajah-wajah sebuah keluarga yang kehilangan bapa dan suami. Hilang tanpa berita setelah diculik. Desas desus boleh dipercayai mengatakan lelaki tersebut telah dibunuh. Beliau bukan orang kaya. Miskin. Dan mungkin terlalu miskin. Hanya berniaga barang keperluan rumah secara menjaja ke setiap ceruk kampung. Secara mengambil upah. Mengharapkan komisyen jika barangan laku. Bermodalkan beg usang.

Dan rumahnya. Hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Takdir tetap takdir. Aku hanya mampu memandang sayu. Jauh di sudut hati aku menangis semau-maunya. Benar-benar pilu. Kenapa ada manusia sekejam begini ?

Anak-anaknya? Mungkin tak makan malam ni......


Image hosted by TinyPic.com
Rumah usang ini....

Image hosted by TinyPic.com
Budak ini. Makan ke dia ? Menanti bapa yang telah dibunuh.

Image hosted by TinyPic.com
Ada masa depankah dia ? Harap takdir menyebelahinya.

Image hosted by TinyPic.com
Ibu yang akan terpaksa membesarkan 6 orang anak.

Saturday, June 25, 2005

Di Bengkel Kereta Sepanjang Hari

Pukul 9.00 pagi tadi aku dengan drebar dah terpacak kat bengkel kereta. Van nak kena servis. Tukar minyak hitam, oil filter dan gasket.

Bengkel agak besar. Penuh dengan kenderaan. Terpaksa tunggu hampir satu jam barulah tiba giliran van aku. Mekanik kebanyakannya masih muda. Masih budak-budak. Pakai seluar pendek. Berselipar jepun. Tak macam mekanik tempat kita. Smart semacam. Yang buat aku pening ialah ramai sangat yang berkelibut kat kereta. Semua pegang sepanar. Kerja satu apapun tak jalan. Kejap pergi tempat lain. Capai drebar skrew (screw driver). Ambil balik sepanar. Pergi dekat van aku. Jalan balik ke tempat lain. Ambi bolt dan nat. Buka tayar. Pam angin. Hisap rokok.

Sampai pukul 12.00 tengahari baru nak mula buang minyak kotor. Minyak enjin. Baru nak tukar oil filter. Aku tak boleh tunggu pasal hari ni hari Jumaat. Nak pergi sembahyang. Terpaksa minta tolong mekanik hantar aku balik ke rumah. Sembahyang dan makan tengahari. Drebar aku tunggu kat bengkel. Bukan apa. Takut van tuh kena sapu dek penyangak. Susah juga nak jawab dengan gomen kat sini.

Lebihkurang pukul 2.00 petang member tu telefon dari bengkel. Maklum kena repair fuel pump. Oklah. Terpaksa order benda tu dari kedai lain. Dan terpaksa tunggu mekanik yang khas untuk pasang benda tu. Mekanik lain tak tamat belajar lagi. Mekanik yang pakar ni hanya akan datang pukul 3.00 petang....

Pukul 3.00 petang aku dah ada semula kat bengkel. Terus mekanik tu minta duit dari aku. Nak pergi ke kedai spare-part. Nak beli dan pasang alat kat fuel pump. Aku hulur Peso 3,000 (RM 210). Tunggu punya tunggu pukul 6.30 petang baru mekanik tu sampai balik ke bengkel. Kata tak sampai satu jam. Aku punya ler nak marah. Tak boleh nak cakap. Nasib baik tempat orang....

Bila siap pasang fuel pump, timing enjin pulak lari. Dah macam bunyi enjin motobot. Terkial-kial mekanik yang dikata pakar tu ketatkan mana-mana skrew yang patut. Masih sumbang juga aku dengar. Hampir pukul 7.30 malam aku masih lagi kat bengkel. Beberapa staf kat bengkel tu terpaksa overtime dek kerana aku. Ataupun memang sengaja nak overtime dengan aku dijadikan scapegoat. Itu aku tak tahu. Hampir 6 orang kesemuanya. Walaupun mekanik yang bekerja sebenarnya hanya sorang.

Terlalu lama. Sehari suntuk kat sini. Terus aku pergi ke kaunter. Minta bil. Jumlah semua Peso 7,300 (RM 521). Terus bayar. Dan sekali lagi aku minta pekerja bengkel tu hantar aku balik rumah. Perasaan letih, lapar, geram, benci berbaur. Drebar kusuruh tunggu kat bengkel. Tunggu sampai van siap. Kalau tak siap tidur jer kat bengkel tuh. Pasal dia yang gatal sangat goda aku agar tukar semua barang.

Dan sampai masa nih drebar tuh tak balik lagi.... mungkin tidur kat bengkel agaknya.

Inilah masalah di sini. Di rantau konflik ini. Tak ada seorangpun yang boleh kita percayai. Aku boleh suruh drebar aku pergi sorang ke bengkel. Tapi penyudahnya? Bil akan menjadi dua kali ganda. Separuh akan masuk ke poketnya. Aku juga boleh tinggalkan van tu kat bengkel. Penyudahnya? Dengan enjin enjin van akan ditukar baru. Cat pun tukar lain.

Aku tak faham. Dan tak akan cuba hendak faham. Cuma yang aku tahu rantau ini berkonflik. Konflik ekoran tidak faham sesama mereka. Menyebabkan mereka tiada hala tuju. Sentiasa berfikiran untuk menipu. Tiada matlamat hidup. Kehilangan maruah dan harga diri. Sentiasa dihimpit kematian. Kerana nyawa tidak ada erti di sini. Hiduplah mereka dalam lingkungan survival of the fittest.......

Dan di negara aku? Generasi muda tidak pernah menyusuri kedhaifan hidup sebegini. Mereka lalai. Alpa. Kerana tiada teladan yang hendak mereka sempadani. Ekoran lahir mereka didodoi kemewahan. Kemewahan yang menyebabkan mereka turut kehilangan maruah diri. Hilang harga diri.

Mungkinkah generasiku akan turut senasib dengan masyarakat di rantau konflik ini?


Image hosted by TinyPic.com
Nak tukar minyak enjin kena buka tayar ?

Image hosted by TinyPic.com
Kenderaan awam yang dibaiki di bengkel

Image hosted by TinyPic.com
Nak buka skrew- 4 orang mekanik ?

Image hosted by TinyPic.com
Security kat sebelah bengkel. Macam jaga Bank
Negara.

Image hosted by TinyPic.com
Security bengkel kereta

Image hosted by TinyPic.com
Security- senjata adalah kuasa di rantau sini...

Friday, June 24, 2005

Sultan

Gambar-gambar berikut ialah antara personaliti yang mengaku sebagai waris Sultan yang berhak untuk bertakhta di rantau konflik ini. Menangis-nangis semasa berucap agar takhta beliau ehh Baginda dipulangkan balik. Berjurai-jurai airmata. Aku turut sayu mendengar rayuannya. Akupun rasa nak merayu kat orangramai. Pulangkanlah takhta Baginda tuh kalau jumpa kat mana-mana (hehehe!). Tengah duduk berucap boleh hisap rokok. Mana ada Sultan macam dia nih. Langgar protokol. Hisap rokok kat rumahlah. Bukan rumah, ehh istana. Ye tak?

Bercerita pasal Sultan nih, cuma satu jer aku risau. Bimbang. Takut sultan-sultan (ramai yang mengaku sultan!) kat rantau konflik ini zalim macam masa tok nenek moyang kita di bawah sistem feudal dulu. Macam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (aku baru lepas tenguk VCD cerita tuh). Belah perut perempuan mengidam nak makan nangka. Zalim ke Sultan Mahmud tu ?. Memang zalim tapi dalam kes ini aku tak salahkan Sultan Mahmud. Pasal nangka tu dia yang punya. Dari kebun raja. Kebun tu tanah dia. Dia beli ke atau tanah pusaka itu tak payah kita nak fikir... Yang bersalah ialah pekerja kebun raja. Kenapalah dia lalu depan rumah Laksamana Bentan (lakonan Nordin Ahmad) ?. Kan banyak lorong lain boleh lalu. Depan rumah kawan tu juga yang dia lalu. Lalulah ikut semak. Atau lalu belakang rumah Laksamana Bentan ke. Tak ler orang nampak. Ini tidak. Nak jugak lalu depan. Biar orang tahu dia kerja dengan raja. Biar orang nampak dia pikul nangka. Mentang-mentang masa tu nangka kebun lain tak berbuah. Dia eksyen ler tu. Langsung kena cukai dengan bini Laksamana Bentan. Pasal bini Laksamana Bentan mengidam. Aku rasa kalau pekerja kebun raja tu mintak izin dengan Sultan Mahmudpun akan dapat kebenaran. Ini tak. Terus je belah nangka tu. Nasib baik aku bukan sultan masa tu. Kalau tidak perut pekerja kebun raja tu aku belah sekali. Pasal mungkin dia juga ada makan buah-buahan lain. Makan durian ke. Kerana aku dengar durian dah musim dan gagat gugur di negara aku. Poskanlah ke sini sebiji dua ke...

Lantaklah. Yang penting kita orang melayu. Sistem Beraja itulah satu-satunya lambang melayu yang tinggal. Perlu dipertahan. Di sini? Ada raja. Ada sultan. Tak ada takhta ?

Pasal diaorang bukan orang melayu kot.....


Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com
Kesultanan Melaka dah tamat. Portugis
dah tawan Melaka masa nih....

Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com

Thursday, June 23, 2005

Lagi Pasal Maid Aku


Pukul 7.00 pagi aku dah keluar rumah. Keluar awal. Got something to do. Very urgent. Aku cuma sempat menjamah seteguk nescafe susu bersama sekeping pandisal - roti bun kalau bahasa kita. Tak berselera nak makan sejak dua tiga hari ni. Badan tak selesa. Malam nanti aku nak pergi ke farmasi Mercury Drug. Beli ubat demam. Di sini tak payah pergi jumpa doktor. Klinik di sini hanya periksa pesakit jer. Lepas tu doktor akan beri prescription. Pergi farmasi. Beli ubat kat sana. The best way might well aku terus pergi farmasi. Tak payah dua kali kerja.

Sampai rumah lebihkurang pukul 5.00 petang. Lapar betul. Tak lunch. Pergi ke dapur aku tenguk ada dua keping roti canai siap terhidang. Roti canai segera yang aku bawa dari Malaysia. Aku terus duduk kat meja makan. Maid aku tak lama lepas tu datang nak buatkan nescafe susu. Capai gelas. Capai piring. Entah macamana semasa nak tuang air panas, piring yang dia pegang terlepas. Jatuh atas simen. Pecah berkecai. Aku punya le terperanjat. Kuat betul bunyi kaca tu terhempas. Ingatkan bom ke. Maklumler duduk kat sini. Rantau konflik ni....

Yang peliknya maid aku langsung tak terperanjat. Tenang jer. Tak melatah. Dengan langkah penuh yakin pergi ambil penyapu. Sapu serpih kaca. Ehh, semalam aku mintak panadol tapi dia beri alkohol yang buat lap simen. Tegur sikit pasal silap hantar punyaler teruk dia punya melatah. Lebih 20 minit tak selesai melatah. Bahasa Tagalog. Bahasa Maguindanaoan. Padahal bukan ada apa-apa yang pecah. Hari nih confirmed piring pecah. Depan mata dia. Dari tangan dia. Berkecai. Langsung tak melatah ? Boleh senyum lagi ?

Akupun bertanya, "got your salary?". "Yes sir, during lunch time". Dia menjawab. Lancar. Macam baca skrip. Macam drama swasta kat tv tempat kita. Dah boleh agak jalan cerita......

Aku turut tumpang gembira. Gembira kerana maid aku dah dapat gaji. Gembira kerana mungkin penyakit latah dia pupus sekejap. Mungkin pupus paling lama 20 hari. Tak pe ler. Janji dia pulih sekejap. Taklah nanti dia akan bawakan aku alkohol bila mintak panadol. Sekurang-kurangnya langkah dia akan lebih yakin terutama bila nak lintas jalan. Akan toleh kanan kiri dulu. Tak terus menonong jer. Taklah terperanjat dan melatah bila hon jeepney berbunyi. Bukan apa. Kalau kena langgar kereta?

Siapa nak masakkan aku nanti?................



Image hosted by TinyPic.com
Kenderaan awam roda tiga

Image hosted by TinyPic.com
Buatnya maid aku melatah semasa melintas jalan nih.....

Image hosted by TinyPic.com
Menangis orang Jepun tenguk motosikal dah diubahsuai

Image hosted by TinyPic.com
Wajah anda ada di sini? Boleh jadi famous.

Image hosted by TinyPic.com
Betul ke 'The Best City Police Station' ?

Wednesday, June 22, 2005

Rantau Yang Kujelajahi

Image hosted by TinyPic.com
Pernah dimasukkan ke hospital ini - Food Poisoning

Image hosted by TinyPic.com
Kenderaan awam

Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com


Image hosted by TinyPic.com
Restoran Ayam Panggang - ada tanda halal....

Image hosted by TinyPic.com
Ayam laga. Esok nak disabung. Kena tidur awal.
Lusa kena masuk Restoran Ayam Panggang. Umur dah
sampai...

Image hosted by TinyPic.com/z3

Maid Yang Dah Pandai Melatah

Breakfast pagi tadi tak berapa ceria. Badan masih rasa sengal. Tekak terasa sakit. Kepala berpinar. Pening.

Aku minta panadol dengan maid. Dia bagi aku alkohol untuk lap lantai. Satu mangkuk. Terperanjat aku dibuatnya. Buang tebiat ke makcik nih. Nak buat apa dia bagi aku alkohol. Aku sound kat dia kerana aku minta panadol bukan alkohol. Dia punya latah. 20 minit tak berhenti. Latah dalam bahasa Tagalog. Pertama kali aku tenguk orang di rantau konflik nih melatah. Dia mencarut atau tidak masa melatah aku tak pasti kerana dalam bahasa sini. Mungkin ada terkeluar bahasa 18 SX macam yang biasa kita dengar kalau orang melayu melatah. Lantak ler. Yang aku heran bila pulak dia ni dah mula pandai melatah? Kalau tempat aku biasalah orang melayu melatah. Latah memang sinonim dengan orang melayu especially older age. Bangsa yang mudah beralah dan lembut. Kat sini masyarakatnya kasar. Payah nak kena sampuk penyakit latah. Aku semakin keliru.

Apa yang aku risau ialah penyakit melatah ni akan berjangkit kepada penduduk di rantau konflik ini. Tambahan pulak diaorang memang suka nak try penyakit-penyakit baru. Senang nak jadikan alasan terutama bila orang minta hutang. Boleh buat melatah. Lepas tu terduduk semput. Mata terkebil-kebil. Orangpun akan kasihan. Tak payah bayar hutang.....

Makin lama di sini makin banyak kerenah yang aku jumpa. Breakfast tadi kuhabiskan tanpa makan panadol. Maid aku tak dapat cari pasal tak selesai lagi melatah. Besok 22 Jun mungkin pulih ler segala penyakit dia kot. Pasal esok dia dapat gaji. Panadol kepada segala panadol........

Tuesday, June 21, 2005

Badan Rasa Nak Demam

Aku betul-betul rasa tak selesa sejak semalam. Badan sekejap rasa nak demam. Sekejap ok. Sekejap tu tak ok pulak. Mungkin kena hujan semalam. Hujan renyai. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur sepanjang hari. Pil Pansidar untuk mengelak demam malaria turut kutelan. Dua biji seminggu. Tak pernah miss.

Bila fikir pasal badan nak demam ni, ramai orang sini yang aku rasa mengalami masalah serupa.
Tapi hakikatnya aku memang betul rasa nak demam. Diaorang kat sini demam keturunan. Demam saka. Bila masuk 20 haribulan secara otomatik badan dah faham. Dah mula boleh demam. Macam meter minyak kereta bila jarum dah tunjuk huruf 'E'. Dah keluar lampu merah. Tanda tak boleh jalan jauh ler tuh.....

Maid aku pun pagi tadi nampak kendur semacam jer. Kalau biasa bila gaji langkah bukan main panjang. Penuh yakin. Siap hayun tangan macam orang tengah kawad. Hari ni langkah pendek-pendek. Tak berapa teratur. Berterabur. Demam ler tu agaknya. Aku malas nak tanya dia pasal apa. Bulan-bulan sebelum ni pun sama. Langkah dia akan berubah bila masuk 20 haribulan. Yang pasti gaji belum dapat. Aku tak ambil tahu pasal gaji dia kerana itu bukan masalah aku. Masalah kerajaan sini. Kerajaan sini yang bayar. Yang penting aku memang betul rasa nak demam. Cuma yang aku risau ialah untuk tempuh dua tiga hari nih dia akan masak asam pedas rasa masak lemak. Masak kari akan rasa masak singgang. Masak korma yang dia baru nak belajar mungkin akan rasa masak tomato.

Aku faham. Mungkin pasal badan dia tak sihat. Tekak pahit. Deria rasa kurang. Fikiran bercelaru. Maklumlah demam keturunan. Demam saka.

Jalan terbaik ialah aku duduk dalam bilik. Tidur. Tak payah terlalu kerap ke dapur. Takut maid aku terperanjat kalau aku terlanggar gelas atau pinggan nanti. Pasal dia mudah terperanjat dalam keadaan sebegini. Hinggalah dapat gaji barulah demam dan penyakit mudah terperanjat dia hilang. Hilang kejap sementara menunggu giliran demam dan mudah terperanjat akan datang - coming soon.

Kat negara aku tak tahulah ada atau tidak penyakit macam ni........


Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com
Budak ni sihat, tak demam.......

Sunday, June 19, 2005

done

From Awek Tocang Pokok Kelapa

huh ! entah bile saja i'd been that awek !

i dah editkan links yang u nak tuh. actually i copypaste i punya to ur template. tapi kan, links i tu, adalah blog-blog yang i suka baca/mesti baca ataupun the blog owner tuh i dah jumpa dan dah jadi kawan i.

so, some links tuh cam tak relevan utk u.

jadinya my fren, u edit balik semula, okay ? yang links yang u tak nak tu, u buangkan dan kalau ada links yang u suka u nak tambah, tambahlah ye.

tp sebelum u beradventure dengan template tu, make sure u simpan secopy template tuh somewhere.

thanks doakan yang baik-baik utk kami anak-beranak. doa i juga untuk u dan isteri - semoga sentiasa dibawah lindungan kasihNya.

selamat beradventure :)

take care ....

Saturday, June 18, 2005

Perigi

Pagi tadi aku memasuki sebuah kampung (barangay) di rantau konflik ini. Jalan tanah merah. Amat dhaif. Dihiasi rumah-rumah yang hanya layak dipanggil pondok. Usang. Diperbuat dari buluh. Penduduknya hanya menjalankan pertanian kontan. Jagung dan pisang. Sedikit bersawah padi. Itu saja sumber kehidupan mereka.

Kampung yang masih tidak ada bekalan elektrik mahupun air. Sumber utama air ialah perigi. Untuk mandi dan minum. Perigi yang tidak berkepung. Mandi secara terbuka. Lelaki mahupun perempuan. Berkemban di tempat lapang. Kira wayang 'free'lah. Tapi filem 'hitam putih'. 'Blur'. Tak meriah...

Aku pernah mandi perigi. Lama dahulu. Semasa aku sekolah rendah. Pada tahun 1977, kampung aku sudah ada bekalan air paip. Aku dah bersekolah menengah masa tu. Perigipun semakin terpinggir dan terkambus....

Mandi perigi memang mengasyikkan. Aku akan bangun awal. Pukul 5.00 pagi dah mandi di perigi. Kakak aku Kak Nor dan Kak Izan akan temankan aku. Sama-sama nak ke sekolah. Nak berebut trip pertama bas sekolah. Waktu awal pagi air perigi tak sejuk. Panas. Waktu tengahari pulak tak panas. Sejuk. Itulah nikmatnya mandi perigi. Puas.
Kini mungkin perigi dah semakin pupus di tempat aku. Generasi baru mungkin dah tak kenal lagi rupa perigi.

Aku pernah berada di Sumatera suatu ketika dulu. Dumai. Dari Dumai aku menaiki bas ke Padang. Bas bergerak pukul 5.00 petang dan tiba di Padang keesokan hari. Pukul 8.00 pagi. Merentasi Pulau Sumatera dari timur ke barat. Bas 'ekspres' yang berhenti sepanjang jalan. Mengambil penumpang. Akan diasak penuh walaupun terpaksa berdiri. Ada yang membawa ayam. Bawa kambingpun ada. Padahal jam dah pukul 1.00 pagi. Dari mana kambing tu datang aku malas nak tanya. Yang aku tahu kambing tu tak berhenti mengembek sepanjang jalan. Kalau yang bawa tu tuan dia takkan dia mengembek macam ketakutan. Macam tak kenal orang yang peluk dia.......

Bas penuh dengan asap rokok keretek. Aku bengong apabila sampai di Padang. Terhidu terlalu banyak asap rokok keretek. Kunjungan aku ke Bukit Tinggi (tanah Minang) dan juga Danau Maninjau turut dihiasi asap rokok keretek - rokok paling aku benci.

Dari Padang aku ke satu kampung pendalaman. Padang Ceno, Pariaman. 2 jam perjalanan dari Padang. Dan 1 jam pula berjalan kaki dari jalan raya untuk ke kampung tersebut. Merentasi paya, bukit bukau, sungai berarus deras dan sawah padi di teres bukit. Dan sepanjang di kampung tersebut aku mandi di perigi mahupun di sungai (stream) yang mengalir di tengah sawah. Tidak ada air paip. Tidak ada bekalan elektrik. Tidak ada motosikal langsung.
Masyarakatnya juga tidak pernah menyentuh ikan laut. Tiada penjual yang sanggup memasuki kampung tersebut.

Di rantau konflik ini aku semakin merindui negaraku. Negara yang tidak tamak untuk melimpahkan kemewahan bagi dinikmati masyarakat kampung. Masyarakat luar bandar. Masyarakat di mana aku hidup di dalam lingkungannya. Walaupun kemewahan tersebut terpaksa dibayar dengan kehilangan nilai tradisi. Kemewahan yang memungkinkan generasi kini tidak lagi mengenali perigi. Biarlah...sekurang-kurangnya masyarakat aku lebih mewah dan mempunyai masa depan lebih terjamin.

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com
Kedhaifan dipusakai turun temurun..

Thursday, June 16, 2005

Are You American ?

Petang tadi aku ke Money Changer. Nak tukar Peso, matawang di sini. Terpaksa ke tempat lain setelah Money Changer yang kerap kukunjungi tidak dibuka. Seorang gadis berusia awal 20 an berada di kaunter. Kaunter berukuran 5' kali 5'. Berpalang besi sampai ke siling. Kalah bank di tempat kita. Akupun bertanya kadar pertukaran US$ ke Peso. Pertanyaan dalam bahasa Inggeris. Lalu gadis tadipun menjawab US$ 100 = Peso 5,450. Jumlah yang merupakan pendapatan sebulan kerani di sini.

Tanpa berlengah kuhulurkan US$ 200. Dalam sibuk mengesahkan ketulinan wang seterusnya mengira wang Peso, gadis tersebut bertanya," are you American?". Aku menoleh ke belakang kerana menyangka ada orang putih turut beratur untuk menukar wang. Tak ada. Hanya aku seorang di situ. Yang ada cuma dua orang perempuan tua berpakaian lusuh di kaki lima kedai. Standby nak minta sedekah dari aku. "You are American sir ?". Sambil mukanya memandang aku.

Terasa amat malas untuk menjawab soalan tersebut. Aku yang berkulit gelap ni dianggap orang Amerika?. Hidung kembang, rambut pulak berbaur hitam dan putih. Ditumbuhi uban, bukan perang. Biji mata memang tak ada tokoh orang putih. Mustahil kalau hanya bercakap orang putih dah dianggap orang Amerika. Di sini bahasa Inggeris dipertutur secara meluas. Cakap orang putih dah menjadi perkara biasa. Sindir aku ke budak perempuan ni ? Kerana kat Amerika ada orang Negro. Mungkin dia sangka aku orang Negro. Tapi kalau muka Melayu nak disamakan dengan Negro tak mungkin. Melayu lebih lawa dari Negro. Termasuk aku yang juga lebih lawa dari Negro.

Aku tak faham. Dah hampir setahun aku di rantau konflik ini. Kebanyakannya menganggap aku orang sini. Sebangsa mereka. Kulit dan rupa yang hampir sama. Kalau aku ke bandar akan ramai orang sini yang bertanyakan sesuatu dari aku. Bercakap bahasa sini. Aku main angguk aja. Buat-buat faham. Habis daya aku akan buat-buat batuk dan tunjuk ke kerongkong. Batuk tak boleh nak bercakap...

Tiba-tiba hari ini ada orang tanya samada aku orang Amerika. Orang putih. Apa yang dapat aku huraikan ialah gadis tersebut memang tidak pernah tahu rupa orang Amerika. Walaupun rantau ini pernah dijajah negara tersebut. Dia membuat tanggapan hanya berdasarkan wang yang aku tukar. Satu perbezaan nyata dengan masyarakat di tempat aku. Masyarakat yang lebih berpengetahuan. Tahu macam mana rupa orang putih dan Jepun. Bangsa yang pernah bertapak di negara aku.

Sejumlah Peso 10,900 dihulur oleh gadis tadi. Pantas kumasukkan ke dalam poket seluar. Sebelum berpaling meninggalkan kaunter, aku menjawab. "Yes, I am American. From Melaka state, town call Hawau." Puas hati aku sambil melangkah keluar. Biar dia cari peta Amerika. Cari nama negeri Melaka kat situ. Cari nama bandar Hawau. Lantaklah. Aku letih.

Apabila kutoleh, gadis tersebut kelihatan sedang menulis sesuatu. Mungkin menulis nama Melaka. Senang nak cari dalam peta Amerika nanti. Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya nama negeri aku turut terjaja di rantau konflik ini....

Wednesday, June 15, 2005

Kampung

Aku rasa amat terhibur hari ini. Terhibur membaca blog-blog yang memperihalkan kampung aku. Aku membacanya dari links yang terdapat dalam blog kawan aku. Hampir 2 jam membacanya, melihat gambar yang tertera. Terasa amat dekat dengan kampung yang semakin jauh kutinggalkan. Begitu dekat walaupun aku berada di rantau konflik ini. Tak sedar air mataku seakan mahu menitis....

Pemandangan bekas lombong yang merupakan laman mainanku. Amat menyentuh hati. Telah wujud lama sebelum perang dunia kedua. Dipunyai oleh syarikat orang putih, Cina sebelum diambil alih oleh Pernas. Amat aktif sehinggalah awal 80 an. Lombong palong yang masih kering ketika itu. Aku saban hari berbasikal di tebing setiap lombong tersebut. Kedalaman yang menjangkau 200 meter. Kini dipenuhi air.

Kawasan berhampiran lombong tersebut pernah menjadi kawasan penyambung nyawa orang kampung aku. Tempat menyembunyikan diri dari tentera Jepun. Semasa zaman perang dulu. Termasuk nenek, emak dan saudara-mara aku. Kawasan yang meninggalkan nostalgia kepada aku. Kerana tempat itulah aku belajar erti hidup. Tempat itulah menyedarkan aku tentang kesusahan orang kampung.

Wajah-wajah yang terdapat di dalam gambar juga seolah aku kenal. Kemungkinan mereka budak kampung aku. Budak-budak yang masih terlalu kecil ataupun belum dilahirkan apabila aku meninggalkan kampung untuk mencari haluan sendiri.

Aku bangga walaupun telah kehilangan semua itu. Bangga kerana ada insan yang begitu cekal membangunkan nama kampung aku. Terima kasih aku ucapkan.

Dan aku terasa seolah berada di kampung.

Walaupun aku tidak punya sesiapa lagi di sana. Walaupun aku kini di rantau konflik.....

Monday, June 13, 2005

Independence Day

Hari cuti umum di sini. Independence Day. Hari Ulangtahun Ke 107 negara ini bebas dari belenggu penjajah. Penjajahan Sepanyol yang berakhir pada 12 Jun 1898. Hasil revolusi yang diketuai oleh Jen. Emilio Aguinaldo. Hasil semangat yang dicetuskan oleh pejuang kemerdekaan, Jose Rizal. Perjuangan yang menyebabkan Jose Rizal dibuang daerah oleh penjajah ke Dipolog City, Mindanao. Hari kebebasan seterusnya menjadikan negara ini pengamal demokrasi tertua di Asia.

Sepanjang pagi aku hanya duduk di rumah. Tengahari keluar ke bandar sekejap. Barber shop. Gunting rambut. Gunting rambut ikut fesyen zaman sekarang. Tak macam dulu-dulu. Masa sekolah. Kena gunting periuk.

Di bandar tidak semeriah tempat aku kalau menyambut hari kemerdekaan. Penuh bendera. Di sini hanya pejabat kerajaan sahaja. Kedai dan premis persendirian tidak kelihatan langsung.

Mungkin bendera di sini mahal menyebabkan masyarakat tidak mampu membelinya. Tidak mampu untuk mengibarkannya. Atau mungkin mereka kehilangan semangat patriotik.

Aku bangga dengan negaraku. Begitu patriotik. Walaupun masih muda. Tidak setua negara ini. Oleh sebab ketuaan, kemungkinan mudah lupa. Mudah nyanyuk. Mudah tercetus konflik.

Di negara aku, setiap kedai dan rumah akan megah mengibarkan bendera. Saling berlawan. Bendera siapa lebih besar. Golongan muda, kanak-kanak turut memikul bendera. Diikat belakang motosikal. Belakang basikal. Berarak ke sana ke mari. Hatta warung mamak bawah pokok sekalipun. Amat besar benderanya. Supaya dapat untung besar hari itu. Supaya dapat bawa beg lebih besar apabila balik negeri.

Sekurang-kurangnya mereka tetap bersemangat patriotik.....

Sunday, June 12, 2005

Jenayah Pertama

Aku menerima jemputan perkahwinan anak lelaki salah seorang rakan di rantau konflik ini. Beragama Roman Katholik; agama utama di sini. Bagi mengambil hati rakanku itu, maka pergilah aku. Mula-mula ke gereja di mana upacara perkahwinan dilansungkan.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke kawasan gereja. Gereja Lady Marian. Begitu luas persekitarannya selain dijaga rapi. Berbeza dengan masjid di sini. Begitu kecil dan seolah-olah tidak siap sepenuhnya. Aku faham keadaan itu. InsyaAllah, akan sampai masanya masjid akan menjadi mercu tanda di sini. Biar masa menentukannya.

Di pintu utama gereja tersebut terpampang kandungan ' The Ten Commandments'. Sepuluh rukun yang diterima oleh Nabi Musa A.S menerusi wahyu dari Allah SWT. Diterima kalau tidak silap aku di atas Gunung Sinai. Menurut pendapat golongan Yahudi, rukun tersebut diterima oleh Nabi Musa A.S secara berdialog terus dengan Allah SWT. Betul ke ? Itu menurut fahaman Yahudi. Aku tak mahu masuk campur. Lantaklah.

Apa yang pasti 'Ten Commandments' tersebut sedikit sebanyak menyeru manusia ke arah kebaikan. Mempercayai Tuhan, menghormati ibu bapa, jangan membunuh orang, mencuri, melakukan kejahatan terhadap jiran.

Teringat aku terdapat beberapa masjid di negara kita yang turut memaparkan Khutbah Widak di pintu masuk utamanya. Khutbah terakhir yang disampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW semasa haji terakhir yang dipanggil Haji Widak.

"Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu. Dan ingatlah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Hendaklah kamu berpegang kepada dua perkara yang aku tinggalkan iaitu Al-Quran dan Sunnahku."

Aku pernah menitiskan air mata membaca manuskrip penuh Khutbah Widak tersebut. Khutbah terakhir disampaikan oleh Rasulullah sebelum kewafatan baginda. Sedih mengenangkan perjuangan Rasulullah yang tidak pernah meminta balasan mahupun upah. Hanya inginkan manusia menyembah Allah dan berbaik sesama mereka.

Di rantau konflik ini aku disogokkan oleh kandungan 'The Ten Commandments'. Juga menyeru manusia agar mempercayai Tuhan dan dilarang dari membunuh orang. Jangan melakukan kerosakan terhadap jiran. Tetapi hakikatnya? Mereka saling berbunuhan, saling dendam mendendam. Saling terjerumus dalam konflik yang tak berkesudahan. Walhal kedua-duanya agama langit. Agama yang dibawa oleh para nabi. Agama yang sudah tentu bermatlamat ke arah kebaikan.

Teringat kisah anak lelaki Nabi Adam A.S. iaitu Qabil dan Habil. Bermula perasaan tamak manusia seawal itu. Qabil cemburu kerana Habil akan dikahwinkan dengan adiknya Iklima manakala beliau dengan Damina. Kerana Iklima lebih cantik. Ia berakhir dengan pembunuhan. Habil dibunuh oleh abangnya Qabil kerana perempuan. Jenayah pertama yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini.

Tidak hairanlah rantau ini berterusan menghadapi konflik. Menghadapi kematian. Kerana mereka adalah manusia. Manusia penuh dengan sifat tamak. Penuh dendam.

Dan jenayah pertama di bumi ini adalah pembunuhan.....


Image hosted by TinyPic.com
Konflik - Darah Mereka Tetap Merah


Image hosted by TinyPic.com
Kesan Tembakan

Image hosted by TinyPic.com
Pembunuhan Merupakan Jenayah Pertama Di Muka Bumi !

Image hosted by TinyPic.com
"Mereka Tidak Sepatutnya Berada Di Sini "

Saturday, June 11, 2005

Tasik Lanao

Tasik Lanao mempunyai pemandangan yang amat cantik. Seolah berada di Danau Toba. Dikelilingi hutan yang menghijau. Pohon-pohon buluh betung tersusun rapi di pinggirnya. Namun, kemiskinan masyarakat di sini telah turut memiskinkan tasik tersebut. Pemandangan dan kecantikan asli telah dirobek oleh kedhaifan masyarakatnya. Rumah-rumah buluh usang begitu cemburu untuk turut sama bertapak di sini. Dengan menjalankan kegiatan sebagai nelayan tradisional, tasik tersebut dipenuhi oleh sangkar-sangkar ikan talapia. Tidak terkawal. Di bina serata tasik. Terus mencacatkan seluruh sistem ekologinya.


Tasik ini pernah diura-urakan untuk dibangunkan secara komersial. Berkemampuan untuk menghasilkan tenaga elektrik hidro yang mencukupi untuk menerangi seluruh Pulau Mindanao ini. Pernah beberapa syarikat ingin menjadikannya pusat pelancungan. Ingin membina resort dan chalet-chalet peranginan. Namun, semuanya terpaksa dilupakan. Hanya kerana sikap masyarakat di sini. Selain karenah birokrasi, mereka berterusan menolak apa jua bentuk kemajuan dan pembangunan. Mereka bertanggapan pembangunan akan merampas warisan nenek moyang mereka. Apa jua usaha pembangunan seolah ada agenda sulit di sebaliknya. Mereka keliru, bimbang dan sering syak wasangka.


Secara logik, perasaan negatif masyarakat di sini tidak boleh dipersalahkan. Sejak berdekad, rantau ini menghadapi konflik. Konflik yang menyebabkan masyarakatnya berterusan ditindas. Tiada hak untuk mempertahankan apa yang mereka ada. Ini yang sering mereka hadapi. Mereka teladani. Sejak kecil hinggalah mewarisi kedhaifan orangtua mereka.

Namun sikap mereka yang langsung tidak mahu memajukan diri ? Berusaha menambah rezeki ? Adakah kerana konflik juga.....?


Aku turut keliru. Di daerah ini juga pernah sebuah syarikat dari negara aku membuat pelaburan. Pelaburan dalam sektor pertanian yang mana akan mampu memberi peluang pekerjaan kepada beribu orang. Pelaburan dari sebuah negara Islam yang faedahnya sedikit sebanyak dapat diraih oleh orang Islam. Orang Islam di rantau konflik ini. Malangnya, pelaburan ini gagal. Terbengkalai di tengah jalan. Bukan kerana apa. Hanya disebabkan karenah birokrasi dan sikap pemimpin Islam di rantau konflik ini. Hanya mementingkan faedah yang akan diperolehi oleh mereka dan kroni.
Mereka yang masih miskin, teramat miskin? Biarlah. Tahulah mereka untuk meneruskan hidup ini.....


Di sebuah masjid di bandar kecil tidak jauh dari Tasik Lanao ini, sekumpulan manusia berjubah kusam begitu petah berdakwah, bertabligh: 'Islam tidak menolak kemajuan. 'Kebersihan adalah Iman'. 'Berjihadlah kita untuk membangunkan Islam'.'Keluarga adalah amanah Allah'.


Bandar kecil tersebut tetap dipenuhi kotoran. Sampah dibuang sewenang-wenangnya. Masyarakatnya tetap miskin. Tetap dhaif. Meninggalkan daerah ini antara yang termiskin di Mindanao.


Anak dan keluarga mereka? Terus buntu di dangau usang menunggu bapa dan suami pulang dari berdakwah. Tanpa asap di dapur.....


Dan ikan talapia di Tasik Lanao semakin rancak melompat melepasi jaring kurungan. Ingin hidup bebas bersama kawanan di luar. Tidak rela menjadi penyambung rezeki golongan sebegini......

Image hosted by TinyPic.com
Antara Pemandangan Tasik Lanao

Friday, June 10, 2005

Makbulkah Doaku?

Hujan petang tadi. Agak lebat. Alangkah indah kalau di kampung tatkala hujan begini. Semasa kecil dahulu. Boleh rebus ubi kayu. Cicah dengan kelapa parut. Kalau tidakpun bersama goreng ikan sungai. Ikan sungai kampung aku. Kampung Chinchin. Boleh goreng Pisang Nangka, buat lempeng sagu. Sagu buatan sendiri. Banyak pokok sagu di kampungku. Aku adik-beradik akan bersama menyagat sagu tersebut. Menggunakan pemarut diperbuat dari papan berpaku. Tidak payah beli sagu di kedai. Duit untuk membelinya boleh diguna belanja sekolahku adik-beradik..


Ubi rebus, pisang goreng mahupun lempeng sagu kemudian diminum dengan air kopi Cap Tupai. Lepas tu boleh main air hujan. Emak dan bapa aku tak akan marah. Dengan alasan membuat aliran air agar tak menghakis tanah. Biar air hujan berarus laju. Tidak tersekat. Dengan bermodal sebatang cangkul. Hakikat sebenarnya nak mandi hujan. Hendak berdiri di cucur atap. Di cucur salur. Nikmat bila air hujan menghentam badan. Langsung tak hiraukan guruh mahupun petir. Jiwa kanak-kanak. Terlalu gembira. Masih tidak dapat membeza buruk baik. Setiap detik dihiasi keceriaan.


Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Tidak akan kembali zaman penuh meriah sedemikian. Atap rumah arwah bapa dan emakku juga sudah tidak semesra dulu. Begitu juga salurnya. Usang dimamah zaman. Semakin jauh ditinggal. Atap yang sekian lama melindungi aku adik-beradik dari hujan dan panas. Atap yang membesarkan aku. Atap yang memberi semangat untuk aku berdiri di rantau konflik ini. Atap yang menggembirakan aku tatkala hujan. Lama ketika dahulu...


Aku begitu kerap memasuki kampung-kampung di rantau konflik ini. Suasana hidup, kesusahan, pemandangan sawah padi, menangkap ikan di sungai, atap-atap diperbuat dari daun rumbia (sagu), anyaman tikar mengkuang, lukah-lukah buluh begitu menyentuh hati. Amat mirip suasana hidupku semasa kecil. Kehidupanku di kampung. Wajah kanak-kanak ceria bermain layang-layang, main baling selipar, mandi sungai membuat aku terasa amat dekat dengan masyarakat di sini. Seolah aku turut bersama mereka. Bersama mencantas menerung dan sendayan di sawah, bersama mengirai jala, menebar jeramak, mencari kumbang di banir rumbia, memangkas perdu mengkuang dan umbai. Bersama terjun tiruk di sungai. Bersama mereka mengunyah jambu muda yang tumbuh liar di tebing sungai....


Di rantau konflik ini aku akan terus berdiri di celah-celah masyarakat tadi. Masyarakat yang begitu luhur. Penuh nilai murni kampung. Begitu jujur dan bersemangat untuk terus hidup. Seperti masyarakat di kampungku.


Aku berdoa agar masyarakat sebegini terus dilimpahi rezeki. Agar segala kegelapan hidup terhindar jauh. Agar jiwa mereka tidak lagi dibelenggu.


Bilakah doaku akan dimakbul?

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Atap Rumbia Berdinding Buluh......

Thursday, June 09, 2005

Lumrah

Aku ke bandar petang tadi. Membeli keperluan harian. Seperti biasa, keadaan waktu petang di rantau konflik ini amat sibuk. Sibuk dengan kenderaan, pengangkutan awam, orang pulang dari kerja dan budak-budak sekolah. Keadaan inilah yang kuhadapi hari-hari. Sesak dada dibuatnya. Di kakilima jalan tetap penuh dengan orang ramai. Yang peliknya mereka bukan pergi membeli belah. Hanya meluangkan masa berjalan ke sana sini. Cukup ramai. Kalau di tempat aku masa begini keadaan bandar akan lengang. Orang berlumba untuk pulang ke rumah. Di sini, orang berlumba nak keluar ke bandar. Bandar sentiasa sibuk dari pagi sampai ke petang. Entah masa bila diaorang bekerja. Aku tak pasti. Namun pada tanggapan aku kadar pengangguran yang amat tinggi menyebabkan orang lebih suka tertumpu di bandar. Mencari peluang pekerjaan. Hakikatnya, bandar ini tidak mampu menyediakan harapan mereka. Sedih juga melihatkan keadaan hidup sebegini.


Tidak ada pekerjaan yang boleh ditawarkan oleh pemerintah. Manakala penduduk saban hari bertambah. Anak bertambah setiap tahun. Tanpa keperluan hidup yang mencukupi. Tanpa pendidikan. Ada yang rajin bekerja tapi susah untuk kaya. Ada yang malas kerja tapi rajin pulak buat anak. Kaya anak. Semua ini menyumbang ke arah masalah sosio ekonomi. Jenayah berleluasa. Sukar untuk dibendung. Cuma jenayah di sini kebanyakannya kerana desakan hidup. Jenayah di tempat aku kerana desakan nafsu...


Ekoran jenayah yang tinggi, perniagaan Syarikat Kawalan Keselamatan amat menguntungkan. Setiap perniagaan samada kecil atau besar akan menggunakan khidmat Pengawal Keselamatan. Semuanya bersenjata raifel semi automatik. Bukan setakat cota mahupun pistol sebagaimana di tempat aku. Pusat membeli belah, kedai runcit mahupun restoran semuanya ada pengawal. Setiap pelanggan akan diperiksa serapi mungkin. Takut membawa senjatapi ataupun senjata merbahaya lain. Kalau di tempat aku sudah tentu kedai tersebut terpaksa ditutup. Tidak akan ada pelanggan. Pelanggan benci kerana pemeriksaan ketat. Tetapi di sini berbeza.


Faktur keselamatan juga yang menyebabkan masyarakat di sini amat berminat untuk menjadi anggota pasukan keselamatan. Tidak kira samada tentera atau polis. Yang penting boleh memiliki senjatapi. Kerana senjatapi adalah undang-undang. Tidak ada orang akan ganggu kalau mereka ada senjatapi. Mereka boleh gunakan untuk kepentingan sendiri. Rasa selamat. Disebabkan itu juga, ramai perempuan di rantau konflik ini lebih rela mengahwini anggota tentera atau polis. Atas rasa selamat. Kerana kedua-duanya mempunyai kuasa. Ada senjata. Walaupun kedua-duanya tidak kacak. Tidak berduit.....


Dalam rancak menaip, handphoneku berbunyi. Mendapat khabaran dua orang peniaga lembu dipercayai mati dibunuh oleh kumpulan penculik. Mayat mereka dicampak ke dalam sebuah sungai tidak jauh dari tempat aku. Penduduk kampung telah menjumpai satu mayat. Satu lagi sedang dicari. Aku tergamam. Inilah kehidupan di rantau konflik ini. Kematian bukan satu igauan ngeri. Menjadi lumrah. Kematian begitu mudah dan murah......


Dan jauh di negaraku? Anak-anak merengek manja minta disuapkan nasi......

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

Sungai Ini..........

Wednesday, June 08, 2005

Murahnya Nyawa Di Sini

Hari ini aku agak sibuk. Sibuk dengan kerja harian. Tidak seperti hari sebelumnya. Aku mendapat lapuran rantau konflik ini bermandi darah lagi. Dua orang terkorban oleh peluru yang begitu murah di sini. Murah seperti nyawa orangnya. Fakta-fakta kejadian perlu dikumpul untuk disusuli dengan satu lapuran menyeluruh. Setakat yang aku tahu, ia berpunca dari masalah traktor. Pembunuh marah kerana traktor milik seseorang yang sepatut membajak tanahnya telah mendahulukan tanah orang lain. Lalu dua orang saudara pemilik traktor ditembak. Pelik. Hanya kerana terlambat membajak. Hanya kerana traktor. Dan hanya kerana tanah sekangkang kera....Satu tindakan tidak bertamadun. Sesuai dengan rantau ini yang kerap dilabel 'lawless region'.

Selain kejadian sedemikian, satu perkara yang begitu dibanggakan ialah kejayaan rantau konflik ini menduduki tempat pertama dalam satu acara. Tempat pertama di dunia. Amat sukar peserta dari negara lain untuk menggugatnya. Apa lagi negara aku yang tercinta. Jangan mimpilah. Rantau ini berjaya menduduki tempat pertama dalam acara membunuh pemberita. Pemberita paling ramai dibunuh. Secara keseluruhan hampir 70 orang pemberita telah dibunuh oleh pembunuh upahan atau hired killer. Kalau di negara aku dah tentu pupus para pemberita. Syarikat akhbar akan ditutup. Mamak suratkhabar akan macam cacing kepanasan. Pasal income dah kurang. Tak ada peluang nak balik negeri tiap tahun.....

Jauh di rantau konflik ini keinsafanku semakin menebal. Inikah negeri yang ingin kita diami? Inikah kebebasan bersuara yang sering dilaung-laungkan? Kebebasan akhbar? Gaya hidup yang lebih condong ke arah Barat? Negeri yang tidak pernah menghargai nyawa rakyatnya. Nyawa yang dianggap murah......

Namun aku masih mampu tersenyum. 'Nyawa keluarga dan rakan tetap mahal di negaraku...........

Tuesday, June 07, 2005

Mengantuk

Selepas sembahyang Isyak pada jam 7.40 malam, aku merebahkan badan di katil sambil membaca buku bertajuk 'Muslim Rulers And Rebels. Tulisan Thomas M. McKenna. Buku yang banyak menyingkap tentang politik dan perjuangan kumpulan pemisah di rantau konflik ini. Bagaimana konflik tercetus dan peranan kumpulan-kumpulan pemimpin tradisional dalam memanipulasinya demi kepentingan sendiri. Begitu menyedihkan. Umpama haruan makan anak. Tidak hairan keamanan amat sukar dicapai. Hanya kerana harta mereka alpa kepada nasib anak bangsa. Biar anak bangsa mati. Biar anak bangsa susah. Kerana itu merupakan jalan ke arah kesenangan....


Aku mencampakkan buku ke bucu katil. Tak habis lagi. Esok akan kusambung membacanya. Mata terasa amat berat. Mengantuk. Kutoleh jam di sebelah. Pukul 9.30 malam. Hampir dua jam aku membaca. Sejak kebelakangan ini aku cepat mengantuk bila membaca. Entahlah. Mungkin kerana usia ataupun kerana mata aku benci untuk meneruskan bacaan. Benci dengan konflik yang terdedah di rantau ini. Benci dengan keadaan tidak selamat di sini.....


Dalam melayan mata, aku teringat satu forum antarabangsa yang pernah kuhadiri. Forum keselamatan dengan ahli panelnya terdiri ilmuan dari beberapa negara Barat. Menariknya, pertanyaan oleh salah seorang peserta. Pertanyaan bagaimana sesebuah negara itu dikatakan selamat. Lalu dijawablah oleh ahli panel. Secara panjang lebar. Menghuraikan negara dikata selamat apabila pihak berkuasanya berjaya mengekang pelbagai usaha pengganasan. Berjaya mengawal ketenteraman awam. Tidak berlakunya rusuhan dalam negeri. Seterusnya mampu mewujudkan keamanan.


Mungkin tidak berpuas hati, peserta yang bertanya menyampuk. Menyatakan bahawa sesebuah negara itu dianggap selamat hanya apabila rakyatnya rasa selamat. Beliau mengambil contoh Amerika Syarikat. Hakikatnya, negara tersebut memang aman. Tetapi amankah hati rakyatnya? Rasa selamatkah rakyatnya? Nyenyakkah tidurnya ? Beranikah rakyatnya mengembara ke serata ceruk rantau dunia? Sudah tentu tidak. Rakyat Amerika Syarikat sentiasa rasa tidak selamat. Sentiasa bimbang akan menjadi sasaran keganasan. Negara tersebut tidak selamat walaupun pada mata kasar ia nampak selamat. Walaupun ia negara terkaya di dunia......


Aku kagum dengan peserta yang bertanya. Memang banyak kebenarannya. Negara itu selamat hanya apabila rakyatnya rasa selamat.


Sekali lagi dan buat beratus kali, aku mengucap syukur ke hadrat Illahi. Bersyukur kerana aku dilahirkan di sebuah negara yang selamat. Negara yang rakyatnya berasa selamat. Negara yang rakyatnya bebas bergerak walau ke mana. Negara yang tidur rakyatnya tidak terganggu....


Dan buat pertama kalinya aku rasa mengantuk lebih awal dari sepatutnya. Mengantuk di rantau konflik ini. Bukan kerana rasa selamat. Tapi kerana buku yang aku baca tadi....

Image hosted by TinyPic.com
Mengantuk....

Monday, June 06, 2005

Kawan Aku

Hari Ahad. Aku banyak menghabiskan masa membaca surat khabar di rantau konflik ini. Selain menghadap komputer. Nak keluar terasa malas. Berserabut bandar di sini. Cuma satu yang buat aku sedikit bersemangat untuk ke bandar iaitu Al Nor Grocery. Kedai runcit yang saban kali akan kutempuhi. Kedai runcit yang sama dengan nama kakak aku.

Kenderaan pula tidak pernah mengikut aturan jalanraya. Parking sesuka hati. Nak membeluk tak pernah memberi isyarat. Tak beri signal. Takut bateri kereta cepat habis agaknya. Pasal nak jimat duit.

Waktu malampun tak pasang lampu. Pelik. Tapi itulah hakikatnya. Realitinya. Tak kena saman. Kalau di tempat kita dah tentu tak cukup tangan Polis Trafik nak keluarkan saman. Bertambah hasil kerajaan. Di sini tidak seperti tempat kita. Jarang berlaku kemalangan. Mungkin kereta di Malaysia lain dengan di sini. Atau mata orang di rantau konflik ini lebih terang dari penglihatan orang Malaysia. Entah.

Yang aku tahu di sini kawasan konflik. Kalau kemalangan akan maraklah konflik tersebut. Lagipun, di sini minyak kereta mahal. Kalau bawa laju banyaklah penggunaannya. Jadi, bawa perlahan. Basikalpun boleh potong. Pening kita dibuatnya.....

Sedang membelek mukasurat 2 akhbar Daily Inquirer, handphone aku berbunyi. Panggilan dari isteri aku. Ada kat kampung di Muar kerana bercuti sekolah. Kat rumah emak dan bapa dia. Juga rumah emak dan bapa mertua aku....

Beritahu hendak pergi ke Batu Pahat kerana bapa mertua aku nak beli TV. TV baru. Yang lama dah rosak. 'Pergilah'. Jawabku. 'Bawa kereta baik-baik.'

Terasa hilang sikit rindu bila dengar suara isteri. Suara bini. Suara orang rumah. Tapi bila di Malaysia malas pulak nak dengar suara dia. Kan elok masa aku bercuti dulu suruh isteri aku bercakap terus menerus selama 8 jam ke ? Biar aku dengar. Masa di rantau konflik ini taklah rindu sangat. 'Jangan marah Sayang, I gurau je ni....

Pasal beli TV dan beli membeli ni, teringat kat kawan aku. Kawan yang mempunyai cita-cita amat tinggi. Suami isteri yang begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan diri. Begitu cekal. Begitu berani bersaing dalam dunia keusahawanan. Aku bangga. Bangga kerana kawan tu berasal dari sekolah yang sama dengan aku. Sekolah rendah dulu. Mungkin antara murid perempuan yang pernah aku ejek. Mungkin antara yang pernah kena baling dengan buah pine yang banyak bertaburan di sekolah aku. Mungkin pernah dibaling dengan buah Topi Jepun. Dipancut oleh air buah tulip (senjata paling bahaya masa tu - weapon of mass destruction). Mungkin antara murid perempuan yang paling dibenci kerana masa tu murid perempuan suka buat tocang pokok kelapa. Bertingkat-tingkat. Ada reben. Itu yang buat aku benci. Benci betul masa tu......

Seperti di rantau konflik ini. Mereka saling membenci. Cuma di sini kesudahannya adalah nyawa. Manakala di sekolah aku kesudahannya kena rotan oleh cikgu....Dan sehingga kini aku tidak pernah mengenali kawan itu.

Aku berdoa agar hasrat suami isteri tersebut akan termakbul. Semuga Allah akan membuka pintu rezekiNya untuk mereka. Mudah-mudahan.....

Sunday, June 05, 2005

Orang Sini

Pagi tadi aku ke airport. Kira-kira 20 minit perjalanan dari kediaman. Ada urusan yang perlu dijalankan di sana. Awang Airport namanya. Macam nama orang melayu. Macam nama orang Trengganu. Di kampung aku tidak ada orang bernama begitu. Cuma aku pernah dengar nama Awang semasa menonton wayang percuma di padang sekolah kampung aku. Lama dahulu. Cerita 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang'. Akupun dah tak ingat jalan cerita tu. Dan aku juga tak mahu fikir macamana nama Awang boleh muncul di sini. Di rantau konflik ini.

Di dalam kenderaan, aku terus teringat perbualan di masjid dengan Khatib selepas sembahyang Jumaat ( kisah Amankah? ). Khatib yang sangat muda. Berilmu agama. Ingin bekerja di Malaysia....

Kenderaan kemudiannya melepasi Hotel Estosan Garden seterusnya Notre Dame Hospital, hospital swasta di Sinsuat Avenue. Aku pernah dimasukkan ke wad hospital ini. Food poisoning. Banyak sangat makan clam (kerang besar) semasa dinner di sebuah Seafood Restaurant. Malamnya tak boleh tidur kerana sakit perut yang amat sangat. Purging. Muntah. Susah hendak bernafas. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan. Kena buatan orang ke aku ni ? Kena santau ke ? Kena rasuk hantu raya ke ? Maklum le aku orang melayu. Perkara utama yang difikir kalau sakit ialah 'dah tentu orang dengki'. Kalau tidakpun 'hantu dengki'. Itu yang didedahkan kepada aku sejak kecil. Oleh masyarakat tempat aku dibesarkan. Sehingga aku dah tua begini masih sukar untuk menghakis kepercayaan tersebut. Sesukar melangkah di rantau konflik ini.

Aku kemudian dibawa ke hospital. Wad Kecemasan. Aku agak saja di situ wad kecemasan pasal semua jururawat nampak cemas. Atendan hospitalpun nampak cemas. Tukang sapu sampah hospital lagi cemas. Pengawal Keselamatan kat tepi pintu pun ikut cemas. Memandang aku dengan wajah kosong. Padahal cuma aku seorang saja pesakit di situ. Tidak ada pesakit lain. Dan aku sedang duduk atas stretcher. Takkan tengah kritikal boleh duduk atas stretcher. Takkan cemas tenguk aku tak macam orang sakit kuat? Lainlah kalau aku tak bergerak langsung. Ini tidak. Aku resah menekan perut. Mata melilau mengesan tandas.....

Cemas pasal gaji belum keluar lagi tak ? Aku meneka kerana pada masa itu 23 haribulan. Tarikh kritikal bagi mereka yang kerja makan gaji. Cuma doktor yang akan merawat aku saja kelihatan tenang. 'Doktor gaji cepat agaknya'.

Selepas itu jari-jari aku disepit dengan alat seperti penyepit baju. Siap dengan wayarnya. Di dada pula dilekatkan alat pengesan degupan jantung. Juga berselirat wayarnya. Dah jadi macam orang tengah wiring rumah. Nak pasang lampu baru. Candeliar...

Nadi ok. Jantung ok. Alhamdulillah. Aku kemudian disahkan food poisoning. Tahan wad. Kena masuk wad di rantau konflik ini. Rasa macam dijatuhkan hukuman gantung bila doktor arahkan begitu. Cuma sekali dalam hidup aku pernah ditahan wad. Bukan kerana sakit. Tapi patah kaki. Tahun 1993. Patah kaki pasal main ragbi. Itupun 4 hari sahaja. Lepas kaki disimen, aku duduk di kampung. Di rumah arwah emak aku. Cuti sakit 3 bulan.

Duduk di wad amat membosankan. Apalagi duduk wad di rantau konflik ini.....

Maka bermalamlah aku kat hospital. Doktor perempuan dan lelaki bergilir-gilir memantau keadaan aku. Amat peramah dan lebih banyak berbual dari memeriksa aku. Dalam perbualan mereka lebih kerap bertanyakan peluang untuk berkhidmat sebagai doktor di Malaysia. Pasal permit kerja, pasal hospital swasta, gaji dan seribu satu macam soalan. Bukan tanya aku ni sakit lagi ke tidak. Tanya macamana nak pergi kerja kat Malaysia.

Serentak itu juga aku bangga kerana mengalami food poisoning. Bangga kerana negara aku begitu dikagumi. Negara aku menjadi impian masyarakat di rantau konflik ini untuk mendambakan nasib. Tempat meneruskan kesinambungan hidup. Tempat untuk mencapai hasrat menjadi orang senang...

Doktor, Imam dan Khatib dari rantau konflik ini ingin bekerja di Malaysia? Bagaimana yang lain. Juga ingin bekerja di Malaysia? Macamana nanti kalau semua dah bekerja di Malaysia? Siapa nak merawat orang yang dihantar ke hospital akibat cedera kerana bertembak. Dan siapa pula yang akan memandikan jenazah mereka yang mati bertembak?

Siapa ?

Kerana semua orang dah berhijrah ke Malaysia. Semua dah bekerja di Malaysia. Tidak akan ada yang nak memikul tanggungjawab fardhu kifayah.

Sejurus itu aku mengucap syukur kerana dilahirkan di Malaysia! Bukan di rantau konflik ini.....


Image hosted by TinyPic.com
'Food poisoning' juga ke dia ni ? Atau sedang menangisi
konflik yang berlaku di rantau ini?

Saturday, June 04, 2005

Amankah ?

Aku pergi sembahyang Jumaat. Sembahyang Jumaat di rantau konflik ini. Imam dan Khatibnya terlalu muda. Hanya berseluar jeans dan kemeja T. Tidak memakai jubah mahupun kopiah. Bahu tidak dibalut kain serban. Ringkas. Seringkas khutbahnya. Namun, apa yang membuat aku begitu tersentuh ialah cara bacaannya semasa mengimamkan sembahyang. Begitu terharu. Cara lagunya. Sebutannya. Amat mengasyikkan. Terasa seperti sedang bersembahyang di Tanah Arab. Sesetengah ( ? ) Imam di tempat kitapun tidak mempunyai bacaan sebaik itu. Walhal, banyak sekolah agama dan kursus-kursus tajwid boleh dihadiri berbanding rantau konflik ini. Dan mereka lebih tua - sudah tentu luas ilmunya.....

'Imam dan Khatib yang terlalu muda. Awal 30 an. Tak ada orang tua ke ? Orang tua ramai mati kena tembak ke ?

Aku bandingkan Imam dan Khatib. Bandingkan dengan anak muda di tempat kita. Tempat yang tidak bergolak. Tempat aman dan tiada konflik.

Tahukah mereka mengimamkan sembahyang ? Apa lagi untuk membaca khutbah Jumaat ? Menyembahyangkan jenazah orang tua mereka ?
Mungkin tahu................agaknya.

Selesai sembahyang dan berdoa, aku terlihat Khatib sedang mencari seliparnya di pintu masjid. Selipar jepun. Sebelah kirinya sudah putus dan diikat dengan tali rapia. Perlahan kuhampiri sambil menghulurkan tangan.

'Assalamualaikum'

'Waalaikumussalam'

'I'm from Malaysia. Working here. What a good preacher you are.'

'Thanks, you are Malaysian ? Alhamdulillah. Malaysia is very good. Muslim country. Good country, good people and good government.'

Lancar Bahasa Inggerisnya. Perlahan-lahan kami melangkah bersama meninggalkan pintu masjid.

'We praise to Allah for a peaceful country. The Great and Almighty Allah'

'Not like my country. Fighting everywhere. So many poor people. The government don't even bother to look after our welfare. Corrupted government. Not like your country. I would like to go there for work. I heard there's a lot of works . No future here.'

Pagar masjid kami hampiri. Sambil menghulurkan tangan, aku menyabarkannya dengan keyakinan keamanan akan dapat dicapai. 'Give peace a chance'. Luahku.

'InsyaAllah.'

Aku memanjangkan langkah membelok ke kanan manakala Khatib tadi ke kiri. Menuju jalan besar. Berjalan dalam kumpulan orang ramai. Setelah lima langkah, aku menoleh ke belakang. Terlihat Khatib sedang tunduk di atas jalan. Tunduk seolah rukuk. Tunduk membetulkan tali selipar jepun. Selipar jepunnya yang diikat tali rapia. Selipar jepun yang telah putus.........

Aku menelan air liurku. Terasa pahit. Amankah negaraku ? Baikkah masyarakatnya ? Banyakkah peluang kerja ? Tiada rasuah ? Kerajaan yang baik ?

Tergiang kata-kata terakhir Khatib tadi sebelum kami berpisah - INSYAALLAH.



Image hosted by TinyPic.com
Antara Masjid Di Rantau Konflik Ini

Friday, June 03, 2005

Juga Cerita Aku

Balik ke rumah aku terus menonton TV. TV di rantau konflik ini. Cerita koboi. Cerita sekumpulan pengembara orang putih dari England yang datang ke Amerika. Begitu jauh. Membawa harapan untuk menjadi pelombong emas kaya-raya. Lalu menyusurlah mereka di beberapa batang sungai sehingga akhirnya terlihat pasir yang mengandungi emas. Gembira. Lalu di situlah mereka bertekad untuk mencapai impian. Impian untuk kaya.

Tidak jauh dari sungai tersebut terdapat puak Red Indian yang telah bermastautin sejak sekian lama. Sejak dari zaman datuk nenek moyang mereka. Di situlah hidup dan mati mereka. Justeru, bagi mengelak dari diganggu, ketua pengembara telah berjumpa ketua Red Indian. Dihadiahkan tembakau. Red Indian memang suka hisap tembakau. Tengah tidurpun kalau boleh nak hisap tembakau. Lalu berkongsilah mereka sungai tersebut. Sebagai sumber hidup bagi Red Indian dan sebagai sumber kekayaan bagi kumpulan pengembara. Kumpulan pelombong. Kumpulan orang putih.

Semakin banyak emas yang diperolehi. Timbul kebimbangan. Mungkin Red Indian akan turut melombong emas kat sini. Lalu, mereka telah meminta pertolongan tentera Amerika di bandar tempat emas didagang . Dengan upah. Dengan dibayar emas hasil dari sungai.

Lalu dibakar pondok-pondok Red Indian. Dibunuh. Diusir. Hanya yang tinggal ialah puntung-puntung kayu masih berasap. Manakala kumpulan pelombong hanya ketawa dari jauh. Dari tebing sungai. Dari sumber kekayaan mereka.....

Serentak itu aku terus menutup TV. Walaupun tanpa mengetahui nama pelakun. Tanpa mengetahui tajuk cerita. Tanpa mengetahui penyudah cerita. Aku letih. Letih kerana terasa seakan turut melangkah bersama Red Indian yang diusir. Langkah amat laju kerana diburu.

Teringat aku semasa di kampung. Zaman dulu-dulu. Zaman aku masih di sekolah rendah. Wayang percuma kerap ditayang di padang sekolah kampungku. Wayang Penerangan. Untuk menerangkan kepada orang kampung cara menanam getah. Cara menoreh. Cara memesinnya. Agar mereka ada sumber hidup. Tak payah pergi merantau jauh macam cerita koboi dalam TV di rantau konflik ini.

Maka ramailah orang kampung datang. Datang seawal pukul 6.00 petang walaupun cerita ditayang pukul 8.00 malam. Siap dengan bekalan makan malam. Diisi dalam mangkuk tingkat. Agar tak lapar. Datang awal boleh duduk depan. Depan layar. Depan tiang layar buluh. Buluh yang ditebang oleh orang kampung aku. Biar terpaksa mendongak. Biar tegang tengkuk kerana mendongak......

Masa itu kemeriahan amat terasa. Akan muncul pelbagai bentuk bayang di layar sebaik mesin projektor terpasang. Bayang menggunakan tangan membentuk pelbagai jenis binatang. Di hala ke cahaya mesin projektor. Ada bentuk burung bangau, pipit uban, merbah, ular sawa berendam, kepala anjing, ikan merah mata, ikan sepat siam. Berhimpit-himpit di permukaan layar....

Cerita ditayang lebih kerap cerita koboi. Koboi lawan Red Indian. Orang Dayak. Orang Dayak ialah orang jahat. Orang Dayak payah nak menang pasal orang kampung aku akan bantu koboi. Akan menjerit apabila orang Dayak nak bunuh koboi. ' Tu, tu, kat belakang tu. Ada Dayak. Kat balik batu tu. Tembak cepat. Toleh belakang tu'. Serentak itu juga koboi menoleh ke belakang. Menembak orang Dayak yang bersenjata sebilah kapak kecil. Mati. Orang kampung aku bertepuk. Bersiul. 'Mati kau orang jahat. Mati kau Dayak'. Dan aku turut ketawa. Ketawa kerana orang Dayak dah mati. Koboi tak mati. Tak mati pasal orang kampung aku dah suruh toleh belakang. Beritahu ada orang dayak. Koboi dengar cakap orang kampung aku......

Tayangan akan diberhentikan di pertengahan. Semasa kemuncak cerita. Biar orang kampung aku tak balik awal. Akan tekun mendengar penerangan yang disampai. Penerangan tentang getah. Tentang padi. Tentang politik. Tentang jasa-jasa kerajaan.

Pentingkah itu semua ? Kerana yang penting ialah nyawa koboi tadi. Takut mati kena bunuh oleh orang Dayak...

Masa itulah aku rasa saat paling gembira dalam hidup. Dapat minum air milo. Milo percuma. Cuma dapat kalau tenguk wayang percuma. Walaupun hanya seteguk. Milo ketika itu adalah minuman orang kaya. Aku tak mampu minum milo kerana adik-beradik aku ramai. Milo mahal. Milo minuman orang mewah. Minuman orang kaya. Keluarga aku bukan orang kaya. Milo juga minuman orang putih. Aku bangga dapat minuman orang putih. Dan aku lebih bangga kerana koboi tak mati.

Di rantau konflik ini aku kesal. Kesal kerana ketawa semasa Red Indian sedang berduka. Kesal kerana suka tatkala Red Indian kematian saudara. Kenapa ? Adakah kerana secawan milo ?
Air milo yang mahal di kampung aku ketika itu ?

Dan aku terus merentas rantau konflik ini. Milo juga minuman mewah di sini. Tak hairanlah mereka masih dibelenggu penjajah. Kerana penjajah orang putih. Dan kerana milo adalah minuman orang putih.

Mungkin betul telahanku.........


Image hosted by TinyPic.com
Koboi Lawan Red Indian ?